Monday, December 23, 2013

Rezeki Allah

Isnin yang suram.
Seperti biasa, sepertimana isnin isnin yang sebelumnya.


Bersembang dgn kakak senior di ofis yang hendak ke tanah suci minggu hadapan menunaikan umrah tadi membuahkan rasa. Betapa beruntungnya dia. Betapa murah rezeki dia dapat membiaya ayah, ibu dan adik kandung menjejak kaki ke bumi Makkah Al-Mukarammah, menatap Kaabah, beribadah. Beruntunglaah! Kita ini, belom tentu lagi.

Rezeki ini Allah bagi dgn adil, siapa yg berusaha, dialah yang dapat. Dan juga banyak bentuk dan rupanya. Kakak ku ini, masih belum bertemu jodoh, masih belum berezeki kan pasangan dan zuriat tapi murah rezekinya dalam baktinya terhadap ibu dan ayahnya.

Kita yang sudah berkeluarga ini, mungkin lain sudah hala tuju dan objective dalam pengurusan kewangan dan tenaga, bukanlah tidak mahu, tapi peruntukan yang ada, lebih diperlukan utk sektor sektor yang lain. Anak hendak sekolah lah, dapur yang hendak bergantilah, dan sebagainya.

Jangan mudah mengherdik orang lain, lambat jodoh lah, memilihlah, anak dara tualah. Allah dah tetapkan utk kita ajal, jodoh dan rezeki kita. Yang kita dgn khalifah kecil tanggungjawap asuhan kita. Yang mereka, utk menggembirakan hati ibubapa dan keluarga mereka. Jalankan tugas tugas pikulan kita. Inshallah, Allah maha Adil dan Maha memberi, dan membukakan pintu pintu rezeki buat kita.

Inshallah.



***



Berpeluang membuat cream puffs kegemaran suami sabtu lepas.
Alhamdulillah, satu rezeki buat saya apabila suami gembira dan berbunga hatinya.
Kepulangan dr tempat kerja disambut sepinggan kuih kegemaran dan secangkir kopi.
Bahagia itulah sebenarnya rezeki buat kami. Moga Allah terus terusan menitipkan mawaddah dihati hati kecil kami.Amin  :)




Have a nice week ahead dearies :)

Love,

Zahra



posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...