Thursday, May 17, 2018

Ihya Al Ramadhaan!

Ramadhan Mubarak Ramadhan Kareem!
Alhamdulillah~

Sempat lagi umur ini bertemu Ramadhan kali ini. Sempat lg melihat Tun M menjadi PM sekali lagi (my late nenek would be thrilled if she is still here, she loved Tun!). Sempat utk bangun pagi di pagi Malaysia baru, Malaysia yg disinari Harapan baru di subuh 10 May 2018. Alhmdulillah~

So, Ramadhan plans jom!
Kita reformasi kan tahap Iman kita bersempena bulan yg Mulia ni yukk~
Turn a new leaf, into a better me. A better mommy, a better wife, a better daughter, a better sister, a better Muslimah, a better engineer.


Inshallah Amin!

Pagi ni alhmdulillah berkesempatan bersahur and subuh berjemaah sekeluarga. Iman and Amsyar pun laju je dikejut bersahur, berniat puasa bersama sama. Moga anak anak ini membesar istiqamah dalam observing perintah perintah Tuhan dan takut hanya kepada Allah.Yang ni mommy paling doa sekali, org yang berjaya dlm apa juga, kunci nya haruslah takut kepada Allah.
Moga berkat bulan yg mulia ini, makbul lah doa mommy. Amin~

Selamat berpuasa semua! Selamat bekerja juga.Moga berkat puasanya~



xoxo

Zahra

Monday, April 23, 2018

Tuesday, April 17, 2018

Sek kito kelik kelate


Hi uols. 

Busy sikit these days.
Lama tak up post.


Pictures from this trip pun dh lama dlm draft tapi tak publish pun. Tak tahu lah bila masa nak  melapangkan fikiran dan mengarang. Untuk bacaan sendiri di masa hadapan and bacaan mereka mereka yg sudi nk buka page ni.



Kita balik kg kali ni saja je sempena cuti sekolah and tahun ni tak balik lg. Sbnrnya masa ni ingatkan PRU bln 3. Tup tup lewat nau umum. 9May rupanya. Kita dh plan nk balik, balik jelah kann..dh niat... And dh target duit refund LHDN kita guna nk balik kampung ni :) Org marhaen macam nilah..nk kena rolling modal..ehehe..


Ok lah kita keep it short and simple sahaja.
Let the pictures talk.




Mikhail in Rantau Panjang and Lokching

Iman and aiskrim baba

Peminat no 2 aiskrim baba












Ok tu je. Have a nice day. Till next trip!

Tuesday, April 10, 2018

Iman's First Nasyid Competition



Alhmdulillah. First competition wakil sekolah. First time tidur disekolah beramai ramai nk berlatih...risau mommy..takut melalak. Tapi rupanya anak mommy dh big boy dah... Mashallah!~

And they won! Yay! Great job Iman! Next time boleh join lg! A good morale boost up :)











 A weekend well spent. Alhamdulillah.

Teruskan join aktiviti aktiviti kamu ye Iman! Mommy sokong aje :)




Love,

Mommy Z.


Friday, March 30, 2018

Allah itu Maha Pemberi






Kita rasa terharu dan teruja setelah 11 tahun menanti, akhirnya Datuk Seri #SitiNurhaliza melahirkan seorang cahaya mata perempuan.

Dalam segala kegembiraan dan kesyukuran ini kita 'terlupa' bahawa suaminya, Dato' Khalid menanti zuriat perempuan selama lebih 20 tahun selepas punya 4 orang anak lelaki.

11 tahun vs lebih 20 tahun...

Ada pasangan suami isteri sudah 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemuanya anak lelaki. Pasangan ini tertunggu-tunggu bilalah nak dapat anak perempuan pula. Mungkinkah anak ke-6 mereka adalah anak perempuan?

Ada pasangan suami isteri yang sudah 15 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemua anak adalah anak perempuan. Pasangan ini berharap-harap agar nanti dapatlah pula anak lelaki. Si suami masih mahu mencuba mana tahu anak ke-6 mereka adalah anak lelaki nanti, tetapi dilema besar kerana si isteri sudah tidak mahu mengandung lagi...

Ada pula pasangan suami isteri yang baru bernikah 4 tahun punya 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, mereka ini kata cukuplah 2 orang anak kerana sudah ada seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka rasa lengkap sudah sebuah keluarga kecil mereka.

Ada pula pasangan suami isteri yang bernikah lebih 9 tahun tetapi zuriat belum kunjung tiba, pelbagai usaha sudah dicuba, belum melekat lagi...

Kisah benar yang pelbagai, realiti yang tak sukar mengundang air mata.

Apabila menyebut tentang anak kita perlu benar-benar yakin kita tak mampu nak buat apa-apa sebab semuanya datang daripada Allah SWT.

Subur macam mana pun kita, kalau Allah tak nak bagi, memang takkan dapat anak.

Tak subur macam mana pun kita, kalau Allah nak bagi, memang akan dapat anak.

Cubalah teknik apa pun, kalau Allah tak nak bagi anak lelaki, kita memang akan dapat anak perempuan je.

Cubalah cara bagaimana pun, kalau Allah tak nak bagi anak perempuan, kita perlu redha anak-anak kita semuanya lelaki.

Bukan bermaksud kita tak perlu atau tak boleh usaha, tetapi ini satu pesanan bahawa apa yang kita mahukan tak bererti itulah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah lebih tahu.

Anak-anak lelaki yang kita ada sedangkan kita kepingin anak perempuan, seorang anak perempuan pun jadilah, percayalah anak-anak lelaki itu tidak ada satu kekurangan atau kelemahan pun berbanding jika kita ada anak perempuan.

Anak-anak perempuan yang kita ada sedangkan kita berharap ada sekurang-kurangnya anak lelaki, percayalah anak-anak perempuan yang kita ada itu juga mampu membuatkan kita gembira sebagaimana kegembiraan kita sekiranya punya anak lelaki.

Dan sekiranya kita belum punya anak, tidak bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding pasangan suami isteri yang sudah punya anak. Allah beri luang dan ruang kita bercinta sesama suami isteri lebih lama, lebih panjang, dan mungkin itulah peluang untuk kita menimba ilmu dan sebagainya untuk lebih bersedia untuk menjadi ibu bapa apabila dikurniakan zuriat kelak.

Apa yang kita ada, kita perlu syukuri. #SyukurSelalu

Apa yang kita tak ada, tak pernah bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding orang yang lebih ada.

Punya anak adalah ujian, punya anak lelaki adalah ujian, punya anak perempuan adalah ujian dan tidak punya anak juga adalah ujian. Siapalah kita untuk menidakkan ujian Allah..

Silakan #Share :) Diizinkan 100%.
Kalau tak friend, tekan Follow ye.

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
27/03/2018
Tulisan santai sementara tunggu nak mula meeting. Sama-sama kita fikir dan menjadi hamba-hambaNya yang syukur.


Thursday, March 29, 2018

Post Balik Kampung blues~




Hi chuolss!

Terpaling miss kalau dh balik sini balik tak lain tak bukan is........the food!
Murah and sedap!! And aduhai ..teringat ingat..kalau mi celup gini Rm5 sahaja uols. Nasi berlauk pagi pagi rm2.50.Nasi kerabu RM2. Kuih 5biji RM1. Nangis!


Day 3 dh lepas balik dr kg. Dapur masih belum berasap. Sebab kengkonon malas..hehe. Kita tgk mlm ni rs mcm nk mkn megi. kerabu megi..haa br rs ala ala thai sikit ye takk..


Bila tah nk balik lg. tunggu raya jelah kot. Dengar dengar mcm pilihanraya bln 5 nanti. Kita tunggu mcm mana.

Happy working uols! Nak masuk April dh ni~ New FY year for us di company..

Love,

Zahra

Wednesday, March 21, 2018

Cuti Sekolah & Mc Donald's Happy Meals Boo Zoo Keeper!


Hi uols!
Ok lah saja nk tulis sikit sikit je, sb rasa mcm nak menulis pagi pagi ni.Day 5 cuti sekolah dh ni..uols kemana cuti cuti ni? Kitorg br plan nak blk kg esok pagi pagi. berpagi pagian dlm kereta sebelum subuh plannya..inshallah! :) 

Tp sebelum tu still kena kerja few day this week and the kids are off to day care in Arif Minda :) Mmg gitu lah rutinnya kalau cuti sekolah, terpaksa hantar iman ke tadika lama for day care. maybe after this nak kena mencari betul2 activity center/school holiday summer camp ke..kem hafazan ke utk Iman kalau cuti sekolah begini. Biar terisi dgn benda benda berfaedah. I dont know, tapi i guess its always better to be always occupied with activities daripada melanguk saja saja tgk tv. Nanti tgk lah kita beli toys yg appropriate for them ke ..mcm mana.  Yelah selain balik kampung. Kat kampung, inshallah byk aktiviti nanti, nanti kita tgk mcm mana :)





Korang yg minat kumpul Happy Meals toys yg comel comel mesti tahu kan offer boo zoo ni? setakat ni mommy dh kumpul 5 ekor. Esok nk keluar lg 2 ekor yg baru for 22 March- 29March. So kita nk p beli. untung juga beli set happy meals ni bila ada mainan yg best best mcm ni..sb selalunya toys mc D ni berkualiti and xmudah pecah/rosak dsb and kdg2 ada collaboration dgn big names mcm mattel, disney,tomica, Ty beanie etc.  Ala bukan pengumpul tegar pun..saja suka suka je ni. So siapa minat beanie toys comel comel ni, jom g beli. cepat sold out okeh...hehehe

Oklah. Kata nk tulis sikit sikit je kan? dh melalut dh byk ni. Nak kua kejap g test kereta..oh ya. duit refund LHDN dh dapat chuollsss! From last last years experiences,kalau korg mmg isi e-filing tu seawal 1st March mmg awal dptnya inshallah! Tahun ni EA from the company released lewat, so punyalah resah masa 1st March tu why lah EA xkeluar lg. Keluar je ptg 1hb tu terus laju jeee zass zass isi. Sebab mmg byk boleh claim this year - tadika anak, alat penyusuan, gaya hidup..byk jugalah. Anak pun boleh claim seorg 2k instead of 1k sebelum ni..korg dh isi belum?

 So nak apa buat lebihan cukai ni ? Ha jgn xtau..kita byr cukai tanah and cukai pintu pula...semua pun bercukai ni.cukai jalan lain bajet.yg ni pun mmg cukup cukup sajeee..Hailahh..ginilah hidup org marhaennn..hehehe. Alhmdulillah dicukupkan segala adanya.



Happy holiday uolss!
Kerja dulu memana yg kerja tu.


Love,
Mommy Z
















Saturday, March 17, 2018

7th Birthday at Wet World Shah Alam!










Iman turned 7 on the 21st of February yang lepas.
How time flies kan??

It does mean that I have been actively (oh kemain lg ngaku active) blogging and recording milestones, and things happening in our family for more than 7 years. Phew guys. 7years is not really short you know :)

So, we promised Iman to celebrate somewhere! So yay! Wet world jom!! A little bit belated from the birthdate but, with all the weather and the cousins not that well, we still plan for the best. Tak pelah next time depa join..okehh


Our celebration started with a surprise birthday cake from Auntichik!! Tq auntichik!!!! We all love you sooooo much. Sedap cake macadamia ni.. mommy suka :) Cake from SR rata rata mommy mmg suka :)


Happy Birthday my beloved Iman! Selalu daddy suka kacau mood Iman pagi2, kan? hehehe




Dah big boy dah my Zulhadzrey Iman!



With cuzzie Hamozee and Kawsar and adik Mikhail. Amsyar tersorok not in hte picture merajuk..hehe

Kawsar! And Mikhail (2016 babies)




A beautiful sunday. Off we go to Wetworld shah alam after a hearty breakfast. Masa ni br otw nak smpai so everyone is still not sunburnt yet!












Pictures pun takdelah byk sebab semua lenjun masuk air at almost all times. Naik makan minum and then terjun balik :) Tix was Rm30 utk dewas (mykid) and RM25 utk kids 90cm to12 yrs old




Nak terjun kolam dah!

Luas juga tmpatnya. And agak bersih!


Main pool at wet world shah alam


Foodies mcm biasa..a bit expensive!



Overall, we had a blast here in wet world. Small place but the kids were so happy! Suka sangat dari 11am smpai 5pm tak habis habis lg mandi. Bila balik semua hitam legam sunburt!! (mommy still sunburnt until now! Adoi..!)



Deep down mommy really hoped there is a wave pool and a river for float cruising if not like Sunway Lagoon, mcm GCR Morib takpe dah. The slides are too plain for us..acewahh! Rindu pula family days in Sunway Lagoon macam zaman dedolu.dah takde dah sekarang.



Thank you Wet World Shah Alam! We had a great time!!



Happy Birthday Iman! Jadi anak soleh ya..jgn nakal nakal! Mommy loves you sooooooooooo much!






Rgds,

Mommy Zahra

Friday, March 16, 2018

School Holidays has begun uols!!~

Friday!..tgif!!

Im just happy its friday today! Suka sgt kann..smpai 3 kali mention friday.

First thing first - Mikhail ada follow up today with ENT specialist Dr Loga. He seems ok. i hope there will be no further follow ups needed! Amin!
This cheeky guy who poked his ear!
And... we're planning to balik kampung next week. Yups after all the dramas-> I need my short trip to food heaven! I plan nak jjcm targeting few personal favorites aje cuti balik kelate ni. Im talking about kerabu maggi, mi celup and ayam percik sedap. Fuhh these are my favorites. Lama dooh xbalik kata my hubs. Dec trip aritu doesn't count sebab we didnt spend the night home.


Zainab's back to Dubai yesterday. She had safely arrived home with 132kg of stuffs this morning..plus double stroller plus 2 small kiddos. Alhmdulillah everything went smooth. I was planning to buy them some bj raya..but until the last minute tak sempat! Aduh!

We'll see what's more waiting for us this 2weeks of March left!

Enjoy your school holidays guys! Im just anticipating a no jammed Monday next week! Yay!!


Love,

Zahra 

Tuesday, March 13, 2018

A visit to ENT Specialist DEMC


This little munchkin has caused me a series of panic attack one by one as of now. 18months young baru, he is as curious as a kitten! Suka sangat mencuba benda baru and tiru aksi aksi abang abang. Pandai dah skrg ni kalau kita suruh ambil remote or tlg buang sampah, or ajak g mandi ;)

Penghibur hati mommy sangat!

Until on last Thursday, he poked his ears with cotton buds! he came to me crying and showing me the cotton bud in his hands. From where, only God knows!! Adoi. I thought it was ok as he seems not in pain and continued playing after that.  

Until i realized the next morning - his ears was full of dried blood!!!!!!



Oh my! I tried cleaning it off just on the outer sides, and was relieved the blood had stopped! He, on the other side was OK though. Relax je. I was sure he was not in pain. So we decided to send him to playschool to observe. 

That night, we brought him to our family fav clinic and got referral letter to go to the ER. It was really late at night by then, and we were arguing of which hosp to go. My preference would be DEMC. Hubs insisted we go to Putrajaya Hosp. I told him off that, in case we had to spend the night there, how the other two will do? Iman nak sekolah lg. And bear in mind Putrajaya doesnt allow kids below 12 to visit. So how?

Then i let him decide. He monitored Mikhail all night and told me to sleep. The next he said, well i guess lets go to DEMC. In case it is really not good inside the ear, we'll ask for transfer to Putrajaya.

Of course i said OK.



Because we were walk in patients, the process was a bit long. Tunggu GL lagi, nak set specialist availability lagi. However as Mikhail is still a baby, the process was really smooth.

We were set up to meet with Dr Loganathan.

Dr Loga on the other hand is soooooo children friendly and soft spoken. He will try to answer all your questions and showed us what is happening via camera telescope and diagram. So i feel it is really worth it to get a chance to meet specialists like him. 

He told us that Mikhail's ear drum is punctured and it causes trauma/blood. This causes him to temporarily lose his hearing on one ear but worry not as babies heal so quickly. The blood inside will help heal the puncture,so he decided to leave it as it is and always try to keep the ear dry. He subscribed us a bunch of medicines and ask us to set an appointment with him in a week's time!

Ok Dr Loga! See you soon!





Saja je taww adik mikhail nak spend time dating mommy and daddy kann? :)
Once in a while jadi anak tunggal!


GWS baby!


Love,

Mommy

Monday, March 12, 2018

Next to update : Birthday Bash abg Iman!

Kitorg lah yang g celebrate arituuuu...!!


Nanti mommy karang and publish!
Ehh..korang dah sudah e-filing belum? Kita dah!

Tuesday, March 6, 2018

Our Kuala Terengganu Trip 2017 - A TB!



Cerita lama ni..dah 2bln delay. Tapi xpe kita update juga utk kenangan kita di kemudian hari. Cuti sekolah hujung thn lps, we had a short trip to Terengganu n Kelantan. Sebenarnya lebih kepada teman my mom nk hadir juga kenduri kazen kami yang berlangsung di Kuala Terengganu. My dad pula out of town (out of the country actually) at that time, so kitorg pun setuju teman kan mak ke Terengganu. Comel sgt mak siap janji nk sponsor semua dgn syarat kami semua pergi :)

Mak kan org kuat Mara, so dpt privilege sewa rumah rehat mara Terengganu. Mmg syok sgt dpt rumah comel lote 2bedrooms kat tgh2 bandar kuala terengganu :) Alhmdulillah. Two nights costed her dlm RM100 kot homestay ni. Amenities semua cukup alhmdulillah tp kami mmg byk mkn diluar, xde plan masak memasak pun :)


Day 1 : We travelled on Saturday early morning from Kl-KT 5am smpai di KT circa 11.30am sebab nk follow rombongan pengantin baru menghantar pengantin :) Jumpa my cousins, uncles and auntiy all the way from Kedah disini. Kumpul di TH Hotal KT seblum ke tempat bersanding. 

Kami dah sampai from KL! :)

The Big Family menghantar pengantin! This is only half of us all (3generations, ok 4 with our always young tok su in yellow shirt)


Ramai masa ni meriah betul..tp biasalah baru nk warm up nk bertanya itu ini..dh terpisah balik. Majority of my cuzzies on my mom's side cikgu cikgi belaka, so they took the opportunity to get some cuti cuti malaysia bersempena cuti sekolah pnjg as well..pengantin pun cikgu juga! Congrats Ain! More cucus for Njang okehh :)



Our small family. Superlove daddy's baju. Ala Jovian's design gitu.. Now my dad bagi terus kat dia dh :)










OK checked in KT Mara guesthouse, solat,rehat.. Alhmdulillah-Settle urusan utama.. jom kita p jalan jalan! Yeay. Petang kita g jalan jalan ambil angin area tebing sungai betul betul dpn the guesthouse. Jalan kaki pun sampai! Masa ni dah hampir nk maghrib, so sempat sekejap ajelah. Lepas maghrib lah kita smbung berjalan lg :)


Kuat angin muara Sg ni.. Sungai apa yeerrr...Sungai yang menjadikan bandor ini Kuala 

All in the pic..



That night kita jalan jalan Pantai Batu Burok not fan from the guesthouse. Happening juga sini with all the horserides, horse carriage and caravans etc. Ada boleh sewa bubbles and street food along the beach. We just had a good night stroll at the beach and had some ikan celup tepung at the beach as well. Semua bukan food hunters sgt so kita makan mana yang ada ajelah :)



Iman n Amsyar's first horse ride experience  :) A little pony sahaja for those below 10 yrs old



The boys keletihan. Battery flat. Morning in KL. Night in KT





Day 2 : Road trip to Kelate



The next day, mom requested for a short day trip to Kelantan. She insisted on visiting few relatives there to just complete our Pantai Timur visit. A bit special this time because we brought Mak together..the more the merrier! :)


Second pit stop : Rumah Ayah 6 my Uncle in Machang. Tnya khabar berita

Then quick brunch before singgah rumah one of Mak's uncle in Pangkal Meleret. No pic there pula



Then off we go to Pasir Mas! Hubsy's kampung. Dh alang alang ke Pantai Timur kan..kita singgah lah bertanya khabar berita :) Everybody was there..and we were lucky that the banjir water had just subsidued the night before. My MIL served us with a scrumptious line of Kelate delicacies. Tq ma for the hospitality. Mak brought for them Ubi Gadong we bought from the highway :)



Bidding us good bye!






Day 3 : Ronda ronda KT, Pasar Payang, Kg Losong and more of Pantai Batu Burok!


The next morning, we started our day really early with breakfast near the beach and a morning stroll. There is something special actually about Tganu beaches that makes you feel so happy and serene just by being there. The waves and the sands really make you feel refreshed again! Alhmdulillah!




Say Yay! To the sand and and beaches!!







One with you




Boys playing with sand as its December.So a big no no for sea dipping!


People i love!

Yups! Tidak selamat ya!!

Pasar Payang : The new look

Mak memborong sweets and serunding

And some batiks of course!

Bye Mara Terengganu! Nice stay!




Ok Terengganu..we had our losong keropoks and enough supply fr Pasar payang already to bring back to KL! Yay!We enjoyed our short trip and nice stay here! Semoga berkesempatan datang lagi!! Maybe a trip to Redang?





Bye!


Love,

Zahra

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...