Monday, July 24, 2017

Idea Deko Raya Ofis : Jalan TAR di malam raya















Cantik kan idea ni!  Buat mmg seakan2 keadaan jalan TAR di malam raya yg meriah. Kudos to the design/Styling team for the fresh idea! Kita tolong realisasi kan sahaja. Support! Dah kurang kreatif tu, apakata kita tolong in terms of support pun dah alhmdulillah~

Sebnrnya the dekoraya is for pertandingan Proton Dekoraya 2017 interdivision! Keputusan belum keluar lagi ni..doakan kami ya! :)

Ok habis raya raya episod 3 :)



Love,

Zahra

Saturday, July 22, 2017

Raya Chassis 2017! The weekend family party!



Two pics loaded for this dulu! :) Iron ladies behind the scene and our team family _Heat & Fluid!!! Activity tahunan setakat ni alhmdulillah! Kita buat awal awal thn ni, book semua awal, buat dekat dekat and potluck saja semua senang. 15th July (21st Syawal) kita dah buat :)

Makanan alhmdulillah plentiful and variety! Habis raya raya episode 2. Kita ada byk episode lagi inshallah.Will be uploading more pictures soon!

Love,

Zahra

Tuesday, July 18, 2017

Catatan Raya 2017 - Minggu Pertama!



Assalam mommies! Sihat musim musim raya ni? Dah Syawal ke 21 baru nak up gambar raya :) Tahun ni alhmdulillah setelah 5tahun beraya ber-empat kita beraya berlima! So this year is Zulhayqal Mikhail's first raya :) Seronok beraya ada baby ni sebab dia semua nak tahu, semua nak buat tp still tak seactive abang2 dia lompat sana sini ;p Tahun ni kita minimalis konsep saja, so marilah berjubah raya ni. Mikhail pun ada jubah tau..jgn main main! hehe.

Berlima di pagi syawal 2017

Tahun ni raya pertama di BBST, Selayang and KL in general. So alhmdulillah xdelah episod dukalara harung jem 20jam mlm raya. Dgn baby kan, so everything needs to be considered! 
My big family. Dah bertambah 3 org ahli tahun ni : Kawsar,Huurun and Mikhail ! :)

Macam biasa kalau raya KL, mcm mcm lah menunya :) Mlm/pagi raya kami berkuah kacang, berendang and bersambal udang lah. Lodeh pagi pagi baru buat. Tahun ni special sikit ada nasi arab kakchik buat bawak dr rumah dia kat Nilai Impian. Raya ramai ramai dgn makanan meriah ni best sgt rasa. Kalau raya dikelantan gamaknya xrasalah ketupat rendang. Family belah suami akan selalunya buat satu menu berat, contohnya nasi hujan panas. Ha gitulah. Lain tempat lain budaya nya~
A part of our raya dishes.Opps maafkan selipar ituuu..~

Tghari sikit kami ke kubur nenek di selayang and sambung makan makan lg rumah saudara mara di Selayang dan Serendah. Memang seronok. Pergi dua rumah je sebab salah satu rumah tu dh jmpa 80%org yang kita nk jmpa for the day :)

The Selayang/KL clan! Xmuat gambar oi!~




Raya kedua kita ke Melaka! Gerak lewat sikit dah pagi tu dok bersantai santai kat rumah makan makan (byk nye makan) dekat kul 2pm baru sampai. Jem sikit as expected hiway ke Melaka. Kat melaka jmpa nenek jenah kakak nenek kami. Dia jelah yg tinggal antara adik beradik nenek,nenek dah tak ada. dapatlah jmpa menumpang kasih.

With nenek Jenah in Bukit Katil


 Membawa ke ptg tu singgah lah ke jasin ke rumah sepupu belah mak di kesang tua. Lama betul xberjumpa..dia pun seronok kami dtg beraya beramai ramai. Banyak Cik Noreen masak, masa tu dh lemau lemang ketupat dpt yong tau fu and Mee Bandung mmg best! :)

With family Cik Noreen

Mujur mikhail ok time ni, berjalan sakan panas panas, kami jangka dia boleh demam, tapi alhmdulillah xada. Siang tu panas terik betul! Otw balik dr melaka hujan lebat selebat lebatnya!

@ RNR Ayer Keroh Jejantas


Raya ke-2 nak ke melaka. Mommy muka letih masa ni. letih apa tah ;p


Raya ke-3 hari selasa, kami lepak lepak aje dirumah mak sembang sembang makan, petangnya tu baru decide nak balik jugalah kelantan sebab dah habis byk rumah belah sini kita jejak. Mak n bapak pun nk terus kan perjalanan beraya ke utara. diorg ke Bukit Merah jenguk rumah and ke Penang . Kami kemas bag, pekena nasi kandar and terus chow balik kelantan. Alhmdulillah dah tak jem. Smooth ja. X bagtau pun family kat kampung yg kami nk balik. Takut xjadik.Hehehe saja nk surprise!

Raya ke-3 OOTD. Nak blk kelate time ni :)

Petang tu sampai ke raub singgah beraya rumah nenek saudara hubby. Seronok dia kami dtg! Singgah dinner sesiap, solat maghrib..kita gerak ke kelate! 

Sampai Kelate mmg flat lah..sampai pun dh 4am pg! Raya ke-4 semua zombie. Rehat rehat sahaja dirumah mak mertua. Dia masakkan faveret hubby perut muda rebus! Suka betullah org tu dpt perut! yelah balik pun jarang jarang. Kat sini mmg xdelah kuasa i nak masakkan. I pun xmakan perut!! :)


Kelate pun panas ya rabbi! Raya ke-5 tu (Khamis) kami sambung beraya. Kali ni g makan org bekwoh kawen sedara jauh papa. Sbnrnya family friend lah senang kata..BFF papa so wajib semua g! ;p Untung juga dapat mkn daging kawah free musim raya ni :) Lepas tu smbung beraya ke Bachok lah plan nak mandi pantai sesambil. Mmg xbernasib baiklah juga haritu sebab panas terik siangnya..ptg tu hujan lebat! sempat singgah beraya rumah mak pengasuh mikhail, then terus shoot ke rumah MIL adik ipar bebetul tepi pantai kat Bachok tu juga. Rezeki bebudak nilah juga dpt mengutip duit raya biras tu anak bongsu dr 10 adik beradik and semua masih ada kat umah mok dia tu. Happy diorg! :)

Raya ke-5 OOTD : Turqoise team!
Family Potrait kat wedding!

Jumaat nya tu (Raya ke-6) dah hari terakhir kat kampung so paginya g ronda Rantau panjang sat, then ptg smbung beraya adik beradik papa n mama area pasirmas tu juga. Masa ni iman dah start demam and muntah. Mikhail pun dah dedar badannya. So malam tu juga bwk g klinik panel kat pasirmas ambik ubat and masuk ubat rectal sebab iman dh smpai 39degC! Alhmdulillah anak soleh sorg ni kuat org nya..esok nya tu dah elok dah..start melasak macam biasa~

Masa g Rantau Panjang pg tu pun xde beli beli apa pun, dok teringin mi celup and foodies seberang saja. byk bebeli mangga besar besar, aiskrim baba and lokching jahh(ui lokching hotdog pulut sedap oi!).  Belikan mikhail bantal angry bird ja seekor. Pastu beli bakul anyam kedai favret nk isi baju kotor..hehe. Ptg tu juga g ambil ketupat manis sambal daging mama dah tempah ni. Yay! dpt ketupat manis! yang ni mmg favretlahhhh..sedap! Tq mama! Sebenarnya adik ipar yg ngidam, kitorg tumpang sekaki jerrrkkk :)

Packed sikit kan raya raya kali ni tapi alhmdulillah dan lah nak beraya betul betul and mmg byk g tempat tempat despite kekangan ongkos sikit. Seronok alhmdulillah. takpelah kannn duit boleh dicari katanya (menghitung hari gaji oi!!), raya setahun sekali jerr..


Ketupoatsssss! Sedap ni! Siap freeze sikit sebab nk simpan makan hujung2 raya nanti!
Kasi can sikit lah gambar selfie raya berdua! :)

Raya ke-7 kita balik ke pangkal jalan dahlah. Balik ke KL! Bawak adik we yang sekolah SBP kat kajang sekali nk g hantar dia the next day! Bertolak kul 6pm kul 12am sampai ke Saujana Putra. Penat mmg penatlah, kereta byk tp bergeraklah xjem mana..blues nak kerja on that monday takyah ckplah..adoi..hehehee..kemain eh raya seminggu pastu taknak kerja :)

Bye bye kampung! kami balik duluan!!


Ok gaiz. Nanti kita smbung lagi..mmg alhmdulillah setiap weekend raya ni ada je program nya! Siapa yg sudi beraya kat rumah kita jemputlah dtg ye. Xde open house pun. Bgtau nk raya kita masakkan mihun eh..hehehe mihun jelahh lain xpandai! :)

Raya kan sebulan? Ada 9 hari lagi ni..


Selamat Hari Raya uols!

Friday, June 23, 2017

Salam Lebaran 1438H dari kami sekeluarga~



Gegak gempita bunyinya rebana,
Bergema takbir dipagi hari,
Ampun Maaf dipinta semua,
Moga tiada yg simpan didalam hati


Love

Mommy Z sekeluarga


ps**day 28 berpuasa alhmdulillah. Tahun ni lambat pula dtg 'waktu cuti puasa' which mcm bg chance je mommy utk puasa penuh. Tak tahu lah tu sb lg 2 hari ni nak puasa. Susu pun kalau p***** kan akan drop so mmg kali ni mcm Allah nk bg peluang and rezeki untuk Mikhail :) 

pss**Last day to pump whilst fasting..yg ini bg mommy sgt mencabar sampai hilang 5kg mommy ramadhan ni. Alhmdulillah Allah bg kudrat dan kesempatan wpn mmg dah standby kurma and biscuits in case rasa pening pening lepas pump/df. Tp nk describe laparnya tu mashallah..perasaan tu hanya ibu yang menyusu yang faham. Masih lg ada frozen stock utk mikhail wpn sikit  (tak pernah meriah smpai ber deep freezer) tp mommy bersyukur sgt sbg mommy yg cukup cukup mkn. Doakan Mikhail sempat utk dpt disempurnakan 2thn penyusuan ye mommies! Amin!

Thursday, June 22, 2017

Mood raya dah ni......... :)


Still kerja today
Still in da office
Bag pun tak packing lagi walaupun balik sepang yang hanya 30minit sahaja still kena packing ..

Lagi 3 hari nak raya yay! 



Monday, June 19, 2017

Kenangan Ramadhan 2017 - Dah minggu terakhir!

Alhamdulillah dah 24hari kita puasa. last week dah ni :)
Saja jelah nk simpan kenangan kenangan juadah berbuka tahun ni kat blog kita yg dah sendu je ni, Kalau ikut hati mmg hari hari nk update blog, tp biasalah dok menangguh by last tak berupdate pun.

oh satu lagi. tahun ni ramadhan istimewa sikit sebab dh berpuasa/ramadhan berlima, berubahlah sikit sebab dah 5thun berpuasa berempat. and iman amsyar pun dah start belajar berpuasa tahun ni. Iman setakat hari ni full blast lg..24hari full. amsyar ada tercicir sehari..hehehe..tapi istimewa la sb diorg dh belajar bersahur and tahu maghrib kita berbuka. alhmdulillah~


ayam goreng kunyit and sotong becili


Tahun ni sebab bebudak ni puasa, mommy usahakan juga masak sikit2 apa yg diorg suka. Ada hari mmg berbuka di kedai tomyam sahaja..hehehe.. adalah dua tiga kali tapau nasi kukus dari bazaar ramdhoon sebab jem dh 6,45 smpai rumah. apepun xsempat lah jadi nya. Ada hari2 yg alhmdulillah berkesempatan berbuka dgn mak n bapak di salak tinggi, mak masak kari ikan salmon sedap :) Macam semalam berbuka dgn tokey nasik kerabu -zuri adik hubby. dia mmg ada buka gerai di bazaar utama putrajaya. nasik kerabu tumisnya aduhai..mmg sedap betullah..terliur liur rasa sambil menaip ni. berbakat abgchik zuri ni memasak, mmg skill mek tu jatuh menurun pada dia. yang lain mmg out, kalau abg sulong nya ni (hubby)..alaaahai..yg plg habis hebat tu megi kari lah..kikiki.

Gitulah..
lauk laju laju cpt dimasak-ayam masak merah (goreng pedas)
Budak baru start nk belajar puasa - zulhafidzey amsyar 5thn


Ni haritu bwk nak g berbuka dgn mak. Alhmdulillah mak suka :) kita buat kurang manis khas utk mak okehh. bapak org melaka.dia tak suka..kikikiki
Menu byk tapi mostly beli je di bazaar or di cafe opis sblum blk. Bila dah akhir akhir ni mmg dah x lalu.kadang2 ayam goreng kosong je dgn masi panas pun dah memadai.

Ni sahur dgn leftovers yg di packed dr tokey nasik kerabu :)
Asam podeh ikan the winner!
kerutub daging legend ni.beli order khas dr opis juga.sambal je dah cukup.lain dh zmau dh kalau ada lauk ni.dah repeat 2x dah daging kerutub ni bulan ni ;p.


Siakap 3 rasa ms ni :)


Dah akhir akhir ni mmg kerja pun dah xbrapa nk kerja, dok teringat nk raya. semua dah setel dah inshallah nak raya..and kita raya KL tahun ni! Yay! cucu mak n bapak pun dh berubah bilangan nya this year (+3 huurun ain, kawsar and mikhail!) so rsnya dah bertambah meriah dgn babies yg rmai ni. And yg plg seronok these 4days lah the last 4days nak pam susu/menyusu di bulan ramadhan. Yang ni..mmg mashallah sgtlah mencabar..yups mmg ada rukhsah. tp mommy masih boleh berjalan ke opis and masih boleh bersolat wpn pam, takkan nak berbuka semata mata kan.hmm..puasa ramadhan ni bkn puasa main2 tp puasa wajib kann..gitulah. So far at 8mths 3weeks mikhail masih lg fully bfeed. Masih lg bertahan..alhmdulillah.bukan sng tau, ttgh long meeting/testing kna bejalan jauh nk blk opis sb nk pam 30mins.then berjalan blk ke testing venue...lemau!!


OK uols! nak buat kad raya jugalah this year. Tapi kalau xsempat kita wish awal awal ekkk...

Selamat hari raya & Maaf Zahir Batin!


Love,

Zahra

Sunday, May 7, 2017

33 alhmdulillah






Its may. Its the time of the year. Yay! The time of the year when my age changes its number. Syukur alhmdulillah of all the happiness and blessings i have in life. And to be able to walk freely without any illness alhmdulillah.

For the people i have around me.
For the kids i have to teach me about life.
And to the people who loves me. Conditionally and u conditionally.

Mashallah. Alhmdulillah. Allahuakbar.

Happy 33 yrs old to me 😁😁😁

Wednesday, May 3, 2017

Bersalin czer di putrajaya part 2 πŸ˜€

Sambungan dr hari tu πŸ˜€πŸ˜œtp ni more on kesah nak bersalin.

Hi mommies. How are u? 😊 Arini just nk smbung sikit cerita bersalin di hosp putrajaya.hehe kemain lagi ada part 1 part 2 pulak ek..kikiki.. Bagi sy sendiri, setiap pengalaman bersalin ni ada kisah nya yg tersendiri. Lain lain bg setiap satu darinya..betul x?

Masa di putrajaya haritu saya ditahan ward awal iaitu pd minggu ke 39 utk elective cser. Patutnya masuk ward dah..tp disebabkan batuk yg kronik and x ada apa apa contraction lg, sy dibenarkan pulang ke rumah dgn dibekalkan sebundle antibiotics.balik je rumah bermula lah contraction. Mmg sakit kerap, jadi sy mula timing kan. Dah sampai 5 min sekali selama 1jam contraction berhenti. Main main adik mikhail rupanya. Kalau ikutkan kata doc, sy x ada sebab utk tidak bersalin normal, and kalau mmg sakit nak bersalin terus check in kat labour room anytime, tp sebab prosedure, semua kena akur. So selagi boleh tangguh, dia tangguhkan op saya memandangkan saya mmg batuk teruk masa tu.


Kalau batuk mmg x boleh operate. Kata doc anaesthetic, wpn op half bius, tp mereka ttp ken berjaga jaga in case of anything saya masih berkemungkinan diberikan full anaesthetic./bius.masa nilah bahaya kalau kita batuk. Badan akan shut out salur pernafasan and reject semua benda asing, termasuk satu salur tube yg perlu dimasukkan seandainya perlu dibius penuh. Haih.. Seram kann.. 😭

So disebabkan mmg x ada apa apa condition yg memerlukan sy di operate serta merta (emergency), mereka xboleh elective czer saya sebab saya batuk. 2prev scar bukan emergency ya utk dioperate.. Huhuhu.

So xapalah. Masuk minggu ke 40 sy mmg terus ditahan ward, wpn dlm keadaan batuk. Doc bagi sy ms 5hari on iv antibiotics utk clearkan batuk. Masa ni saya mmg berserah ajelah. Kebetulan time ni parents in law ada dirumah setelah lebih 3minggu menanti saya xbersalin bersalin lg, keadaan sy masa tu sgt stress. Dirumah ramai, nak berehat pun mmg xdelah sgt. Ok xmau cerita pasal tu. Sy alhmdulillah lebih tenang di ward berbanding dirumah. Boleh berehat, baca alqur'an semahu mahunya.. πŸ˜€πŸ˜πŸ˜Ž makan pun on time.. Suami pun kerja jelah dlu sementara sy di hospital.

Masuk week 41, batuk masih belum reda. Tp ada blood show and mucus plug. Masa ni sy, xda lah bgtau doc apa apa. Sebab apa apa pun kita dah ada dlm hosp dah pun kan. Mlm mlm mmg melayan contraction, and ms ni maybe saya dah lama sgt dlm hospital (hari ke-5) doctors pun dh xingat nk buat ctg baby. Cuma check vital signs and degupan jantung baby every 4hours. Masa ni ada kes kematian ibu baru lepas bersalin, jd keadaan ward agak kecoh. So terabai sikit.

On the op day morning, doc pakar mai check n baru perasan MO dia x order pun ctg reading since 3days ago. Hehehe..haha I tak tau 😝 pastu bila buat ctg mmg on high ctx..terus jelah order for next priority. Masa ni ot penuh plak kebetulan awal pg tu ada kakak ni operate buang rahim. Sampai zuhur x kua kua OT lg. Bacaan ctg dh dok read ctx aje.. Diorg dah kalut. Hehehe.. Kita mana tau. Xleh buat apa.. Mkn pun xboleh sebab puasa 😊 At 2.30pm barulah OT panggil. Ms ni ok lg boleh jalan. Tp diorg saja soh naik kereta sorong..xpalah kita follow lah lgpun dok sakit contraction.

Sampai OT, mmg rasa nk buang air besar. Xtaulah sebab sejuk pkai baju separa sexy utk OT ke sebab lain, tp mmg rs nk buang air xtahan tahan. Memula doc anaes tu xbagi. Pastu dia bg sebab dia pakar anaes putrajaya, nk mengajar ank murid dia cmne cari tulang blkg org obes. Haha..so mayb amek masa. Ok fine. πŸ˜‘

So masuk toilet staff kat OT tu. Lama juga lah sebab memulas tp xdak apa apa. Dua tiga kali ada org ketuk tnya puan ok x puan? Kita jwp ok jalah. Keluar keluar tu satu team kat luar pintu dok standby takut saya terberanak betul2 dlm toilet... Hehehe... Ok πŸ˜‚

Masa tgh tgh nak cucuk epidural kat spine tu mmg sakit sgt sgt perut dh, xrasa dh sakit epi tu dicucuk. Nak tunduk dia x bagi soh duduk straight, menahan ajelah 😭 masa dh masuk ubat bius tu doc dah start sapu sapu alcohol ke apa tah mmg ada rs ada benda kat celah kangkang, doc kata dh nmpk kepala. 😱huh? Diorg bincang sesama diorg, tetiba zap zup zap dh start czer. Mmg rezekilah org kata..kna belah juga, wpn dh smpai saat akhir.

Tp nak kata cmne eh... Mmg smooth ja rs x ada apa apa masalah czer kali ni.alhmdulillah.

Mcm dh panjang ni kannn... Oklah nanti kita smbung lg kalau rajin.kita tepek pic adik mikhail sikit.. Dh 7bulan dah 😘😘😘



😘

Mommy z

Thursday, April 27, 2017

Bersalin czer di Hospital Putrajaya 😍

Tajuk mcm karangan 😝

Well just to share my experience in Putrajaya Hospital, bersalin czer. This is my 3rd experience bersalin di putrajaya. And all 3 were different experiences all together.

1st baby : 21.02.2011 Boy 3.75kg
2nd baby : 23.05.2012 Boy 3.18kg
3rd baby : 30.09.2016 Boy 3.67kg

Heroes semuanya 😎 Alhmdulillah

Kita cerita yg paling latest lah. 7months ago punya cerita. Utk general info, putrajaya hospital ni one of hospital kerajaan yg menawarkan 100% class 1 ward di hospitalnya. Hospitalnya xseberapa besar, tp cukup peralatannya inshallah. Kali ke 3 bersalin kos bersalin totalnya cuma RM1200 termasuk seminggu warded sebelum bersalin dan 3hari selepas. Saya duduk bilik 4bedded ms tu sb mmg full wardnya. Tp saya suka 4bedded sebab xdelah sunyi sgt mlm2. Mikhail ditahan ward nicu slama 2mlm kena caj asing. Masa tu kalut nak call micares utk coverage.. Bila tanya bill brp sekali rm15 sahaja. Allah πŸ˜‚πŸ˜‚

Di putrajaya, meals mmg according to your needs. Pre and post natal lain menunya. Kalau diabetic lain menunya, so bab makanan post csect mmg x perlu risau. Lps czer, hospital hidangkan bubur nasi dgn lauk lauk pantang mcm sawi tumis air and ikan tenggiri singgang. Buah orange mmg setiap kali makan dpt sebiji.yums 🍊🍊🍊

Kalau bab bf friendly and gentlebirthing, sy mmg puji hpj. Satu, sb wlpun sy bersalin czer, doc benarkan skin to skin dgn baby immediately selepas baby keluar, and dpt terus mulakan penyusuan ms tu. Cord clamping pun doc benarkan delay smpai habis pulse. Yang tu mmg saya suka 😍 Dlm ward pun mmg ada lactation nurses yg mengajar correct latching position one to one, so sgtlah membantu mana mana ibu yg ada masalah pelekapan esp first time moms. Tp kalau ada masalah susu x ada and dah lebih 24jam kelahiran masih x ada susu barulah hospital akan support dgn susu formula yg diberikan dgn sipping cup.

Oklah nanti kita sambung bab 2. Mcm panjang sgt dah ni kan? K mommies.. Moga apa dikongsikan bermanfaat.

Bye 😘

Wednesday, April 26, 2017

I wish..

I wish i could update at least once a week here actually. Maybe just a few lines. As long as im updating. Lets take baby steps..one at a time. 😎

Actually im still adjusting life as a mom of 3. Putting things where it belongs, try to balance career life and family..doing things to make sure i dont screw up people's life 😝 kalau di ikutkan mmg byk sgt benda nak kena buat. Smpai dh tak boleh nk organized kan diri. Kalau mmg org ocd of coz dh stressed up to the max sb x dpt nk organize kan everything. I mmg ada ocd. Sikit. So, boleh lah handle lagi. Mmg kna sikit sikit selit sini sana.

Talking about me, post 3rd csect ni, amazingly i feel a little bit great about myself. This i would like to thanks my op doc yang maybe membetulkan a lot of things inside, post 2nd csect i cannot even rukuk lama lama sebab rs diagframe collapse, xtahulah nak cerita cmne..tp rs mcm tulah. Pastu rs mcm sesak nafas. This time around alhmdulillah, rasa sakit mmg dah boleh expect for first few days. Then, that's it. I cuma berpantang makan and sejuk badan saja. Urut2 tungku semua i xbuat until mikhail is 6months old. Makan mmg jaga sikit and try to keep the plate colourful. Eat ikut suku suku separuh within 6meals a day. Alhmdulillah after pantang. Im back to healthy me πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š yang penting socks and minyak minyak panas mmg sentiasa sapu. And keep the body always heated up.

Ok lah.gtg. i'll try to update time to time! πŸ˜‚

One photo for the album..my school friends gath earlier this month. Love them all! 😍 duduk sembang 4jam xsedar (1-5pm!) Sampai kna seru balik by hubsy... Hehehehe




Should do this more often.

Love 😘

Mommy Z

Sunday, April 23, 2017

Zulhayqal Mikhail is already 6!




Not so much into blogging these days. Poor mika, xbyklah jadinya updates ttg dia. So here we are. Already 6months+. Already started solids sikit sikit. Mommy nak try baby led weaning method this time. Pernah dgr? Dia mcm bg baby try real chunky food (soft la tp) for the real food taste and not pureed type, just minus the sugar n salt.

😘

Mommy Z

Dejavu

Once pernah ambil one pic of amsyar in this pose 😍



😍😍😍😍

To the long weekends ahead!!! Salut!



Seronok beriadah dgn family kan? I pray for many many more long weekends ahead! May is approaching guys! A special month for us - birthday mommy, birthday daddy, amsyar, our anniversary... And of course ramadhan 😍 plan nk g short getaway.. Tp tetiba bateri kong plak end of last week. Kereta pun byk nak kena upgrade. This October dh last payment dah for our super black.. Yiihuuuu... Terima kasih sebab behave sesangat all these years. Tgk lah mcmana... Ye tak?

Bye bye for now 😘😘😘

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...