Wednesday, March 25, 2015

Sayu rasa hati

Hati saya mudah tersentuh sejak kebelakangan ini. Kadang kadang terasa bagai ini satu cara Allah menginsafkan dan mengingatkan kita dgn pinjaman pinjaman dr Nya.

Baru semalam sy membaca satu artikel mengenai tanggungan dan isteri yg menggalas beberapa tanggungan isi rumah yg menjadikan isteri kadangkala rasa terbeban. Bukan satu artikel yg baik tp cukup menarik kerana ada kisah penceraian diatas sebab yg sebegini. Tinggal di tengah kota metropolitan mmg membuatkan kita tidak boleh tidak until sama2 menyumbang utk ekonomi keluarga, tp semua mestilah disulami dgn give n take.

Saya bekerja atas dasar sy suka menjadi wanita berkerjaya. Ada kwn2 yg mmg bercita2 menjadi surirumah sepenuh masa dan bekerja utk membayar hutang lapuk. Jadi kepenatan bekerja menjadi satu kepuasan bagi diri saya :) Berbanding dgn upah yg diterima di atas kerja kita td.

Tp ada juga masa2 yg kita yg sudah penat, jd kurang sabar dgn kerenah anak2. Terutama hari2 yg mencabar *sigh* lumrah manusia. Waktu waktu inilah syaitan merasuk hati, mengungkitkan hal2 yg tak sepatutnya. Mencemarkan ketulusan hati isteri yg bekerja dgn kebencian kpd suami sendiri. Why u can't give me more. Why I don't get diamond rings like milah rumah seblah.contoh. Why can't I just stay at home. Why their house is bigger than ours. Why why why ..semua keluar.padahal bkn ada kurang pun dimana mana. Semua seperti biasa saja.

Semua kerana sudah penat. Terpengaruh yg bukan bukan.


Baru je nak mengajukan permintaan menukar sofa baru ptg td, kami dikejutkan dgn khabar kwn sekerja meninggal di gilis lori..tag kerja masih dileher.baru 5min yg td kata mereka.Allah ambil sekelip mata. Allahhu...Akbar! Kami masih dlm kereta, baru pulang kerja juga.

Terkejut.


Sedih, sy peluk suami.
Syukur dia masih ada. Walau penat mcm mana pun. Bil mana yg sy kena byrkan pun..dia masih ada. Yang mana dia kurang, sy cukupkan. Kekurangan saya yg cukup byk itu, dia sempurnakan. Allah masih bg pinjam utk sy menumpang kasih dan manja. Kala penat dan sakit kepala ada tgn kasar yg boleh di percaya.

Allah, jgn ambil dlu dia dr saya. Kami masih perlukan dia. Sedih terkenang isteri arwah sarat berbadan dua. Dgn dua anak kecil menanti dirumah, 10km dr tempat kejadian.



Allah..





Takziah buat keluarga rakan sekerja kami.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.
Moga ditempatkan di kalangan org yg beriman.

posted from Bloggeroid

3 comments:

siti norsarah Aminuddin said...

tuhla...hr ni hari sedih kita. walau x kenal rapat tp bila kenangkan isteri arwah yg sarat, ras aberat ujian untuk dia.

ujian kita tak tahu bila nak dpt..berat mcm mana..

Ummu Iman Amsyar said...

moga keluarga dia tabah :)
Semua mcm dlm mode bersedih arini.

Prototype tutup terus.

ieza said...

Allahu akbar, dapat jugak wasap tu from geng2 proton, ksian kat wife & anak die yg kecik lagi alahai sedih sgt2, lagi2 wife die yg tgh pregnant.. hopefully die tabah..

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...