Monday, March 30, 2015

Resipi Karipap senang

Monday peeps!!
Assalamualaikum wbt :)

Mundane lagi ke? Disebabkan td mkn nasi berlaukkan ikan patin yg best tp kuahnya yg xberapa best..,maka teringatlah kepada karipap yg berjaya difrozenkan smlm. hmm xberapa berkait disitu..tp takpelah. jom kita tulis resipe ni supaya tak lupa dah :)
Belum digoreng. hasil mommy and iman and amsyar ni



RESIPI KARIPAP SENANG

Utk kulit :-

1/2 kg tepung gandum
1sudu kecil garam
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
1 cawan air suhu bilik

Cara saya -

Panaskan marjerin n minyak diatas dapur sampai marjerin cair. Campurkan kedalam tepung dan gaul sampai membentuk 'breadcrumbs' effect. Tambahkan garam tadi. Setelah dpt effect itu, tambahkan air sedikit demi sedikit dan adjust hingga dpt adunan yg boleh diuli.

Ketepikan

Utk inti :-

3-4 biji kentang didadu kecil
1 biji bwg besar dicincang
3ulas bwg putih dicincang
50g daging dicincang halus (boleh juga guna ayam)
1 sdB serbuk kari
1 sdB susu pekat manis (ini rahsia saya ;p)
Garam secukup rasa
tak perlu gula sebab dh guna susu pekat
minyak masak 2sudubesar utk menumis

Cara saya-

Tumis kan bwg bwg hingga naik bau dan masukkan daging tadi. Setelah masak dagingnya bolehlah dimasukkan serbuk kari dan di tumis hingga naik baunya. masukkan susu pekat dan sedikit air. kcau lagi dan masukkan kentang. masukkan air lagi sampai menutupi paras kentang. masak hingga air kering dan kentang empuk. perasakan.
Siap!

Bolehlah dicanai doh tadi, dimasukkan inti dan dikelim tepinya. Canai nipis2 utk efek rangup. Goreng dlm minyak dgn api sederhana.

Hidangkan panas kepada mak mertua! :)




Walaupun rupanya tidak indah tetapi karipap ku smlm habes licin dek kerana ptg yg hujan :) Senang je kan? Boleh buat lagi lain kali :) Buat byk byk dan frozenkan ajer :)


Dan biasalah hari isnin..mommy rindukan anak2 mommy. Cepatlah 5.30pm. Wlaupun byk task yg xsiap lg and PMS-KPI yg tak berisi, mommy dh tak kuasa dh nak mengisi beria sgt. Isi ikut suka..sbab sebenarnya boss tahu siapa bekerja dan tak bekerja ;p







Iman lukis last few days ago.
Mommy katanya. See the eyes and nose details. This was such a #momazing moment for me *shedtears* . 4years to draw such things are quite amazing for me :)



He says this is mommy..hehehe
Have a marvellous monday uolls!
Sending all the positive vibes to all of you out there!

XoXo

Zahra







posted from Bloggeroid

2 comments:

ieza said...

alaaaaa trus lapoooo tau hahahaha. ok kne simpan resipi nih mcm senang jek bahan2 die, will try later. tq zara!

Ummu Iman Amsyar said...

try ieza jgn xtry :)
sonang je nih :)

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...