Siapa dia ni sbnrnya saya pun xpasti.
Tapi saya suka olahan penulisan nya.
Terutama berkenaan konspirasi MH370.
Makes me think of the world in a wider scope.
Ini bukan kisah konspirasi Anwar atau Najib. Its a global issue.
I just like to share some points taken from his blog which made me think.
Terpulanglah nak percaya atau tidak teori teorinya.
Saya pun baca bukan utk mempercayai.
Tapi saya suka olahan penulisan nya.
Terutama berkenaan konspirasi MH370.
Makes me think of the world in a wider scope.
Ini bukan kisah konspirasi Anwar atau Najib. Its a global issue.
I just like to share some points taken from his blog which made me think.
Terpulanglah nak percaya atau tidak teori teorinya.
Saya pun baca bukan utk mempercayai.
Copy pasted from his blog.
***
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat ALLAH SWT dan Selawat
serta Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, penghulu sekalian
ummat ini. Salam ke atas sekalian Ahli Bait Baginda dan seluruh pewarisnya.
Semoga dengannya kita beroleh manfaat. Semoga kita beroleh jawapan atas misteri
yang timbul ini.
Syukur saya ucapkan kerana dengan limpah kurnianya, saya
dapat menulis sebuah artikel yang panjang lebar menceritakan asal usul tragedi
MH370 berlaku. Artikel yang bertajuk "MH370: Suatu Misteri <http://dramaraja.blogspot.com/2014/03/mh370-suatu-misteri_14.html>
" itu telahpun dibaca melebihi 1 juta orang dalam tempoh yang sangat
singkat. Saya sendiri tidak menyangka hal tersebut berlaku.
Untuk itu, saya berasa terpanggil untuk menceritakan satu
lagi kisah di mana di dalam artikel kali ini saya akan cuba menghuraikan dengan
panjang lebar berkenaan suatu komplot untuk merebut kuasa dan di dalam komplot
itu, siapakah yang sebenarnya rugi.
Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca artikel
tersebut....
MH370: Siapa Rugi?
*AMARAN !! Artikel ini akan bertentangan dengan laporan
media. Artikel ini juga akan bertentangan dengan banyak teori yang telah
tersebar. Artikel ini juga akan membuatkan anda tidak percaya kepada saya
kerana mengandungi cerita dan teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel
ini. Anda juga berhak menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak
mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau
sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan cerita
yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik disini.
0.1. Pengakhiran kepada semua ini akan membuatkan anda
terpinga-pinga, terperanjat, tidak percaya, berasa aneh dan pelik. Diharapkan
jika anda tidak mampu menerimanya, jangan baca artikel ini. Ini hanyalah
coretan saya berdasarkan analisis lemah saya. Sekiranya tidak benar, maka
maafkanlah saya dan sekiranya terjadi, maka percayalah itu hanya kebetulan.
1. Umum dunia sudah tahu, sebuah pesawat MAS Boeing
777-200 penerbangan MH370 telah pun berlepas dari Kuala Lumpur International
Airport (KLIA) menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac 2014 dan telah
didapati hilang dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan, 8 Mac 2014.
2. Pesawat itu membawa keseluruhan muatan seberat hampir
40 tan (lebih kurang kalau tidak silap) dengan penumpang seramai 239 orang yang
mana 2 daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang daripadanya adalah
krew kapal.
3. Pesawat tersebut seharusnya tiba di Beijing pada awal
pagi 8 Mac 2014. Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar sekitar jam 2.30
pagi waktu tempatan.
4. Maka, bermulalah satu episod misteri lagi ngeri bagi
seluruh umat Malaysia secara khususnya dan sebuah episod misteri bagi
negara-negara jiran yang terlibat.
5. Mengapa saya katakan ia sebuah episod misteri lagi
ngeri??
6. Kerana, ia bakal melibatkan kerugian yang
sangat-sangat besar.
7. Umum mengetahui mengenai kehilangan pesawat ini.
Namun, sangat sedikit yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi faktor atau aspek
tentang kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui sehingga hari ini.
8. Pesawat ini telahpun hilang pada Mac 2014. Setahun
sebelum itu, negara kita telahpun diserang pada bulan yang sama. Iaitu Mac
2013, insiden serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas negara kita, beberapa
minggu sebelum pilihan raya umum.
9. Bagaikan suatu misteri... Menteri yang mengelola siri
serangan Sulu ke atas Sabah dan menteri yang mengelola kehilangan MH370 adalah
orang yang sama.
10. Bagaikan suatu misteri... Angkatan keselamatan yang
mengelola kes serangan tentera Sulu dan juga angkatan keselamatan yang
mengelola kes kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.
11. Saya telah menghidu suatu rencana yang amat besar
seawal hari pertama pesawat hilang.
12. Kita mulakan dengan lokasi terakhir pesawat dikesan.
Lokasi tepatnya berdasarkan laporan media adalah 5*30*54.0*N 103*26*34. E.
Selepas itu, pesawat terus lenyap daripada radar dan tiada lagi petunjuk yang
timbul. Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk sini <http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/IsyaratterakhirMH370ditengahlaut/pix_gal2?harianmetro> dan sini <https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1.0-9/1901124_704432649577032_2112801154_n.jpg>
.
13. Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam
ketika itu tetapi tidak terhempas.
14. Maka timbul lah pelbagai persoalan mengapa ia
tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?
15. Menurut laporan awal - saya yakin laporan ini ramai
yang sudah lupa - pesawat telah terputus hubungan dengan radar pada waktu
tersebut dan tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan tiada sebarang
sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.
16. Ini bererti sistem dalaman pesawat telahpun mati pada
ketika itu. Sama ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia telahpun meletup, itu
saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang pasti pesawat telahpun
meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.
17. Namun saya amat yakin pesawat tersebut sudahpun
tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.
18. Jangan persoalkan penumpang mati atau tidak sekarang.
Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.
19. Sekarang, kita pergi kepada persoalan lain. Iaitu,
persoalan yang amat besar tetapi tidak pernah terfikir pada orang ramai....
20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??
21. Saya katakan jawapannya kepada anda semua, AMERIKA
SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !
22. Kenapa boleh jadi begitu?
23. US merupakan sebuah negara kuasa besar sejak era
moden. Dialah yang menguasai ekonomi dunia dan dia jugalah yang menguasai
hampir keseluruhan inci dalam bumi ini. Bagaikan dialah yang paling kuat dan
bagaikan dialah yang sebenarnya paling hebat.
24. Sekitar tahun 60-an (kalau tidak silap) semasa zaman
Soekarno di Indonesia, US dengan kerjasama keluarga besar Rotschild telahpun
mengambil satu khazanah besar lagi berharga daripada Indonesia untuk dibawa ke
US. (Point ini telah diedit daripada tahun 70-an kepada 60-an setelah
diingatkan oleh Tn Ahmad Ansor Batubara).
26. Khazanah itu telah dipindahkan daripada satu lokasi
ke suatu lokasia baru di US lantas terciptalah sistem perbankan berdasarkan
wang fiat.
27. Maka, disitu bermulalah era kekuatan Yahudi dan US
memegang ekonomi dunia kerana mereka telahpun menyimpan khazanah besar
tersebut. Mereka memajakkan khazanah itu lantas mengeluarkan note dan juga wang
kertas berbentuk fiat kepada negara-negara lain.
28. US telah bertindak sebagai pengeluar hutang terbesar
ketika itu.
29. Secara tidak langsung, Soekarno telahpun gagal
membina impiannya iaitu hendak membina Indonesia Raya yang mana sebenarnya
khazanah itu dikeluarkan dari isi bumi Indonesia bagi membangunkan sebuah
bentuk negara baru yang bakal menjadi kuasa besar dunia, bernama
"Indonesia Raya".
30. Lantas, US dengan cepatnya telah mengapi-apikan
sentimen nasionalis dalam diri rakyat Malaysia dan Indonesia.
31. Kita telah dipecahkan kepada dua blok besar. Yang
mana ketika sebelum terjadinya peristiwa itu, kita dan orang Indonesia
sebenarnya sama serumpun dan bebas keluar masuk sempadan perairan dan sempadan
daratan.
32. Semenjak peristiwa itu, maka tercetuslah konfrontasi
antara negara kita dan negara mereka.
33. Akibatnya, ramai orang mati dan ramai orang menjadi
marah. Rentetan daripada itu, sehingga hari ini amat sukar bagi rakyat Malaysia
hendak menerima rakyat Indonesia dan begitu juga rakyat Indonesia sukar
menerima rakyat Malaysia kecuali rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia
berhijrah atau sebaliknya.
34. Menjadi persoalan kecil, daripada mana datangnya
khazanah itu? Apakah bentuk khazanah yang disebut-sebutkan itu?
35. Sebenarnya, Indonesia baru sahaja merdeka pada tahun
1947, tetapi tidak lama selepas itu, Indonesia telahpun kaya raya. Amatlah
mustahil sebuah negara yang baru merdeka amat pesat membangunkan negara mereka
dan secara tiba-tiba, mereka telah mempunyai banyak khazanah berharga.
36. Bagaimana kekayaan itu datang kepada Indonesia, saya
rasa tidak perlu diceritakan disini.
37. Yang pasti, selepas berlakunya peristiwa rampasan
khazanah tersebut oleh pihak US di Indonesia, maka secara tidak langsung
ekonomi Indonesia telahpun jatuh merudum dengan teruk sekali.
38. Natijahnya, sehingga hari ini, ekonomi Indonesia
telahpun jatuh dan nilai matawangnya telahpun diturunkan serendah-rendahnya.
Indonesia merupakan sebuah negara yang penuh dengan hasil bumi yang mana
sepatutnya mereka sudahpun kaya raya pada hari ini tetapi pelik, mengapa nilai
matawangnya masih diparas yang sama?
39. Jawapannya pada khazanah yang telah dirampas itu!
Selagi sesebuah negara tidak memiliki khazanah tersebut, maka negara tersebut
akan jatuh nilai paras ekonominya.
40. Saya bukan pakar ekonomi dan bukan ekonomi sebenarnya
yang hendak saya bahaskan.
41. Tetapi, sebenarnya, khazanah berharga itulah juga
yang sedang US rompak daripada negara kita !
42. Amat sukar untuk diterima akal, apabila sebuah
pesawat Boeing 777 buatan US yang secara tiba-tiba hilang begitu sahaj telah
menarik minat lebih 25 buah negara dalam satu misi operasi Search and Rescue
(SAR).
43. Amat sukar diterima akal, apabila misi itu dikatakan
tidak ditaja oleh mana-mana negara melainkan kesemua negara itu datang
menghulurkan bantuan tanpa meminta apa-apa habuan.
44. Amat sukar diterima akal apabila sebuah pesawat
bersaiz besar berukuran sekitar 40 meter panjang itu boleh lenyap terus
daripada radar dan satelit yang mengawal perairan dan udara negara kita.
43. Terlebih sukar diterima akal, apabila timbul dakwaan
sebuah pesawat bersaiz lebih kurang 40 meter panjang itu boleh berpatah balik
dan terbang menuju ke banyak arah.
44. Saya katakan, sebenarnya semua ini hanyalah satu
permainan dan konspirasi untuk menutup cerita sebenar !
45. Apa cerita sebenar yang berlaku? Saya tidak dapat
merungkaikannya disini kerana bangkai pesawat masihpun belum ditemui.
46. Ayuh, kita berfikir secara waras.
47. Sebuah pesawat telahpun hilang daripada radar pada
sekitar jam 2.30 pagi 8 Mac 2014. Misi SAR telah dilancarkan pada siangnya dan
serentak dengan itu, beberapa buah negara telahpun mengikuti misi tersebut.
48. Sehari selepas itu, pihak risikan CIA, FBI dan
Interpol telahpun turut campur dalam urusan mencari dan menyelamat ini.
49. Sehingga kini, langsung tiada berita disebarkan apa
sebenarnya tugas CIA, FBI dan Interpol ini datang dan mengapa mereka bertiga
begitu cepat bertindak sedangkan badan risikan lain-lain negara langsung TIDAK
dihantar ke mari.
50. Sehari selepas pesawat dilaporkan hilang juga, US
telah mengumumkan akan menghantar US N. 7th Fleet dan juga US KIDD mereka ke
perairan Laut China Selatan.
51. Malaysia turut mengeluarkan KD Perantau dan beberapa
lagi buah kapal yang dilengkapi peralatan mencari dan menyelamat ke perairan
Laut China Selatan.
52. Buat pertama kalinya, Laut China Selatan (LCS)
menjadi tumpuan banyak negara. Buat pertama kalinya, Malaysia menjadi tumpuan
hampir seluruh dunia secara besar-besaran. Buat pertama kalinya, sebuah pesawat
milik MAS hilang tanpa khabar.
53. Okay, sebelum saya sambung cerita. Saya ingin
tegaskan, selepas ini ada banyak point yang akan mengakibatkan anda tidak dapat
mempercayainya dan akan mengakibatkan anda berasa bercelaru selagimana anda
tidak mahu mengamalkan apa yang Rasulullah SAWAW telah ajar kepada kita, iaitu
membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi bagi
mengelak fitnah akhir zaman.
54. Sebelum saya sambung, saya tegaskan bahawa peristiwa
MH370 ini TIDAK ADA kaitan dengan Freemason, Illuminati, Pitbull, movie
Transformers, movie Non-Stop atau apa sahaja teori konspirasi yang merepek.
Teori konspirasi yang sebenar, jauh lebih besar daripada apa yang anda
bayangkan!
55. Saya sambung artikel saya. Ketika kesemua 9 buah
negara dan kelengkapan SAR mereka berkumpul di LCS itulah, pihak kerajaan kita
telah menghubungi banyak negara untuk turut serta menghantar bantuan dalam misi
SAR ini.
56. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan
mereka telah menghidu ada sesuatu yang amat berharga di dalam pesawat MH370.
57. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan
mereka, telahpun mengeluarkan satu bentuk arahan secara tidak langsung kepada
pihak berkuasa kita. Ya, kepada pihak berkuasa kita bukan kepada Dato Seri
Najib.
58. Arahan itu berbentuk samar-samar.
59. Pihak US telahpun mengeluarkan satu bentuk mid spin
terhadap dunia, bahawa sebenarnya pesawat MH370 telah berpatah balik.
60. Pihak US telahpun menghidu, akan ada lebih ramai
pasukan SAR yang tiba daripada banyak negara dan sudah pasti, akan ada salah satu
daripada mana-mana pihak yang datang itu akan menemui pesawat. Tidak kira sama
ada pesawat terhempas ataupun tidak.
61. Maka, ketika itulah media antarabangsa melalui lidah
utama mereka, CNN, BBC dan lain-lain telah mengapi-apikan bahawa pesawat sebenarnya
telahpun berpatah balik dan terbang menuju ke arah Lautan Andaman.
62. Sebenarnya, jika kita tidak mengikut apa yang
dihebahkan media luar, kita tidak seharusnya mempercayai kata-kata mereka.
Sebenarnya, pesawat masih ada di dalam perairan berdekatan negara kita. Paling
jauh pesawat hanya akan berada di sekitar Vietnam, kepulauan Parcel atau
Spratley sahaja.
63. Ketika itulah, pihak berkuasa kita bagaikan hilang
arah. Dihentak oleh media luar untuk menyatakan, YA atau TIDAK pesawat berpatah
balik.
64. Pada hari ke-5, ketika itulah, ketua TUDM yang
membuat press conference telahpun mengumumkan bahawa MH370 TIDAK BERPATAH BALIK
namun menurutnya ada kemungkinan pesawat berpatah balik dan mereka tidak pasti
adakah ianya MH370 atau bukan. Jika saya silap info ini tolong betulkan.
65. Entah bagaimana, pada hari ke-8 (jika saya tidak
silap) tiba-tiba Dato Seri Najib Tun Razak (DSN) telah muncul dalam press
conference pada petang tersebut dan menyatakan pesawat telahpun berpatah balik
serta ada kemungkinan-kemungkinan ia dihijack.
66. Suatu yang sangat aneh dan menyulitkan bagi akal
manusia biasa berfikir.
67. Saya amat yakin, apa yang DSN beritahu itu sebenarnya
adalah satu jawapan terbesar kepada dunia, bahawa pesawat masih berada di
sekitar Laut China Selatan !!!!!
68. Mengapa saya katakan begitu? Seorang Perdana Menteri
hanya akan membuat kenyataan terhadap sesuatu isu sekiranya berlaku perkara
yang amat besar atau telah ada satu keputusan yang pasti lagi muktamad dalam
hala tuju negara.
69. Kini, hala tuju negara kita telahpun diarahkan
sejajar dengan apa yang pihak US mahukan.
70. Perasan atau tidak, semenjak tarikh pengumuman yang
dibuat oleh DSN tersebut, sudah tidak kedengaran lagi berita CIA, FBI waima
Interpol mahu mencari kehilangan MH370. Sebaliknya kita hanya terdengar satu
atau dua berita sahaja yang mana pihak kita melalui kenyataan Hishamuddin telah
menolak CIA, FBI dan Interpol untuk mengambil alih kes ini.
71. Sejak daripada itu jugalah, pihak berkuasa kita
sedang pening kepala hendak mengeluarkan berita sebenar kepada pihak media.
Ketika itu jugalah, pelbagai teori sengaja dikeluarkan ke media sosial dan juga
media semasa
72. Antaranya peterlibatan pesawat AWACS (singkatan bagi
pesawat perang anti radar milik US) dalam 'mengghaibkan' MH370. Pesawat
dirampas oleh orang Iran. Pesawat sudah mendarat di Khazastan. Pesawat sudah
mendarat di Russia. Pesawat sudah mendarat di Mongolia kerana dihijack orang
Mongol yang ingin balas dendam kepada Malaysia atas kematian Altantuya. Pesawat
mendarat di Diego Garcia. Pesawat terhempas di Pulau Perak. Pesawat mendarat di
Andaman. Kehilangan pesawat didalangi oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan
Najib. Pilot ada masalah mental dan ingin bunuh diri. Dan macam-macam lagi
teori yang bagi saya, sengaja diada-adakan bertujuan melengahkan masa dan
mencipta diversion dalam kepercayaan orang ramai.
73. Hakikatnya, Pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH370
masih lagi berada di Laut China Selatan. Ia sudahpun tenggelam, tidak kira apa
cara anda menterjemahkan perkataan 'tenggelam' itu baik maksudnya benar-benar
tenggelam atau dighaibkan ke alam ghaib ataupun ia telah mendarat di mana-mana
pulau namun tidak diberitahu kepada umum. Yang pasti ia tetap berada di Laut
China Selatan.
74. Sekarang, kita berbalik kepada persoalan utama
artikel ini ditulis. Siapa yang rugi?
75. Mengapa pesawat dihebohkan telah berpatah balik?
Kerana, ia bertujuan untuk mengalih perhatian dunia daripada Laut China Selatan
dan juga bertujuan mengalih perhatian seluruh negara yang terlibat dalam SAR
daripada terus berada di perairan LCS.
76. Setelah hari kelapan, maka sedikit demi sedikit SAR
dipindahkan ke perairan Selat Melaka, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi atau
Bay of Bengal.
77. Ketika inilah, ramai yang tidak perasan. Hanya
tinggal 4 buah negara sahaja yang BELUM mengalihkan kesemua kapal mereka yang
ada daripada perairan LCS. Keempat-empat buah negara itu adalah, China,
Vietnam, Malaysia dan juga US.
78. MEGAPA INI BERLAKU??
79. Telah terjadi satu perebutan kuasa untuk merebut
MH370. Siapa yang menang dia bakal memperoleh habuan yang sangat besar.
80. Apa habuannya? Habuannya adalah isi pesawat tersebut
yang mana merupakan sebuah khazanah yang boleh mengkayakan sesebuah negara
sekaligus menjadikan negara yang mempunyai khazanah tersebut menjadi sebuah
negara yang berkuasa di dunia. Khazanah yang sama dengan khazanah yang telah
dirampas oleh US daripada Indonesia.
*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang
dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara.
Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.
81. US mahukan khazanah tersebut bagi meneruskan
kelangsungan kekuasaannya yang sudah hampir malap. China pula mahukan khazanah
itu kerana ia memerlukannya bagi menambahkan lagi kekuatannya di dunia ini
sekaligus mampu memindahkan kuasa ekonomi daripada US ke China. Vietnam pula
secara tidak sengaja mahu mengambil kapal tersebut kerana dia telah terjumpa
lokasi pesawat pada hari kehilangan pesawat lagi, sementelah Vietnam juga
sebenarnya sebuah negara proksi US (rujuk laporan berita berkenaan nelayan vietnam).
82. Malaysia? Kenapa Malaysia pun turut serta dalam
perebutan itu? Kerana, sebenarnya khazanah itu datang daripada MALAYSIA !
83. Jadi, apabila kita berbalik kepada persoalan asal,
siapa sebenarnya yang sedang rugi sekarang ini???
84. Jawapannya, kesemua negara yang turut serta dalam
misi SAR akan rugi. Pihak yang mendanai misi SAR tersebut juga akan rugi
sekiranya mereka tidak dapat khazanah tersebut.
85. Jadi, bagi menjayakan misi US untuk merampas khazanah
tersebut daripada jatuh ke tangan China, maka segala bentuk konspirasi, segala
bentuk rancangan dan plan harus digerakkan dengan segera bagi mendapatkan
pesawat tersebut.
86. Terkini, ketika artikel ini ditulis, US telahpun
membuat pengumuman untuk menarik diri daripada menyertai misi SAR di LCS dan
hanya akan menghantar US Poseidon dan US P-8 yang mana kedua-dua nama ini
adalah merujuk kepada pesawat terbang bukannya kapal laut seperti US 7th Fleet
atau US Kidd.
87. Terkini, ketika artikel ini ditulis juga, pihak
Singapura telah menghantar satu, sebuah, kapal laut yang mana sermbong kapalnya
berwarna merah. Saya tidak pasti adakah kapal selam pihak Singapura masih
berada di perairan LCS atau tidak.
88. Mengapa US menarik diri dan mengapa US menghantar
Singapura ke LCS?? Kenapa US tidak mahu suruh Singapura hantar kapal tersebut
bersama kapal selamnya ke koridor selatan pencarian MH370??
89. Kerana, US tidak mahu pergerakannya diketahui oleh
ramai orang dan dia mahukan khazanah tersebut dapat ke tangannya melalui
proksinya.
90. Sekarang, kita masuk kepada persoalan, mengapa
pesawat masih belum ditemui??
91. Pesawat masih belum ditemui kerana pesawat MH370
memang tidak terbang ke koridor utara waima koridor selatan. Kerana itulah
sehingga kini hari ke-12, misi SAR masih belum menemui jawapan.
92. Kenapa pencarian di LCS masih belum menemui jawapan?
Kerana, pihak DSN masih lagi berunding dengan seseorang.
93. Rundingan saya tidak pasti bila akan tamat. Apa yang
saya pasti, jawapan boleh diperoleh pada 21 atau 24 haribulan ini. InsyaALLAH
jika diperpanjangkan usia, saya akan menulis artikel seterusnya pada salah satu
tarikh tersebut. Jika pesawat ditemui lebih awal, saya akan tulis lebih awal,
begitu juga jika pesawat ditemui lewat, saya akan tulis lewat.
94. Apa sahaja jawapan kepada rundingan tersebut, saya
serahkan kepada pengumuman pihak DSN sekiranya dia membuat press conference
kelak. Bilakah dan dimanakah dia akan buat press conference tersebut, itu bukan
persoalan yang harus saya jawab. Kita hanya perlu tunggu dan nantikan disamping
berdoa agar semua penumpang selamat dan khazanah itu tidak jatuh ke tangan US.
95. Saya berikan sedikit jawapan, mengapa tiada radar,
satelit, scanner atau apa sahaja bentuk kecanggihan yang ada tidak menemui
lokasi tepat MH370?
96. Kerana, sebenarnya pesawat itu sudahpun memasuki
dimensi lain dalam alam ini. Pesawat disembunyikan oleh orang yang
bertanggungjawab bagi mengelakkan khazanah tersebut jatuh ke tangan orang yang
tidak sepatutnya.
97. Selain itu, saya juga yakin dan percaya, mengapa
semua ini berlaku sebenarnya adalah satu bentuk kekuasaan ALLAH SWT bagi
menunjukkan betapa besar dan hebatnya perancanganNYA mengatasi segala
perancangan manusia.
98. Sebenarnya, di dalam pesawat tersebut ada ramai orang
China dan ada antara mereka warganegara US dan Australia.
99. Di dalamnya juga terdapat beberapa orang yang sudah
bersedia untuk merampas khazanah tersebut namun, rampasan yang cuba dibuat itu
telah gagal.
100. Kerana itulah, Kapten Zaharie telah dipanggil
bertugas pada hari tersebut kerana dialah satu-satunya pilot yang sangat
berpengalaman dalam MAS.
101. Kapten Zaharie sebenarnya adalah seorang yang sangat
baik dan dia telah banyak berjasa kepada negara ini. Tidak kira dia mati atau
tidak, kita harus menghargainya sebagai seorang yang berjasa tinggi kerana
telah cuba melawan rampasan pesawat yang cuba dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab.
102. Bukan kerana Kapten Zaharie mempunyai peralatan
simulator dirumahnya menyebabkan dia dituduh sebagai perampas atau mahu bunuh
diri atau bersekongkol dengan mana-mana gerakan untuk melenyapkan pesawat.
103. Terus terang saya katakan, isu MH370 LANGSUNG tiada
kaitan dengan Anwar Ibrahim yang dihukum penjara. Isu ini juga tiada kaitan
dengan keahlian PKR Kapten Zaharie.
104. Isu MH370 juga TIADA kaitan dengan hijack
bertuntutan atau meminta ransom.
105. Isu MH370 ini juga TIADA kaitan dengan Al-Qaeda dan
Iran. Isu ini bukan isu pengganas. Isu ini bukan isu untuk menuding siapa salah
siapa benar. Ini adalah isu global.
106. Benar kata-kata Hishamuddin ketika press conference
pada hari ke-11, isu ini adalah satu isu yang lebih besar daripada isu politik
dalam negara.
107. Percayalah, isu Iran - Syiah, isu Al-Qaeda, isu
kapten ahli PKR, isu Anwar Ibrahim dan lain-lain isu yang sudah saya nyatakan,
semua itu sebenarnya hanyalah satu diversion dan juga satu bentuk persediaan US
untuk mencipta skrip baru andai PLAN B mereka gagal.
108. Tunggulah sehingga rundingan selesai barulah pesawat
dilepaskan. Bagaimana pesawat dilepaskan, saya tidak dapat jawapannya kerana
saya tiada di meja rundingan. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang layak
berada disitu.
109. Bagaimana saya menerima segala maklumat ini? Itu tidak
perlu dipersoalkan. Kerana saya telahpun mengamalkan 10 ayat pertama surah
Al-Kahfi dan juga 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
110. Tetapi, saya juga tidak menafikan sekiranya secara
tiba-tiba pesawat MH370 dikatakan telah ditemui di koridor selatan di sekitar
kawasan Andaman atau Diego Garcia.
111. Maka, sekiranya perkara itu berlaku, saya jawab
awal-awal, itu hanyalah salah satu daripada PLAN dan juga RANCANGAN US untuk
mengkaburi mata dunia daripada pesawat MH370 yang sebenar yang masih berada di LCS.
112. Sekiranya pesawat ditemui, tak kira di LCS atau di
Andaman, tiba-tiba ada skrip dan drama mengatakan bahawa pesawat telah dihijack
oleh pengganas tak kira pengganas Al-Qaeda atau syiah Iran, maka saya tolak
cerita ini awal-awal kerana ia tidak lain tidak bukan sebagai salah satu plan
dan juga rancangan US untuk "menyelam sambil minum air". Dia sudah
dapat khazanah lagi mahu serang orang. Dasar tak sedar diri....!
113. Seandainya berlaku cerita mengenai pengganas, maka
saya nafikan awal-awal bahawa Iran BUKAN sebuah hab pengganas. Tetapi jika
negara kita dituduh sebagia hab pengganas, terimalah hakikat bahawa Malaysia
memang sebuah hab pengganas sejak zaman Tun Dr Mahatir lagi !
114. Bukti? Lihat sahaja Nordin Mat Top, Al-Maunah dan
juga Dr Azahari. Kesemua nama-nama top wanted ini adalah berwarganegara
Malaysia. Tidak perlu bercerita mengenai perjuangan mereka, kerana sekarang
bukan masanya. Tetapi telah terbukti, sebenarnya Malaysia sedang dalam jerat US
dan kita menunggu masa untuk dikambinghitamkan.
115. Kerana itulah pihak kerajaan telahpun bersiap sedia
dengan apa jua kemungkinan bagi mengelak US mengkambinghitamkan negara kita
sebagai hab pengganas lantas dihalalkan untuk diserang. Tetapi saya TIDAK
MENOLAK antara yang menjadi punca pesawat MH370 terjunam adalah berlakunya
pergaduhan atau pertengkaran di dalam pesawat, atau mungkin berlakunya letupan
(kecil atau besar) di dalam pesawat yang mana letupan MUNGKIN berpunca daripada
kotak kasut atau bom yang diletakkan di kasut.
116. Kerana itu jugalah timbul ura-ura mengatakan MH370
hilang dek kerana penangan Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie telah berkomplot.
Ini sebenarnya hanyalah persediaan untuk pengkambinghitaman bagi mengelak
pengkambinghitaman yang lebih besar dan merbahaya.
117. Jika saya salah dalam susunan kambinghitam ini, saya
memohon seribu satu kemaafan daripada semua yang telah saya seret dalam
kenyataan saya. Boleh jadi ia benar boleh jadi ia salah. Yang pasti, kerajaan
kita tidak akan sama sekali sewenang-wenangnya membiarkan kedaulatan kita
diceroboh walau seinci.
118. Sama ada US, China, Vietnam, Singapura atau Malaysia
yang menjadi juara menemui MH370, ayuh sama-sama kita nantikan. Berdoalah agar
negara kita yang pertama sekali menjumpainya dan berdoalah agar tidak ada
apa-apa yang buruk berlaku terhadap negara kita selepas insiden kehilangan
MH370 ini. Berkenaan khazanah itu pula, tolong jangan tanya saya bagaimana
khazanah boleh ada di atas pesawat dan tolong jangan tanya saya siapa dalang
bawa khazanah, kemana nak bawa khazanah dan lain-lain persoalan berkaitan
kerana pesawat pun masih belum dijumpai.
119. Kerana saya yakin, pihak US tidak akan patah
semangat untuk mengusik kita di negara ini jika mereka gagal mendapatkan MH370
dan khazanah di dalamnya. Saya juga yakin pihak China akan marah terhadap kita
jika MH370 jatuh ke tangan US. Saya juga yakin, negara kita akan benar-benar
tersepit jika MH370 jatuh ketangan yang tidak sepatutnya. Saya juga yakin,
kepimpinan Dato Seri Najib sedang berada dihujung tanduk.
120. Sesudah itu, ayuhlah sama-sama kita meneruskan doa
kita agar kita beroleh yang terbaik untuk kes MH370 ini. Mati atau tidak bukan
lagi persoalan, tetapi persoalannya adalah masa depan negara dan masa depan
kita semua. Selamatkah anak cucu kita nanti? Selamatkah kita semua nanti? Masih
ada masa dan peluangkah untuk kita bertaubat???????
121. Sekali lagi buat kesekian kalinya, saya menyeru
kepada anda semua agar anda kembalilah mengamalkan apa yang telah Rasulullah
SAWAW ajarkan kepada kita bilamana dihadapan kita ada fitnah yang besar.
Amalkanlah membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Surah
Al-Kahfi serta amalkanlah membaca doa menghindar dari fitnah dajjal pada setiap
kali solat 5 waktu.
122. Sekarang, saya telahpun sampai kepada persoalan
terakhir.... Siapakah yang rugi setelah membaca artikel ini???
123. Anda sendiri yang tentukan !
Syukur alhamdulillah, dengan limpah kurnianya telah juga
selesai artikel yang panjang lebar ini. Segala puja dan puji hanya untukNYA.
Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAWAW dan dilimpahkan ke atas
sekalian Ahli Baitnya. Semoga dengan berkat Ahli Bait yang masih ada di bumi
bertuah Malaysia ini masih lagi dapat menjaga keamanan serta kemakmuran buat
kita semua. InsyaALLAH, 21 Mac 2014, ayuh sama-sama kita ke Dataran Masjid
Putra, Presint 1, Putrajaya bagi mengikuti satu majlis zikir yang berkah lagi
aula untuk kita duduki. Semoga dengan berkat pada hari tersebut, jawapan dan
pengakhiran kepada semua episod misteri lagi duka MH370 ini akan berpenghujung
dengan baik. Amiin....
Artikel saya telah tamat. JANGAN percaya apa yang saya
tuliskan kerana ini hanyalah tulisan saya semata-mata. Saya tidak menyertakan
apa-apa link rujukan bagi artikel ini, mohon maaf saya pinta. Sekiranya kalian
dapati artikel ini tidak benar, maka ketahuilah saya telah silap dalam
menganalisa data yang saya perolehi. Sekiranya kalian dapati artikel yang saya
tulis ini benar, maka ketahuilah itu hanyalah kebetulan sahaja.
Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada isi artikel
ini telahpun saya kongsikan dan bincangkan bersama seorang blogger terkenal di
negara kita, tak lain tak bukan abang Shah Paskal <https://www.facebook.com/shah.paskal> daripada blog MilitaryofMalaysia <http://militaryofmalaysia.net/> .
Saya telah duduk semeja dengannya dan beberapa orang lagi bermesyuarat untuk
mencari dan meneliti setiap teori yang dikemukakan oleh banyak pihak, lantas
kami telah bersetuju dan bersepakat untuk menolak beberapa buah teori yang
tersebar sama seperti yang telah saya tuliskan di atas sana.
Untuk makluman juga, ini adalah artikel terakhir saya
berkenaan MH370 di blog ini sebelum pesawat ditemui. Saya hanya akan menyambung
penulisan saya berkenaan MH370 di blog ini setelah pesawat ditemui atau pada 21
atau 24 Mac 2014 yang mana saya yakin akan ada klu baru pada tarikh tersebut.
Sekiranya klu baru atau pesawat ditemui awal, saya akan nukilkan artikel lebih
awal dan sekiranya ia lewat, artikel juga lewat. InsyaALLAH semoga saya dan bro
Shah Paskal <https://www.facebook.com/shah.paskal?fref=ts> dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu untuk
terus membongkar setiap kebenaran yang ada disebalik setiap perkara yang
berlaku.
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan jutaan
terima kasih tak terhingga kepada semua yang terus sabar menanti artikel baru
daripada saya. Saya tidak minta untuk jadi terkenal. Saya tidak minta untuk
artikel saya dibaca ramai orang. Apa yang saya minta, jika artikel ini telah
membuka minda anda dan membuatkan anda terpanggil untuk kembali ke jalan yang
benar atau sekurang-kurangnya anda mendapat manfaat dan ilmu baru disini, maka
kongsikanlah artikel ini kepada siapa sahaja yang anda kenali.
Nota Kaki.
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam.
CIA <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp0UVDM9T9CI2ksysBlpsU-dmPyZANltIJhuydvHtW7XLSKPnsTWCjI1M0kaDmEl37jphlBW2voZ7T4yp2FGcJQj7q37kP-TygwNSg7lUmK8h4NE-m7sfAUSNv97ENiFUUNbVD3VRZ8ed0/s1600/CIA+sponsored+terrorism.jpg> = Central Inteligence Agency FBI <http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/7/70/US-FBI-ShadedSeal.svg> = Federal Bureau of Investigation Interpol
<http://www.intelligence-sec.com/images/originals/INTERPOL_logo_hi-res_2012_4.jpg> = International Police MAS <http://kekosongankerajaan.com/wp-content/uploads/2013/02/logo-malaysia-airlines-MAS.jpg> = Malaysian Airlines PKR <http://kekosongankerajaan.com/wp-content/uploads/2013/02/logo-malaysia-airlines-MAS.jpg> = Parti Keadilan Rakyat LCS = Laut China
Selatan US = United States of America TUDM <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHq9OJMUOBY40Y-_SojnpDEBERGry7UXk3VXdsxCcw_HPi_FFXyxqPRfHyM3G6kRpe-fMTdBG4TTR7juks1qYWBPqbqmNbWr3P7_yt2WLk0wQfwaWKvCouhP8GvMJB6-T3ucJlgqcTKCg/s1600/temuduga+terbuka+di+Tentera+Udara+DiRaja+Malaysia+%28TUDM%29.jpg> = Tentera Udara Diraja Malaysia
Bacaan tambahan:
Teori Pendaratan Cemas Kapten Zaharie. <https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/t34.0-12/1451394_4073705658997_18693873_n.jpg?oh=f131ed72b0d7d9964fc153e657a15acf&oe=532AA09C&__gda__=1395310674_71859f5ac3f3734f0edff1d4e48e0fed>
Teori Alam Jin Shah Paskal. <http://dramaraja.blogspot.com/2014/03/kepercayaan-kepada-perkara-ghaib.html>
*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang
dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara. Seandainya
ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.
Sekian sahaja dahulu.
WassallALLAHu Ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aali
Sayyidina Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
Wassalam.
-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
4:49 AM, 19 Mac 2014.
4 comments:
please follow FB ahmad ansor batubara :)
batubara ni brado kapak ke nem?
bukan. die penulis. brado kapak pun follow die. one of the source i guess
bukan. die penulis. brado kapak pun follow die. one of the source i guess
Post a Comment