Thursday, August 14, 2014

Raya dan adab berziarah raya rumah org



Morning kwn Kwn!

Masih berhari raya lagi kita ni kan.kita kan budaya beraya sebulan.Esok br nk berpotluck raya dioffice utk wanita wanita office.He he he.
Seronoknya! Nak mkn byk2!

Nak dijadikan cerita, hujung minggu lps rmailah kawan kawan jiran seblah rumah dtg beraya.berkereta kereta banyaknya..parking betul betul dpn pagar pintu masuk.ok tak apalah lagi.saya yang sedang menyidai kain langsung tidak ditegurnya..amboi.nak minta tumpang sekejap apatah lg.hati dah terdetik..org jenis kurang ajar ni. Sepasang suami isteri, anaknya 5-6 rmainya.terus masuk rumah seblah.

Tak lama slps itu anak2 beramai ramai main dihalaman rumah. 10-11 org ramai nya..dr umur 10,9,8 thn ke semuda 2thn semuanya ada. menggoyang2 kan pagar sambil memanggil manggil nama krg enak pd Iman n amsyar.terpana kejap Iman n amsyar.saya bwk anak masuk.Tp biasalah dh ditutup gril ,dipanjatnya grille nk intai org seblah.tiba tiba ada suara bdk dlm umur 5thn "oi panjat panjat mcm monyet! Kang jatuh terus mampus"

Mak ai.tentu ada yg lebih dewasa berkata begitu pd dia. Iman take menjawap.apalah yg dia tahu nak jawap pun. Tiba tiba mereka mula membaling batu kearah iman n amsyar yg dlm Rumah sendiri ni,dr arah pagar seblah.

Saya tutup sliding door, sb ada yg sudah terkena iman.bukan kecil kecil batunya.sudah sebesar penumbuk!

Masih lg dibaling anak anak nakal ni terkena sliding door kaca saya! Amboi! Makin lama makin byk!!

Saya keluar panggil kakak seblah dan suruh dia larang anak2 tetamunya berhenti.saya suruh alihkan kereta sekali.begitu marahnya saya.biadapnya anak anak ini!

Mak ayah sibuk beraya.anak2 dibiarkan sahaja! Sampai membaling batu Ke rumah jiran!

Kakak seblah datang meminta maaf.batu penuh di porch saya menjadi buktinya.saya bkn membesar besarkan cerita.mujur sahaja kepala anak sy tidak berdarah dan cermin sy tidak luka! Aduhai! Takapalah..bukan slh dia.

Moral of the story, pantaulah anak anda.didiklah anak anda.biadabnya ayah melahirkan anak2 yg biadap.

Kita kan masih dlm mood raya!
Beradablah.baru Lagi harmony n seronok beraya!

Love,

Zahra

posted from Bloggeroid

1 comment:

RynaHakimi said...

Haiiiihh. Aku pulak yang menyirap bila baca ni. Suka hati dia je. Pernah dulu budak2 masuk main bola dalam laman rumah. Pagar tak kunci pun.

Amboi2.. Suka hati nampak tendang2 bola dlm laman rumah org. Terfikir, mak ayah diorang tak ajar ke sampai tak beradab begitu. Ingat tuan rumah takde la tu. Huhu.. Sudahnya ku keluar, bagitau budak2 tu gi main kat padang sana. Kebetulan masa tu tengahari, pakat amik jalan mudah main boleh bwh porch rumah org elak panas. Sabooo je la.

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...