Selamat Hari Khamis Lovelies!
Sekejap je dh khamis..sb kerja 3 hari jd kann this week? He he he..
Pepagi lg dh post lauk pauk.bukan istimewa pun.yg simple dimple aje.DH complain Kara daging sikit masin dan nasi ada sikit lembik..Tp 2pinggan juga dia bedal.mujur masin kan banngg, kalau tak maunya 3 pinggan licin! Kita sambalkan ikan bilis, and gorengkan daging manis, potong timing cecah tempoyak ajer.siap! Lauk pemalas ;)
Simplicity in life, taking all the best to the highest extend! Dah naik harga minyak ni kna lah pandai berjimat! Harini pun dh hari kedua berulang ke ofis dgn Lamborghini biru engine 850cc.Jimat byk tu.Yelah ofis bukan jauhpun. Kalau ada motor dh merempit dah kita.
Haritu berjaya ke PD dgn jalan kg. Jauhnya lbh kurang shj cumanya jimat rm20 toll ulang alik! Yeah! Thnx to Mr Google Map and waze. Technology really helps kan? Kami dr salak tinggi - Ke PD melalui Bukit Pelanduk n Lukut, kemudian ke Seremban menghantar maksyu Iman ke KMS barulah balik ke salak semula melalui sri sendayan-gadong-LBJ. Wahdh! Seronok Mak jimat xyah Bayar toll.hahaha cheapskate!
Yang penting objective tercapai. Betul x? Cari juga kedai masak lomak daging salai authentic area somban, dpt recommendations utk ke restoran nelayan jln zaaba.mmg authentic masak lomak.berapi kepalo den! Hehehe
Malam malam raya aritu teringin nk mkn laksa lemak ala Kelantan. First time buat main blasah je..ingat2 lupa cara makcik hubby beat dulu.alhmdulillah dpt thumbs up dr awe klate Ku sayang ni. 2mangkuk dia licin! Yes!
Simple je rupanya. Saya blend ikan mabung rebus (dlm sekilo), blend juga bwg putih bwg merah dan halia sebesar ibu jari. Jgn lupa lada hitam..and sy masukkan sikit belacan( OK yg ni bkn pure klate style). Santan 3kotak. Masak atas api lama.Lagi lama lg sedap!
Makan dgn ulam pilihan- timun,kcg pnjg, bunga kantan hiris halus, belacan dan juga klu suka limau nipis :)
Cukup utk 10 org makan :)
OK selamat bekerja kwn2!
Keep things simple,kita tak tau apa yg akan mendatang..dgn minyak naik and GST starting next year, harga street food pun dh smakin mahal. Jom kita kempen #homecookedmeals yeah!
Zahra
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment