Wednesday, June 8, 2016

Ramadhan day 3 : 25weeks along

Alhmdulillah day 3 already for ramadhan this year. Laju je rasa sebab weekdays kenn, balik kerja rush rush dah berbuka. paginya sahur pun sap sap soi je. simplest meals mcm nasi goreng and neslo panas je.. alhmdulillah dah ok setakat ni.


Sebenarnya ni kali pertama berpuasa dgn keadaan pregnancy yg dh agak besar. This week dh masuk 25 weeks sebenarnya baby, kicking and chicken dancing happily inside mommy. Kalau ikutkan masa iman dlu, ramadhan jatuh masa baby baru nak masuk 2 months, and masa amsyar conceived bebetul after raya, so xsempat jumpa ramadhan. But this time mmg tgh peak of pregnancy which means tahap lapar mmg on its highest. Setakat ni tahap lapar jelah..belum smpai apa apa yg memudaratkan tp mmg klu boleh reduce kan segala activities yang mmg memerlukan energy esp outdoors. Tune down sikit maksudnya, just indoor designing activities and mnyiapkan design2 yg tertangguh.

Lapar satu hal, bab mengantuk yg amat lagi satu hal..especially time antara 11am-12pm. And petang before asar tu..mak aih. Tp tu semua org kot kan especially ppl yg mmg coffee/caffein addicts, yang on withdrawal process. Ni tahap mmg tak boleh langsung buka mata (--") Yang pregnant ni lagilah..rasa mcm by 10am semua tenaga dah habis kena serap. Tengoklah nanti, pregnant kan ada rukhsah, dibolehkan berbuka,bukan soal kuat atau tak, tp klu dh diberikan rukhsah, tentulah Allah lebih tahu kenapa dan mengapa dibolehkan tak berpuasa :)

Alhmdulillah pregnancy kali ni smooth sailing je rasanya-dipermudahkan. First trimester mmg hari hari muntah pagi2 nak g kerja. Dah sampai parking muntah lg..sarapan, lepas tu muntah lagi..nak buat mcm mana, tahan jelah. kerja ttp kerja smpai rmai di ofis tak sedar pun i was actually pregnant, sampailah perut dah xdpt ditutup..maju kehadapan semacam je. By 18weeks rsnya barulah terbongkar. Sebelum tu, dgn morning sickness nya mmg xde mood pun nak bercerita. By end of 16 weeks barulah semua sickness ni subsidued. Oklah alhamdulillah. And kali ni, baby sgt active, kalah abg2 nya..by week 16 tu dh boleh rasa movemments. By now, mmg dah nampak pergerakan perut even berbaju (--") Kalau baring menelentang tu..mcm ada fish swimming kat dlm..haha.


Kesian anak no 3 kan? Updates pun xbyk tentang pregnancy. Tp sbnrnya excitement dia still sama je each time..memang sangat2 excited especially bila time nak scan :) Baby gender rsnya mcm aritu dh nmpk tp xbrp sure so masih 50-50, so apa pun girl or boy janji sehat elok cukup sifat dh alhmdulillah. Next check up after raya ni kita still akan ke clinic shj dulu utk check up 7mths, then baru proceed ke hospital. Plannya nak check-up hospitals around shah alam, then at final stage ke Putrajaya, tp we'll see how. 


So far so good in all check-ups. Berat naik 1kg each mth. total weight naik skrg 3kgs. Baby dh 700g and actively kicking. Heatbeat ok, gula ok, hemoglobin count 12+ so ok, and doc tak sarankan i ambil pregnancy vits sebab dh overweight but must jaga diet esp fruits and veg and calcium intake. blood pressure je aritu tinggi sikit 130/90, tp lepas 10mins rehat kejap dh back to normal 120/80. Berdebar kot. Risau juga sebab masa iman ada history PIH (pregnancy induced hypertension) and ms tu br 26yrs old. skrg dh 32 yrs old..dah makin tua so expected byk ler lagi pregnancy induced conditions yg akan jumpa. Well as of now, so far so good. Good baby ya..be kind to mommy..

Ok tu jelah dulu updates. Sikit2 melawan ngantuk disiang hari ni. Nanti kita sambung lagi bab bab puasa and berbuka etc. Seronok juga puasa berteman dlm perut ni. bila ngantuk ada yg tendang kejutkan..anyway, just enjoy the journey kan? bersyukur dgn seadanya..
Selamat berpuasa uols!

Me at 24weeks with office colleagues : fida n nadia


Love, 
Zahra

2 comments:

::uMmiRdiNa:: said...

Sy pun sama....ngantuk sangat2...tak sabar nak balik. tapi nak sampai ke rumah tu kena ngadap jem dulu..aduh.

Sy sekarang preggy 16 weeks..

Ummu Iman Amsyar said...

sabar jelahkan bulan2 puasa ni :) nak taknak kena harung jugekkkk....

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...