Thursday, March 11, 2021

Ku ingin dicintai

 Assalam peeps,

Kemain tajuk kan? Hahaha..nak tulis sikit luahan hatilah sejak dua menjak ni tak berapa rasa seronok. Rasa tertekan je dengan situasi semasa. Kerja memang sentiasa banyak tu mmg lah adat kita makan gaji. Kalau ikutkan dah dua minggu lebih rasa tak berapa seronok ni. Tapi bukan sebab rumahtangga ke apa..tidak! Alhmdulillah 10thn masih lagi seperti dibulan madu.acehwah. 

Rasa mental stress ni byk dipengaruhi oleh tempat kerja khususnya sbnrnya..tp sebab sekarang 98% bekerja dari rumah, terbawak bawak kestressan tu dkt anak anak. Astaghfirullah.

So kita tulislah sikit sikit, luahkan rasa. Supaya tak jadi kanser dlm hati. Nak luah kan di social media macam tak patut. Kdg2 org yg tah mana mana yg baca. Skrg ni pun i byk tulis dlm status whatsapp je..sampai 24jam ia hilang. mmg suka je dia hilang.jarang nak tulis tulis dlm ig story or fb sebab rs platform platform ni dah terlalu open..terlalu public.jadi tak seronok.

Cerita dia mudah, cerita kita kerja benda boleh buat dan dah terbukti pun boleh buat, tp kita ni muda (muda muda pun takdelah muda sgt), senang je mereka mereka yg baby boomers/earlier X generations ni singkirkan kita, rasa kita ni muda banyak lagi peluang akan dtg, dan letakkan org yang dulu tak setia mana ditempat kita dulu. 


Bila ditanya byklah alasan nya.biasalah siapa nk mengaku salah kan? Cumanya selama dahulu yg org tak cukup kita duduk berkhidmat di tempat kosong tu dgn cemerlang *cemerlang ok* ! tak berapa dihargai.




Tulis sikit lah dulu. nanti kita sambung lagi luahan rasa ni. Tu belum lagi diskriminasi jantina. 

Ya, kdgkala bagus sebab bila kau sorg saja bunga yang dihantar bercerita kisah dan memerintah kilang buat sesuatu yg lain, automatik semua lelaki lelaki yang sebelum ni keras suara (dan hatinya) berlembut. Apa saja perintah diturut dan semua automatik lebih bersopan. Ini realitinya, kuasa wanita yg menggoncang buaian boleh perintah kan perubahan pemasangan dari station atas ke bawah. Rezeki juga ni alhmdulillah..

Ok to be continued..

Love

Mommy Z




No comments:

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...