Friday, February 26, 2021

53% PEKERJA MALAYSIA HADAPI TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

 53% PEKERJA MALAYSIA HADAPI TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA


Buletin Utama TV3 hari ni melaporkan 53% pekerja di Malaysia menghadapi tekanan di tempat kerja.

Dua Fakta yang dilaporkan:


1. Satu daripada lima pekerja @ 20% pekerja tertekan kerana tanggungjawab yang perlu di pikul di tempat kerja.

2. Prestasi pekerja menurun adalah disebabkan penilaian rendah prestasi kepada pekerja yg berpotensi.

Terkejut dengan fakta ini?

Saya TAK TERKEJUT LANGSUNG sebab memang pekerja di Malaysia:


1.OVERLOAD DENGAN KERJA

2.TAK DIHARGAI

Semua tu in line dgn post2 pink form saya sebelum ini. Setuju? Anyway, dalam laporan TV3 tadi. Ada perkara diutarakan oleh Doktor Pakar dalam Kesihatan Pekerja (Occupational Health) yg saya rasa worth untuk dikongsi baik untuk pekerja atau majikan. 

.

UNTUK PEKERJA


Jika anda:

1.Rasa kemurungan

2.Tidak gembira untuk bekerja


Anda sebenarnya menghadapi tekanan mental di tempat kerja. Maka cepat2 dapatkan khidmat kaunseling.Jika di biarkan, PERKARA AKAN MENJADI LEBIH BURUK. 

.

UNTUK MAJIKAN


Jika ada pekerja yang ambik Medical Certificate (MC) dan pattern nya hampir sama selama 3 bulan berturut2. Maka sebenarnya pekerja itu tidak gembira untuk bekerja. So, HR perlu cepat2 hubungi pihak Occupational Health Doctor untuk dapatkan bantuan.


BUKAN BAGI HUKUMAN KEPADA PEKERJA YA!


Ini tak, bila pekerja ambik MC. Terus kata pekerja malas, tak perform malah gunakan alasan MC nak bagi rating below expectation dalam appraisal masa akhir tahun😑😑


This approach will make things getting worst! 

.

So guys, ini nasihat saya:


WAHAI BOSS2 SEMUA:


Banyak2 kan bertanya sakit pening pekerja baik dari segi kesihatan mental dan fizikal.


Tanya dorang happy ke tak dengan suasana kerja. Bukan semberono membuat hukuman!

WAHAI PEKERJA2 SEMUA:


Berani lah mengutarakan apa terbuku di hati.


Kalau bukan dengan Boss pun, luahkan kepada rakan sekerja daripada luahkan kepada keluarga atau orang lain. Kerana rakan sekerja lebih faham situasi anda di tempat kerja. 


Kepada rakan sekerja, bagi lah sokongan mental kepada rakan2 anda di kala mereka memerlukan ya! Bukan demotivated lagi mcm bagi ayat2:


"KO NI LEMBIK LAH"


"BIASALAH TU, NAMA PUN KERJA"


"SYUKUR LAH WEI ADA KERJA"

Kemampuan mental setiap orang tu lain2. Jangan samakan mereka dengan anda! (jika anda jenis yg kuat mental lah...).

Ke arah kesihatan mental yang lebih baik😊.


Assalam

Ir. Abdul Rahman Bahasa

17 February 2020

#MentalHealth #IsuPekerja #Nasihat


***


Alhmdulillah for the opportunity for the years - i learned a lot from mentoring a fresh grad to only supervising an expert. WFH is a really big challenge..a new thing for me, sometimes taken for granted but believe me, its really harder. Just trying to get my visions and missions right again to move forward. Time will heal inshallah.



                                    **pkp March 2020- March 2021 Notebook. WFH rocks uols!



Zahra


No comments:

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...