Thursday, January 25, 2018

Persediaan Iman Ke Darjah Satu 2018

#old post yang dah lama dlm list to publish..hahaha


Pantas masa berlalu rasa sekejap je iman dah nak masuk darjah satu. Anak anak yang lahir tahun 2011 semuanya akan mula bersekolah pada 2018. Kami dah beli beli juga sikit sebanyak brg2 utk iman memandangkan kami ni first timer, and tak suka lah kalau ada benda tak beli last minute. Total damage??? Huhuhu. Rasanya kalau di bajet bajetkan utk barangan sahaja dlm RM300 sudah memadai :)

Iman bersekolah diwaktu ptg. Masa persekolahannya ialah dr 1.10pm to 6.30pm. so agak mustahil utk kami menghantar dan mengambil iman. Jadinya, waktu pg, kami hantar iman ke sekolah agama yang bertransit terus. usai sekolah agama pada pukul 11am, iman akan mandi makan dan bersiap ke sekolah kebangsaan di sekolah kafa tersebut. aturannya, pukul 12++ akan ada van yang ambil iman dr sekolah agama ke sekolah kebangsaan. Pening juga nak mengatur pd awalnya. Tp bila dh terbiasa semuanya dh jadi rutin. Mommy still belajar ni nk handle everthing..inshallah in one to two months dah terbiasa kot. Amin


Ok utk ingatan and rujukan masa hadapan rasanya jom list dwon keperluan nak masuk darjah 1.
Jom tgk check list mommy utk iman. tahun depan utk Amsyar kita gunapakai list yang sama, inshallah..

Pakaian Sekolah

1. Baju seragam putih 4 helai
2. Seluar seragam biru 4 helai
3. Baju sekolah agama 2 helai (iman bersekolah KAFA integrasi jadi bajunya ialah kemeja hijau)
4. Stokin sekolah 5 pasang
5. Singlet 3 helai
6. Kasut sekolah 2 pasang
7. Kasut spare 1 psg (rm10 shj in case hujan)
8. Tali pinggang (pastikan yang mudah buka and pkai nantikan 'accident')
9. Underwear

Peralatan Tulis

1. Kotak pensel
2. Pensel 2B sekurang kurangnya 3 btg. Sy beli stock sekotak+
3. Pemadam bersih/exam grade
4. Pembaris
5. Pengasah pensel
6. Gam (gunting tak boleh ya)
7. Pensel warna 12 warna sudah memadai sebnarnya.
8. Pembalut buku
9. Cellotape utk balut buku.
9. Cop nama (yang ini mommy yang tempah utk kemudahan mengecop nama di buku. RM12 shj)


Buku tambahan

1. Kamus dwi bahasa
2. Buku catatan sendiri
3. Buku lain akan dibeli di koperasi sekolah.


Alatan lain

1. Bag sekolah agama
2. Bag sekolah kebangsaan
3, Hanger baju berlabel nama
4. Bekas makanan bekal - sy beli bekas tapau murah tu yang 10bekas rm3. Ni kalau hilang pun tak apa
5. Bekas air masak.
6. Bag toiletries (sabun,shampu, bedak,sikat,minyak rmbut)+towel transit.
7. Dompet kecil
8. Jam tangan.

Ok cukuplah tu kot buat masa ni. Tak byk pun kan. Tp ikutlah keperluan anak and preferences ibu bapa. Rasanya kalau sy tidak bekerja and mampu membasuh tgn baju sekolah iman hari hari, 2 helai baju sahaja dah memadai. Nanti kalau ada lagi kita update kan. Mana tau ada yang terlupa.

Overall kos yuran++ di sekolah kebangsaan x byk mana. Buku teks mmg free dapat peruntukan. Cuma kna beli buku tulis++ dlm RM70 gitu termasuk tie and name tag. And ada pula derma pibg and tmbahan tmbahan activity dlm rm120 gitu. So total up dlm RM200

Sekolah kafa pula lain sikit. Pendaftaran sahaja dlm Rm480 termasuk buku semua (buku teks kena beli). And yuran bulan RM100. Transit utk makan n mandi pula RM120. Kalau sekolah agama rakyat (SRA) rsnya lebih murah berganda ganda. byran bulanan pun dlm rm45 shj. tp kita ni ibu ibu FTWM kenalah cari transit yg reliable and boleh tgkkan anak2 mngurus diri seblum ke sekolah. itu aja.. :)


Ok mommies out there,boleh je klu nk guna ni utk bajet guideline. Moga memberi manfaat, Inshallah.


Happy First Day at school all!!


Love,

Mommy Z.


##dulu kecik kecik, hari hari tak sabar nk g sekolah.perangai pelik kan. sebab suka nk tahu apa yang cikgu nk ajar.jadual pula tak pernah hafal. mak pun xkesah, sebab xde pun wassap group nak tnya tnya cikgu tengah malam.hahahaha


No comments:

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...