Tuesday, April 17, 2012

Ibu Hamil: Sampai Bila Wajib Solat?

This was one of the questions I had this morning.
As Iman was born c-sect, i had never encountered "pecah air ketuban" or "turun darah" before the delivery. From several discussions with friends, I have found several answers. Mostly could be concluded in the findings i quoted below ::


"Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat berkaitan tajuk entri di atas. Memandangkan perkara ini menjadi persoalan dalam fikiran saya sendiri, maka saya telah merujuk kepada sahabat saya, Ustazah Shahidra (tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, API UM), di mana beliau telah memanjangkan persoalan-persoalan saya kepada orang yang lebih 'arif iaitu Prof. Madya Dr. Anisah (Pensyarah di jabatan beliau).

Di antara persoalan yang telah saya ajukan kepada beliau ialah, apakah status solat ke atas wanita hamil yang mengalami situasi seperti berikut:

1. Keguguran
2. Turun darah (bleeding)
3. Pecah air ketuban
4. Kontraksi rahim

Jawapan ringkas yang dapat saya simpulkan ialah:

Keguguran:
Bagi wanita yang mengalami situasi ini, kewajipan solat ke atasnya luput dan tidak wajib digantikan solat tersebut. Ini kerana, darah yang keluar ketika gugur tersebut disamakan dengan darah wiladah (melahirkan anak).

Turun darah, pecah air ketuban dan kontraksi rahim:
Ketiga-tiga situasi ini merupakan antara tanda-tanda seseorang wanita itu sudah hampir bersalin. Walau bagaimanapun, kewajipan solat ke atas wanita yang mengalami ketiga-tiga situasi ini TIDAK LUPUT, bermakna solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan.

Apa yang perlu dititik beratkan ialah, kebersihan sebelum menunaikan solat, di mana darah sebagai contoh, perlu dibersihkan terlebih dahulu. Darah yang keluar ini dianggap darah fasad, bukannya darah yang keluar ketika bersalin. Begitu juga dengan air ketuban.

Walau bagaimanapun, bagi kes wanita yang mengalami kontraksi rahim yang bersangatan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan solat ketika waktunya, bolehlah digantikan solat yang terluput itu pada waktu lain, kerana ketidakmampuan ketika itu.

Solat itu tiang agama
Semoga, sedikit ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua. 


Ramai di kalangan kita yang mengambil ringan soal solat, sedangkan bagi orang yang hampir meninggal dunia sekalipun, masih belum luput kewajipan solat ke atasnya. Namun, Islam memberikan rukhsah (keringanan) untuk menunaikannya berdasarkan kemampuan, sebagai contoh; solat sambil berbaring dan sebagainya."



"Q :: bagaimana pula solat bagi seseorg yang pada rakaat awal dia merasakan dia mampu melakukan solat dalam keadaan berdiri. Akan tetapi bila pada rakaan yang seterusnya dia merasakan dia sudah tidak mampu untuk melakukan solat dalam keadaan berdiri (contohnya ibu yang mengandung atau sebagainya) boeh atau tidak dia melakukan solat dalam keadaan duduk sdangkan di awalnya dia melakukan solat dalam keadaan berdiri? Mohon ustaz jelaskan terima kasih.

A :: Sekiranya dia benar-benar tidak mampu dia dibolehkan duduk pada rakaat seterusnya, dan apabila dia mampu berdiri semula maka wajib dia berdiri semula."








SOLAT SAMBIL DUDUK

- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.
Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk sprt biasa dlm keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi..kita takbiratul ihram mcm biasa smbil berdiri, rukuk , dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kmdn kita bangun kembali berdiri utk membc fatihah, rukuk dn duduk atas kerusi untuk sujud.





“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78].






Brought up in a religious environment was a bliss for me, but that doesn't mean I have everything to know by this age.


Just to share this info.
May all of us keep seeking all these ilms for our own sake and for the future leaders we are raising.




Amin.

1 comment:

Ummu Iman Amsyar said...

Ada org tnya sy bende ni..i hope she reads this :

1. Kita kena solat w/pn dh pecah air ketuban/dilate.until baby keluar and diikuti keluarnya darah nifas.
Method solat ada byk.Ikut kemampuan and keadaan masa tuh :)

2.Braxton Hicks ialah cramping mcm period pain tu.tp lebih sakit and rs perut/pinggang berombak2. Ada juga rs cm nk berak tp xterberak.Klu dh rs cm sakit sgt..cuba timing kan antara sakit tu..klu konsisten.then, time to go to the hosp!!~

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...