Friday, April 27, 2012

Homecooked Meals?Every day?Hmm..

Salam Jumaat Everyone!
Jumaat is always the highlight of the week. Penghulu segala hari. The day we want to do everything.
The closing day.

Just not feeling that well today. Runny nose since yesterday. Body aching everywhere.
Walking funny like a big huge mother goose all day long~
I just feel not me these days.

Even in some (ok lah most) of the days, I just feel like not cooking. Eating icecream for dinner.
Sometimes just simple egg sandwiches for me & Iman, and maggi+telur for hubby. Even one night we only had KokoKrunch..but Iman loves that. So what to lose?

What to do..sometimes the pang of 'malas' mood just swings in.

Did I ever mentioned ever before that hubby is such a picky eater?
Which makes me more 'malas' to cook.I'm not complaining, but if I'm a housewife, I'll cook lavish dishes for you everyday dear :) You pick the menu.When you complaint the dishes i serve..it demotivates.


Options are quite limited :: kalau tak sup ayam, ayam goreng, ikan goreng, ayam merah, gulai ayam.Telur dadar. Telur dadar. Telur dadar.
Telur rebus masakla apa pun xmakan. Masak lemak cili api xmakan.Bakar2 xmakan.Udang xmakan. Sotong?kdg2 je mkn. Spagetti, macaroni, lasagna, spirals, shells, fettucini, lamborghini dan sewaktu dgn nya semua xmkan. Mac&Cheese? Lagi lerr..Xmasuk dek tekaknya..
Klu mi,mihun, kuey teow bleh.Oh My!~
Hmm..Sayur?Ulam?lagi la.. My hubby is a carnivore.


Frankly, I enjoyed cooking more in my mom's house than in my own. Why?because my siblings and mom loves whatever i cook.I mean what ever.
Well, ok la kan?Dh dia xsuka makan, suka pilih2..beli ajer yg mana suka.
Sonang keje eden.Nak complaint apa2 sila ajukan kpd abg gerai yer.
Then balik umah i cook pasta with a simple sauce for me and Iman. Aman hidup.
Pasta is super duper easy :)

Ok lah..cukup la my wild ramblings for today.
For wifeys out there with non-picky eating husbands yg hidanglah apa sahaja-tolak-batu-and-kayu jer out there..bersyukurla :)

Let's just be more positive.Maybe I just need to be more creative and improve each time.
It's good to have a get reviews from an open hearted critic. Perhaps being pregnant just triggers more the sensitive side of me.. :'(

All in all, I'm just grateful my hubby is always there for me each night without fail, for dinner.
Despite the dinner is homecooked or bungkus from the stall nearby :)


Love,

Zahra



Thursday, April 26, 2012

Jom Bertafsir Surah Sikit pagi2 ni :: Hutang

[282] Al Baqarah 

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. 

Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. 

Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. 

Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. 

Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Lesson of the day : 

Kalau dh berhutang..bayarla. Xkira lah PTPTN ke, hutang dgn bank ke, credit card ke, kereta ke,Courts Mommoth ke..hatta adik sendiri pun :) Jgn berdolak dalih. 


Doa jauhi hutang :: Ayat dr doa ma'thurat :)


“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


Selamat berhari Khamis!~
Love,


Zahra :)

Wednesday, April 25, 2012

Our team :: Chassis Design, RND :)


May all well goes well despite a lot of negative comments.
Fairly enough, may all hard work pays off.






** me at 34wks.Very huge indeed. Ok noted. Will diet after June.

Word-less wednesday :: Al-khinzir

Salam Hari Rabu.
Not much to say..just to share some things for a word-less wednesday.

Berhati-hati lah :)








***










Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tuesday, April 24, 2012

IMAN :: 14mths and 3days :)



Jom cerita Iman today :: as he is already 14mths last Saturday :)

This is Iman's latest obsession : MOTORCYCLES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Ni pinjam motor ayah ngah dia yg dtg stay kat rumah during the weekends :)
Iman and ayahngah fahmey dia mmg sebijik muka tp xde la plak pics amek sesama.
Punyalah suka motorcycles sampai bleh gosok2,belek2,cium! OMG cium..!!~
Kalau dh naik tu jgn harap lah nak turun..unless dpt ronda 10-15mins..

Iman oh Iman..tp jgn haraplah mommy nk allow Iman ride motorbikes dh besar nanti..nak lenjan kereta mommy pun xpe..asalkan xnaik motor.xsanggup mommy!! Ngeri..




So far Iman tgh training speech skills dia.
Byk words yg dia tangkap..eventhough mommy xbrapa gemar esp tang bola. Daddy yeay..dia pun yeay..daddy jerit GOAL!dia pun GOAL juga..yg plg klakar daddy jerit nama "Roya!" (one of the Klate players) dia pun "ROya!" juga.."GHADDAR!" pun "GHADDAR!~" juga..hehehe..funny sungguh..
Mmg Red Warrior blood btul!~

Other words : water, bottle, motor..mmm..dh besar dh anak mommy.

Last nite, Iman ikut/imitate daddy solat.Daddy bentang sejadah utk dia..dia bleh follow daddy..tp bila rukuk tu sampai tersondol2 kepala..bila sujud, smp terbabas2 ke sejadah daddy.hahaha. Pics smlm xdelah plak..maybe tonite mommy try to get some :)
Funny betul mommy tgk..amazing how a baby could imitate you!~
Masyallah.


Iman, grow up healthy and smart and soleh ya?
Mommy always love you.




**skrg mood bekerja kurang sb dh kna pindah randah due to some major reno up here in RND.Rimas betul dok menumpang di ofis org lain. Esp when this dept xbuat kerje2 design, and couls gossip all day long.OMG!~




Love,

Zahra



Monday, April 23, 2012

Hi..my name is Iman.

 


Thank you geyma for the nice t-shirt.Please remember me always when there's sale in SOGO :)

Now with my hair-do yang daddy xbagi gunting coz dia kata cute..and the shirt you bought me..
Mommy says that now my K-pop looks is now complete!hehehehehe :P






**siap goyang2 kaki..happy at geyma's house.waiting for makuteh to come back home.
I miss my mak uteh very much :)

Friday, April 20, 2012

Peringatan utk diri sendiri :: Isteri Solehah







Selamat Hari Jumaat semua :)
Jom kita baca something di awal pagi ni..utk peringatan kpd diri sendiri..dan utk dikongsikan bersama isteri2 yang lain :)






1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. 
Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.

12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.




Thursday, April 19, 2012

Bunting Pelamin..so what if you didn't get the chance?

Fikir macam2 skrg sb dh terasa mcm nk bersalin..in else i think its what ppl call as braxton hicks.Mmm..tgk calender br 34weeks :) so not time yet lah kan? kan?mm..

Crossed a few entries about PTPTN, about merancang anak.
Hmm..not much comments about that..mm..merancang anak.

Then it brought me to this girl's blog.
Well, I'm not opposing family planning.AndI'm not condemning this girl here.


Just it seems to come to my mind..ye ke yang xbunting pelamin tu, then claim themselves to be family planning sebenarnya plan from day 1?Mmm.. I mean malam pengantin tu..you hulur a box of 'protection' to your partner before starting the game?Or you telan pills just starting before the majlis?...aha..

I bet most of the newly-weds x.kan?Tell me who does?
Main redah je..yelah dh halal kan?Nama pun mlm pertama :P
hahahah~
haip..jgn tipu..baik ngaku.xbaik tau!


Frankly speaking, i kenal nama most of the contraception pills on the pharmacy shelf pun after Iman was born.




Just if you're not lucky enough to get pregnant on the first try.
Just admit it..xyah nk berselindung behind the phrase family planning.
Then cerita keburukan org xplan. Cerita pasal regrets of not having the chance for a honeymoon year..aha.
Gaji byk pun xcukup...aha..


My advice, pray hard (and also play hard) so that may Allah bless you with a small baby who will enlightens your life and open all your rezeqi doors. Once the baby arrives, you'll know how complete your life will be with his presence.

For friends out there still TTC. Keep trying!!The time will come.
Allah knows what's best for you :)





Sorry. Sometimes i'm reallly frank.
Esp when you're used working with men who 99% doesn't understand the meaning of being subtle.

I don't mean to be harsh.Really.

Love.
Zahra

Wednesday, April 18, 2012

Interesting facts from kitab arab lama...

Perenggan 1:
Pergerakan badan dan riadah spt solat sgt baik utk org yg hamil, dan memudaratkan untuk org yg haid, kerana ketika rukuk dan sujud darah mengalir dgn banyak ke rahim.

Perenggan 2:
Tidak syak lagi bahawa rahim org yg hamil memg memerlukan banyak darah supaya dpt menyuburkan janin, dgn bersolat dpt membantu mengalirkan darah yg banyak kpd janin.

Perenggan 3:
Adapun org yg haid apabila bersolat, akan menyebabkan tumpah darah ketika haid.

Perenggan 4:
Dianggarkan bahawa isipadu darah dan cecair yang hilang dari tubuh wanita semasa haid kira2 34 ml, jika wanita haid menunaikan solat dia sebenarnya telah memusnahkan sistem imunnya, kerana sel-sel darah putih yang memainkan peranan yang penting dalam melawan penyakit akan hilang melalui darah haid . Oleh itu, berdoalah ketika haid supaya dijauhi daripada penyakit. Mohonlah perlindungan daripada Allah.

Perenggan 5:
Dan adapun wanita yang solat ketika haid akan kehilangan banyak darah putih, serta akan menjejaskan kesihatan organ2 badannya yg lain spt hati, limpa, limfoma tiroid dan sistem kawalan penyakit. Maka, jelaslah di sini hikmah/kebaikan larangan Allah kepada wanita yg berhaid utk bersolat sehingga dia suci daripada haid seperti yg diterangkan dlm firman2Nya.

Perenggan 6:(Perenggan akhir)
Di samping itu menggerakkan badan, terutamanya dalam sujud dan rukuk, akan meningkatkan aliran darah ke rahim dan membawa kpd tumpah darah. Seterusnya, menyebabkan kehilangan banyak garam mineral dalam badan. Doktor mengesyorkan wanita yg haid, supaya banyakkan berehat dan makan makanan yg berkhasiat, supaya tidak kehilangan banyak darah dan garam mineral yg penting dari badan. Hal ini juga mencerminkan kebijaksanaan Allah mengapa Dia melarang wanita yg haid daripada berpuasa.




Selamat Hari Rabu semua!
Marilah bekerja dgn penuh bersmangat :)

Tuesday, April 17, 2012

Ibu Hamil: Sampai Bila Wajib Solat?

This was one of the questions I had this morning.
As Iman was born c-sect, i had never encountered "pecah air ketuban" or "turun darah" before the delivery. From several discussions with friends, I have found several answers. Mostly could be concluded in the findings i quoted below ::


"Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat berkaitan tajuk entri di atas. Memandangkan perkara ini menjadi persoalan dalam fikiran saya sendiri, maka saya telah merujuk kepada sahabat saya, Ustazah Shahidra (tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, API UM), di mana beliau telah memanjangkan persoalan-persoalan saya kepada orang yang lebih 'arif iaitu Prof. Madya Dr. Anisah (Pensyarah di jabatan beliau).

Di antara persoalan yang telah saya ajukan kepada beliau ialah, apakah status solat ke atas wanita hamil yang mengalami situasi seperti berikut:

1. Keguguran
2. Turun darah (bleeding)
3. Pecah air ketuban
4. Kontraksi rahim

Jawapan ringkas yang dapat saya simpulkan ialah:

Keguguran:
Bagi wanita yang mengalami situasi ini, kewajipan solat ke atasnya luput dan tidak wajib digantikan solat tersebut. Ini kerana, darah yang keluar ketika gugur tersebut disamakan dengan darah wiladah (melahirkan anak).

Turun darah, pecah air ketuban dan kontraksi rahim:
Ketiga-tiga situasi ini merupakan antara tanda-tanda seseorang wanita itu sudah hampir bersalin. Walau bagaimanapun, kewajipan solat ke atas wanita yang mengalami ketiga-tiga situasi ini TIDAK LUPUT, bermakna solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan.

Apa yang perlu dititik beratkan ialah, kebersihan sebelum menunaikan solat, di mana darah sebagai contoh, perlu dibersihkan terlebih dahulu. Darah yang keluar ini dianggap darah fasad, bukannya darah yang keluar ketika bersalin. Begitu juga dengan air ketuban.

Walau bagaimanapun, bagi kes wanita yang mengalami kontraksi rahim yang bersangatan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan solat ketika waktunya, bolehlah digantikan solat yang terluput itu pada waktu lain, kerana ketidakmampuan ketika itu.

Solat itu tiang agama
Semoga, sedikit ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua. 


Ramai di kalangan kita yang mengambil ringan soal solat, sedangkan bagi orang yang hampir meninggal dunia sekalipun, masih belum luput kewajipan solat ke atasnya. Namun, Islam memberikan rukhsah (keringanan) untuk menunaikannya berdasarkan kemampuan, sebagai contoh; solat sambil berbaring dan sebagainya."



"Q :: bagaimana pula solat bagi seseorg yang pada rakaat awal dia merasakan dia mampu melakukan solat dalam keadaan berdiri. Akan tetapi bila pada rakaan yang seterusnya dia merasakan dia sudah tidak mampu untuk melakukan solat dalam keadaan berdiri (contohnya ibu yang mengandung atau sebagainya) boeh atau tidak dia melakukan solat dalam keadaan duduk sdangkan di awalnya dia melakukan solat dalam keadaan berdiri? Mohon ustaz jelaskan terima kasih.

A :: Sekiranya dia benar-benar tidak mampu dia dibolehkan duduk pada rakaat seterusnya, dan apabila dia mampu berdiri semula maka wajib dia berdiri semula."








SOLAT SAMBIL DUDUK

- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.
Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk sprt biasa dlm keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi..kita takbiratul ihram mcm biasa smbil berdiri, rukuk , dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kmdn kita bangun kembali berdiri utk membc fatihah, rukuk dn duduk atas kerusi untuk sujud.





“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78].






Brought up in a religious environment was a bliss for me, but that doesn't mean I have everything to know by this age.


Just to share this info.
May all of us keep seeking all these ilms for our own sake and for the future leaders we are raising.




Amin.

New baby's out!~

Preve.

Finally launched last night :)

My personal favorite . . .

Credits





Merah itu menawan :)
Pricing for 73k for full spec, personally I think this is really a winner.

Thank you Malaysia for all the support.



May Malaysia keep leading as the 1st Muslim global car maker :)
Amin.

Monday, April 16, 2012

Weekends at home - I like!~


Letih sgt la ni.
Ini adalah gambaran sebenar bgaimana a 1year old tergolek dot kat bilik tamu..heheheh~








Ni penangan susu 2botol + nasi goreng sepiring :)
Slps penat main kejar2 dgn mommy, main cakcak blkg langsir, baca buku 3buah dgn mommy and tgk cartoons :)

And also pas naik smp tgga atas skali pastu gayat nk turun blk..panggil mommy yg mak buyung ni for help.
And also pas kena marah dgn mommy sb nk pegang periuk tgh menggelegak atas dapur!!~
And also play swimming atas lantai masa mommy tgh mop lantai.org mop dia main slide2 baring2 konon2 tgh swim..abes basah baju..
Mommy terpaksa mandikan for the 3rd time for the day at 3pm!Tapi tersilap, sb mandikan guna tub which ends up Iman xmau keluar tub for the next 45mins (--")
Lenguh mommy~




Ok..mommy penat.tapi mommy happy could spend time with Iman.
Sing songs and also teach you ABC.
And hug and kiss you all day!









Ahh..i wish i can do all these with you every day!~
I just wish everyday is a weekend-day.
I bet Iman wishes that as well too~
 

6more weeks before adeq gonna join us.
Mommy can't wait.
I bet Iman can't wait either :)

Be a good big brother Iman.
Mommy always love you!~

Tonite..TV1 9pm :)



Finally the launching!~
Jom tonton sama2..





Yess same2 yer coz I'l be watching from my living room's 42" samsung.


No dinner functions appropriately at 8.5mths pregnant with a 1yr old toddler :)
Kalau nk attend juga tu..ngade2 la tu :)






* Really hoping for the best for this model :)

Friday, April 13, 2012

Bende free pun xsuka..

Payah bila ada org perjuangkan hak pendidikan free, ramai yg bantah pulak.


Bodoh betul.
Nampak sgt xpernah pun masuk mana2 university.
I bet SPM pn xpass pangkat 3..kekekee~
Pastu salah kan keadaan hidup.hmm..lame.


Even kempen via iklan2 kat tv yg memwarwarkan kononnya kalau yuran university dimansuhkan, nilai pendidikan and penghargaan kpd pendidikan itu sendiri akan hilang.

Hello..ingat kan sng ke even nk dptkan tempat kat university zaman skrg?
I'm talking about professional course yer..bukan course masak2 atau jahit2 atau blajar baiki kereta yer



Haish..ramai rupenya org Malaysia tertipu dgn propaganda2 ntah apa2..
Susah hati saya bila rakyat malaysia rupanya ramai yg mmg bodoh.



Sorry if this is quite harsh.but i think most of my generation, are now a lil bit open minded.





Zahra

Iman and cake

Ni cerita semalam.

Sampai je rumah semalam (after all the presentation and jam all the way from Tg Malim....), Iman tunjuk fridge sambil sebut "oti..oti..,". Ok, iman lapar ye..nak roti yer?


Buka fridge, mommy bg kek kukus sekeping. Muka Iman terus enlightened :)
Jalan kedek-kedek g duduk kat sofa kat living area holding the cake in hand.




Then, duduk and makan.
Sambil mkn dok bunyi.....mmmMMmmm..MMmmmmMMmm..












Pipi pun dh labuh..


Habes sepotong. Hilang penat mommy tgk Iman makan cake buatan mommy :)
Dah xingat dh penat 220km to and fro TgM-SA td.

Mmg pandai Iman ambik hati mommy yer?




LOve you Iman :)
Love you muchhhhhoooo...!~

Selamat hari Jumaat everyone.





Love,

Zahra

Thursday, April 12, 2012

Resipi Kek Kukus Gula Hangus

 

 

 

Bahan-bahan 

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 camt soda bikarbonat 
  • 1 camt baking soda
  • 4 biji telurgred A
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + segala soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam


Ni resipi asalnya..tp den derhaka..gara2 eksited nk mkn kek, perap 2jam je.
Patut guna mixer, tp mixer nan ado.So blender pn jd lah..jadi juga kek nya..haha~
Then kita kukus for 1hr..so dia jd lembab2 gitu :)

Sekali sekala rs nk membuat kek..klu sy tidak bekerja, haruslah diusahakan as hobi hari2 :)

BTW-Worth trying tau :) 


*OK, going to TGM after this.Slides ready. Pray for my presentation today :) Kul brapa la smp umah agk nya arini..








Ok daaa...


Zahra

Kek Kukus Gula Hangus- Project Cuti 1 hari :)

Alhamdulillah - menjadi juga walaupun menderhaka resipi sket2.
Kalau xderhaka..mesti lagi cantik rupa sarang dia :) Ok lesson learnt. Xpelah, asalkan Iman mkn bertambah2 :)

Nanti bleh buat lagi sb kek ni fav mak and mak mertua (semangat nyerr) :)






So, inilah hasil kerja mommy and Iman bila cuti 1 hari. Sbnrnya dh lama teringin nk mkn, tp susah nk jmp jual kat mana2..









Semangat jer amek gambar kek..hehehe~

Ok lah just a short entry.Will share the recipe later..
Need to rush as need to present in PMM this evening in Tg Malim..dh sarat2 pn kna rush kehulu hilir.

**Mudah2an xterberanak and terpaksa check in Hosp Sg Buloh otw plak. Amin!~








Till then,


Zahra

Tuesday, April 10, 2012

Abg Iman my big boy :)

Salam ladies! :)
Happy Tuesday! Mood harini ok sket compared to yesterday sb esok cuti!! Yeay!! :)
Cuti je gembira sakan kemain..hahaha~


Today mommy nk cerita psl Iman :)
Now at 13mths++ :: Iman's a big boy now :)

Emotional-wise : He is very attentive and sensitive.
Physical-wise : My big boy could already run (ok la walk so fast especially when the fridge is wide open..ha yg ni mmg pantang!!)  :)

And he understands instructions, and praises well.

Kalau buat somthing and org praise him 'pandai'!!
He'll clap his hands and smile proudly.

Pandai salam tgn org-cium tangan :)
Kiss pipi.Wet kiss :p
 Kadang2 kasi pipi sendiri kat org suruh kiss.

Bleh dah suruh g tutup pintu.
Or ambilkan handphone. Or ambilkan remote control.
Senang la mommy nanti nk minta tlg ambilkan pampers adek :)
Good boy!!~

Tp ikut mood la.kdg2 dia dgr kita bg instructions, tp

Speechwise - Still WIP. I really want to teach him to communicate in English..tp sendiri pun kat umah xckp English..huh. Need to try harder after this. Azam for after this.

Words for the time-being ::

"daddy-ok yg ni since 6mths kot"," maame","cucu (susu)","ball","lageeh","nak nak",
"takmohh (takmau)"," e-mote (remote control ;p)",  "pin pin (upin ipin)","oti (roti/biskut/cokelat semua dia bantai oti..heheheh)", " chot (kasut)"




Muka yakin,rambut gulung2, dagu double..heheh




Rasa mcm ada byk lagii.. Mmmm.
others..mommy xingat.sian Iman..syndrome pregnancy memory loss la rsnya :p

Mmm..need to jot down every milestone so that i'll not forget nanti..menyesal sendiri :)




Ok lah just a quick update for today :)
And tempek selit pic baju adek yg baru from friends and also beli sket :)




Himpun2 jd byk plak dh..xtermasuk baju2 warisan abgIman lagi..cukuplah tu.nanti adik keluar, mommy beli lagi :) Excited sb dh slalu kna braxton Hicks dh skrg..tunggu masanya tiba jer.Klu ikutkan hati dh malas nk keje..xkan nk ambil unpaid leave plak kan?


Ok.Slamat bercuti umum esok semua!



Love,

Zahra

Monday, April 9, 2012

Thank you boss~

Setelah hampir mati setengah hari menghidu gam di ofis, this email clocks in ::

"Assalamualaikum warga VE,

Kontraktor akan memulakan pemasangan tiles dan penggunaan gam yang mungkin mengganggu dan tidak memberikan keselesaan pada semua. Kerja2 akan bermula dari hari ini Isnin 9hb April sehingga Rabu 11hb April 2012.  Justeru saya telah meminta pemasangan itu dilakukan selepas waktu bekerja bermula pada hari ini. Sila ambil perhatian untuk meninggalkan pejabat selepas jam 5:30pm sekiranya anda alah dan kemungkinan ada kesan sampingan ke atas kesihatan anda akibat dari bau gam tersebut.
Kerjasama semua adalah diharapkan demi menjamin kesihatan dan keselesaan bersama.

Terima Kasih.

Shariffudin"


Thank you boss sb prihatin.
This is the kind of boss that we all adore :P







Thank you building management & facilities dept so-called engineers sebab jadual kerja-kerja pengubahsuaian anda telah membuat kan kami semua 'high' hari ni.

Now we have car designs with a new vision. A blurry vision ditambah dgn bau gam yg menyusuk :')










Aduhai salehah~












*I think the company really needs to redefine the title 'engineer' for workers doing hard core engineering work only. else please call yourself executives.


**no mood today.emotionally stricken.wants to 'beranak' soon mode.guess 'high' effect from all the reno works.












No offense though.


Zahra

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...