Saturday, October 3, 2020

Cuti cuti ke Penang Pasca Covid MCO

Assalam sayang sayang semua. Lama tak betul betul menulis, sayang pula rasanya kenangan kenangan ni kalau tak diabadikan disini. Tak pasti lah berapa lama lagi medium ni akan bertahan tp selagi ada, kita akan terus menulis.

Sebenarnya, seronok kami ke Penang bulan lalu beramai ramai dgn keluarga belah suami. Alhamdulillah berkesempatan membawa mama berjalan juga, mama sangat sangat jarang dpt keluar kelantan, berbeza dgn mak. Mama kalau berjalan pun, mesti karena ada acara. Kali ini atas urusan menghantar adik bongsu kami smua ke Matrikulasi Perlis, kami ambil kesempatan utk kembara ke Perlis, Penang dan Cameron Highlands. Seronok mama, sakit kaki berjalan bila tiba malam tp riak wajah dia cukup gembira.

Saya bukan lah menantu yang sangat baik, takpernah terlintas untuk menjadi menantu kesayangan tapi saya suka bila mama, cinta pertama suami saya gembira, saya pun gembira. Sedangkan org yg bukan darah daging pun kita seronok gembirakan, inikan pula keluarga sendiri. Saya sentiasa pesankan pada suami, jgn risau duit yg kita guna untuk keluarga, Allah ganti balik berlipat ganda.

Trip kali ni seronok sebab yg pergi 3 kereta semuanya..11 adults dan 8kids. And was a long jourmey from Kelantan-Gerik-Kedah-Perlis-Penang- CH for 5d4n!

Day 1- Perlis Indera Kayangan





We spent one night in Arau before sending off baby brother Zarif to Kolej Matrikulasi Arau. The Airbnb we chose was really confortable. Selesa, luas m, bersih..rezeki kami lah masa tu. 

Tapi di perlis tak brapa lama, sempat pekena sarapan di Alsagoff corner dan berjalan sebenrar di Pasar Padang Besar sahaja. Jalan pun hanya pusing dari dlm kereta menikmati pemandangan ladang tebu lama dan ladang mangga yg pada masa itu baru saja habis musim nya.nanti kita pi cari lagi nah. Berjalan dimusim covid ni macam ni lah tak boleh nk beria mana, apa pun sop dan keselamatan no 1.


Al Sagoff corner ni syok juga.nasi lemak, mee kari mmg A lah kita bg. Byk kuih muih dan char kuey teow pun ado. Tepuk dada tnya selero.


Kids di hentian titiwangsa on the way from kelantan. We took more than 7hours to reach perlis. Byk pitstop.


Padang besar ni tak jauh beza dgn rantau panjang, pasarnya, barang nya, suasananya. Barang barang pun byk yg dari Thailand sb kedudukannya yg betul betul di sempadan.

Rasanya cukup dulu first part ni. Nanti kita cerita lagi.inshallah



No comments:

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...