Thursday, February 22, 2018

Jln jln TBNSA - Taman Botani Negara ShahAlam 2018 trip








Last CNY holidays, we were just chilling out in town and decided to go no where far so that everybody could get some rest and just relax and whatnot. Day 1 ok lah duduk duduk guling guling tgk tv. By day 2 dah bored our selves out. Mommy pun dah bosan hadap mainan bersepah sepah and the trio bergaduh bertendang masing masing menyakat adik abang..maka jomlah keluar jalan!

decision made selepas discussion : jomlah jalan jalan Tmn Botani Shah Alam.

Ni lah first time mommy menjejakkan kaki ke TBNSA ni or dulu dikenali dgn nama Bukit Cerakah.. setelah 10 tahun tggal di Shah Alam dan beranak 3.kikikiki..



Kitorg plan keluar sarapan heavy heavy and terus ke TBNSA seawal 8am! sudahnya.. sampai dlm kul 9.30am juga ke TBN ni..hehe.Masih ok sebab tak ramai org sgt lagi masa ni. Tapi orang mmg semakin bertambah and ramai, kebanyakkannya dtg mmg utk beriadah and berbasikal. Kami nk berjalan tgk kawasan aje.



Tiket masuk TBNSA ni takdelah mahal. And kebetulan mmg tgh musim salji di rumah 4 musim, so kita beli skali tiketnya. Masuk utk dewasa RM3 seorang, kanak kanak 2-12 thn rm1. Untuk rumah 4musim pula sebab skrg musim salji, untuk dewasa rm5 seorang and kanak kanak rm3. So total tiket untuk kami masuk haritu cuma (Rm3x2 + Rm1x2 + Rm5x2 +Rm3x2) RM24 sahaja ...murah betul ! Mikhail belum 2 thn so smua free..

Masuk masuk saja ada tmpat menunggu tram. Kalau nak berjalan  bercinta juga tu sebab kami mmg target first first nk ke rumah 4musim yang nun di hujung TBNSA ni. Tunggu tram oklah dalam 15mins dah dpt naik tram after berator menunggu.



Tram TBNSA. Boleh muat dlm 30 org juga rasanya

Menunggu tram. ada kipas and tempat duduk.


Perjalanan naik tram ni xlama. DLm 15-20mins gitu dah sampai rumah 4 musim. Ni..yay! Rezeki kami agaknya, dirumah ni pun tak berapa ramai org. Sampai x de beratur beratur pun, terus dpt masuk and di brief sedikit sebanyak tntang rumah ni. Dia allow sekali masuk sekumpulan dlm 30-40 org. Memang takde pun diberi baju sejuk ke apa sebab katanya kecik sahaja tempatnya and max org selalu bertahan dlm tu ialah 10minit. Sejuk. Maunya tak.

Menurut peg bertugas tu, musim musim ni ikut kutub utara punya perubahan cuaca, so  November- March Musim Sejuk, March-May musim bunga May to July musim panas and last but not least August-Oct musim luruh (autumn). Musim puncak pelawat biasalah : Musim salji lahh.. Musim panas mmg krik krik je rumah ni..xdak org dtg. Yelahh..siapa nk.haha Nasib baik lah kami g haritu mmg dah last week untuk winter. So yay! Sian anak anak mommy xpernah lg dpt peluang main salji. Nanti ye sayang. Kita pergi.

Masa kami masuk ni, pegawai ni kata suhu rumah haritu ialah -2 darjah celcius. Mmg kat tempat briefing pun dah sejukkkkkkk ja.. buka pintu je. Angin diaa..hmmmm..mmg -2 deg celcius lah.




Ok dah sampai Rumah 4 Musim.



Snow boxes

Ada budak kenit sejukkk











Cantik dlm ni and agak panjang juga laluan dia. Sempatlah budak budak ni main main sambil menahan sejuk. Saja lah kan dia xbg proper attire nk main salji sebab nk bagi semua keluar laju laju je xtahan sejukk..hahaha. Tak sangka juga tempatnya besar and syok rupanya. Nanti nak dtg lg musim bunga lah..peg tadi kata diorg bwk masuk bunga tulip!



Licin laluan laluan ni..the boys beberapa kali jatuh tergelincir sb ais dh byk kali mencair kot. Dah hujung hujung 'musim' lah katakan. Ada juga sungai buatan yang beku dlm ni and igloo yang diorg bina khas saja saja untuk pameran.

Snow on branches


A white atmosphere

Nice!


Keluar tu kejung beku dah semua. Hehehe. Kita gerak tgk apa lagi ada di TBNSA ni. Kalau ikut mommy..dah capai KPI dah tu dh melawat rumah salji tu.haha.



Further front, ada byk kwsn yg menarik juga. Jalan ajelah ke main entrance sambil explore lagi. Kawasan nya hutan yang agak tebal juga and berbukit bukau. Ramai juga yang ambil kesempatan utk jog and berbasikal kat sini. 

Awas!
My boys



Tgk ikut peta ada taman rumah rumah malaysia. Tp rupanya tutup utk refurbish kot. Tak ditulis pula. Tak berani lah nk masuk. Yelah rumah rumah kosong tgh hutan ni..ada benda benda yang kita tak mau jumpa kang payah juga. Byk juga tandas awam along the way and di kebanyakan stop. And alhmdulillah semuanya bersih2 belaka.



Kami berjumpa dgn jambatan gantung ni dlm perjalanan ke Taman Haiwan. Wah best! Jom naik! Goyang goyang. Adik naik dgn stroller aje. boleh je muat laluan. gantungan nya pun tak brp tinggi mcm di FRIM Kepong. Tidaklah menakutkan utk anak anak kecil :) just nice..mommy approves!














Ada org ngadu penat jalan. Nak aiskrim..hehe



jambatan gantung.


Jalan depan lagi ada Taman Haiwan. Oklah juga..sebab mainly haiwan disini ialah rusa, kuda dan itik. Ada juga landak and kura kura tp tak byk. Burung burung pun ado. Haa mcm mini zoo tp boleh touch and ride the horses. Mikhail paling suka sini :) 

Boleh improve lg sini. Tp untuk entrance tix rm3 for all this..mmg dh lebih dr berbaloi :)





Nyk betul rusa. Ada kot dlm 50 ekor

Ada dijual daun umbut kelapa ke nipah untuk beri rusa makan.

Mikhail suka tgk itik and kuda. Byk kuda. Boleh buat activity memanah berkuda


Keluar dari taman haiwan ada juga kawasan boleh try memanah. Murah murah saja sini. RM5 utk 7 anak panah. Iman n Amsyar try memanah..boleh dtg main lagi lepas ni.



Ada tempat dewasa and tempat kanak kanak (jarak dekat sikit)






Jalan jalan lagi jumpa rumah padi and pintu masuk td. Jauh jugalah nak berjalan di tengah panas terik dekat dekat tghari dah masatu. Tapi mmg berbaloi lah bwk anak anak kesini. The kids were happy sebab byk juga boleh buat rupanya kat sini. Nanti kita dtg lagi ya.. cari kolam mandi pula. Masa pergi ni xjmpa mana tmpat mandi manda nya.



Tgh sawah padi yang tak ada padi..kikikiki

Hitam dh mommy terik oi!


We enjoyed ourselves here. Byk berjalan tp syiok sebab bentuk muka bumi tempat ni mcm berbukit bukau naik turun tu yang jadi best tu..adventurous sikit. Ok daddy dahhh jomm balik! Cari aiskrim mcD! hehehe


Bye TBNSA! Semua dh mashammm..


Inshallah kami mai lagi yaa..mommy nk tgk bunga tulip plak pasni.
bye bye TBNSA


Love,

Zahra

No comments:

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...