Monday, July 24, 2017

Idea Deko Raya Ofis : Jalan TAR di malam raya















Cantik kan idea ni!  Buat mmg seakan2 keadaan jalan TAR di malam raya yg meriah. Kudos to the design/Styling team for the fresh idea! Kita tolong realisasi kan sahaja. Support! Dah kurang kreatif tu, apakata kita tolong in terms of support pun dah alhmdulillah~

Sebnrnya the dekoraya is for pertandingan Proton Dekoraya 2017 interdivision! Keputusan belum keluar lagi ni..doakan kami ya! :)

Ok habis raya raya episod 3 :)



Love,

Zahra

Saturday, July 22, 2017

Raya Chassis 2017! The weekend family party!



Two pics loaded for this dulu! :) Iron ladies behind the scene and our team family _Heat & Fluid!!! Activity tahunan setakat ni alhmdulillah! Kita buat awal awal thn ni, book semua awal, buat dekat dekat and potluck saja semua senang. 15th July (21st Syawal) kita dah buat :)

Makanan alhmdulillah plentiful and variety! Habis raya raya episode 2. Kita ada byk episode lagi inshallah.Will be uploading more pictures soon!

Love,

Zahra

Tuesday, July 18, 2017

Catatan Raya 2017 - Minggu Pertama!



Assalam mommies! Sihat musim musim raya ni? Dah Syawal ke 21 baru nak up gambar raya :) Tahun ni alhmdulillah setelah 5tahun beraya ber-empat kita beraya berlima! So this year is Zulhayqal Mikhail's first raya :) Seronok beraya ada baby ni sebab dia semua nak tahu, semua nak buat tp still tak seactive abang2 dia lompat sana sini ;p Tahun ni kita minimalis konsep saja, so marilah berjubah raya ni. Mikhail pun ada jubah tau..jgn main main! hehe.

Berlima di pagi syawal 2017

Tahun ni raya pertama di BBST, Selayang and KL in general. So alhmdulillah xdelah episod dukalara harung jem 20jam mlm raya. Dgn baby kan, so everything needs to be considered! 
My big family. Dah bertambah 3 org ahli tahun ni : Kawsar,Huurun and Mikhail ! :)

Macam biasa kalau raya KL, mcm mcm lah menunya :) Mlm/pagi raya kami berkuah kacang, berendang and bersambal udang lah. Lodeh pagi pagi baru buat. Tahun ni special sikit ada nasi arab kakchik buat bawak dr rumah dia kat Nilai Impian. Raya ramai ramai dgn makanan meriah ni best sgt rasa. Kalau raya dikelantan gamaknya xrasalah ketupat rendang. Family belah suami akan selalunya buat satu menu berat, contohnya nasi hujan panas. Ha gitulah. Lain tempat lain budaya nya~
A part of our raya dishes.Opps maafkan selipar ituuu..~

Tghari sikit kami ke kubur nenek di selayang and sambung makan makan lg rumah saudara mara di Selayang dan Serendah. Memang seronok. Pergi dua rumah je sebab salah satu rumah tu dh jmpa 80%org yang kita nk jmpa for the day :)

The Selayang/KL clan! Xmuat gambar oi!~




Raya kedua kita ke Melaka! Gerak lewat sikit dah pagi tu dok bersantai santai kat rumah makan makan (byk nye makan) dekat kul 2pm baru sampai. Jem sikit as expected hiway ke Melaka. Kat melaka jmpa nenek jenah kakak nenek kami. Dia jelah yg tinggal antara adik beradik nenek,nenek dah tak ada. dapatlah jmpa menumpang kasih.

With nenek Jenah in Bukit Katil


 Membawa ke ptg tu singgah lah ke jasin ke rumah sepupu belah mak di kesang tua. Lama betul xberjumpa..dia pun seronok kami dtg beraya beramai ramai. Banyak Cik Noreen masak, masa tu dh lemau lemang ketupat dpt yong tau fu and Mee Bandung mmg best! :)

With family Cik Noreen

Mujur mikhail ok time ni, berjalan sakan panas panas, kami jangka dia boleh demam, tapi alhmdulillah xada. Siang tu panas terik betul! Otw balik dr melaka hujan lebat selebat lebatnya!

@ RNR Ayer Keroh Jejantas


Raya ke-2 nak ke melaka. Mommy muka letih masa ni. letih apa tah ;p


Raya ke-3 hari selasa, kami lepak lepak aje dirumah mak sembang sembang makan, petangnya tu baru decide nak balik jugalah kelantan sebab dah habis byk rumah belah sini kita jejak. Mak n bapak pun nk terus kan perjalanan beraya ke utara. diorg ke Bukit Merah jenguk rumah and ke Penang . Kami kemas bag, pekena nasi kandar and terus chow balik kelantan. Alhmdulillah dah tak jem. Smooth ja. X bagtau pun family kat kampung yg kami nk balik. Takut xjadik.Hehehe saja nk surprise!

Raya ke-3 OOTD. Nak blk kelate time ni :)

Petang tu sampai ke raub singgah beraya rumah nenek saudara hubby. Seronok dia kami dtg! Singgah dinner sesiap, solat maghrib..kita gerak ke kelate! 

Sampai Kelate mmg flat lah..sampai pun dh 4am pg! Raya ke-4 semua zombie. Rehat rehat sahaja dirumah mak mertua. Dia masakkan faveret hubby perut muda rebus! Suka betullah org tu dpt perut! yelah balik pun jarang jarang. Kat sini mmg xdelah kuasa i nak masakkan. I pun xmakan perut!! :)


Kelate pun panas ya rabbi! Raya ke-5 tu (Khamis) kami sambung beraya. Kali ni g makan org bekwoh kawen sedara jauh papa. Sbnrnya family friend lah senang kata..BFF papa so wajib semua g! ;p Untung juga dapat mkn daging kawah free musim raya ni :) Lepas tu smbung beraya ke Bachok lah plan nak mandi pantai sesambil. Mmg xbernasib baiklah juga haritu sebab panas terik siangnya..ptg tu hujan lebat! sempat singgah beraya rumah mak pengasuh mikhail, then terus shoot ke rumah MIL adik ipar bebetul tepi pantai kat Bachok tu juga. Rezeki bebudak nilah juga dpt mengutip duit raya biras tu anak bongsu dr 10 adik beradik and semua masih ada kat umah mok dia tu. Happy diorg! :)

Raya ke-5 OOTD : Turqoise team!
Family Potrait kat wedding!

Jumaat nya tu (Raya ke-6) dah hari terakhir kat kampung so paginya g ronda Rantau panjang sat, then ptg smbung beraya adik beradik papa n mama area pasirmas tu juga. Masa ni iman dah start demam and muntah. Mikhail pun dah dedar badannya. So malam tu juga bwk g klinik panel kat pasirmas ambik ubat and masuk ubat rectal sebab iman dh smpai 39degC! Alhmdulillah anak soleh sorg ni kuat org nya..esok nya tu dah elok dah..start melasak macam biasa~

Masa g Rantau Panjang pg tu pun xde beli beli apa pun, dok teringin mi celup and foodies seberang saja. byk bebeli mangga besar besar, aiskrim baba and lokching jahh(ui lokching hotdog pulut sedap oi!).  Belikan mikhail bantal angry bird ja seekor. Pastu beli bakul anyam kedai favret nk isi baju kotor..hehe. Ptg tu juga g ambil ketupat manis sambal daging mama dah tempah ni. Yay! dpt ketupat manis! yang ni mmg favretlahhhh..sedap! Tq mama! Sebenarnya adik ipar yg ngidam, kitorg tumpang sekaki jerrrkkk :)

Packed sikit kan raya raya kali ni tapi alhmdulillah dan lah nak beraya betul betul and mmg byk g tempat tempat despite kekangan ongkos sikit. Seronok alhmdulillah. takpelah kannn duit boleh dicari katanya (menghitung hari gaji oi!!), raya setahun sekali jerr..


Ketupoatsssss! Sedap ni! Siap freeze sikit sebab nk simpan makan hujung2 raya nanti!
Kasi can sikit lah gambar selfie raya berdua! :)

Raya ke-7 kita balik ke pangkal jalan dahlah. Balik ke KL! Bawak adik we yang sekolah SBP kat kajang sekali nk g hantar dia the next day! Bertolak kul 6pm kul 12am sampai ke Saujana Putra. Penat mmg penatlah, kereta byk tp bergeraklah xjem mana..blues nak kerja on that monday takyah ckplah..adoi..hehehee..kemain eh raya seminggu pastu taknak kerja :)

Bye bye kampung! kami balik duluan!!


Ok gaiz. Nanti kita smbung lagi..mmg alhmdulillah setiap weekend raya ni ada je program nya! Siapa yg sudi beraya kat rumah kita jemputlah dtg ye. Xde open house pun. Bgtau nk raya kita masakkan mihun eh..hehehe mihun jelahh lain xpandai! :)

Raya kan sebulan? Ada 9 hari lagi ni..


Selamat Hari Raya uols!

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...