Hi uols.
Selamat berpuasa utk yg puasa :) Sempena hari asyura jom kita kaji apa itu hari asyura. Ni saya ambil dr wikipedia :) Neutral sikit utk perkongsian bersama sb hari asyura (10 Muharram ni utk yg bermazhab syiah ialah hari kesedihan (sebenarnya hari kesedihan utk semua muslims) sebab cucu Nabi SAW telah mati dibunuh pd tarikh ini di karbala oleh tentera Yazid yg merebutkan takhta khalifah yg ingin diwarisi dr ayahnya Muawiyah. Kalau ikutkkan, siapa yg lbih dekat dgn nabi? Cucu nabi atau anak muawiyah. Kata mereka kaum syiah kufah yg membunuh Sayyidina Husein ni. Tp pd masa ni belum wujud pun mazhab2 spt mana skrg. Sendiri lah kita kaji dan ingat. kita semua manusia biasa.
From wiki
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w.
melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan
amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda
turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi
mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda
mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana
baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar
al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat
puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat
Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan
kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian
besar ketika 10 Muharram:
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a. (go figure is this true?)
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
- Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
- Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
- Memuliakan fakir miskin.
- Menahan marah.
- Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
- Bersedekah.
- Memelihara kehormatan diri.
- Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak.
- Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
- Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
- Menjamu orang berbuka puasa
Selamat Hari Asyura semua! Alhmdulillah looks like the haze in Shah Alam dh subsidue. Kalau di Kelantan ada acara kacau sura pd hari ni utk jamuan berbuka puasa. Sedapnyaa :)
Weekend ni kita mau rehat puas2. Iman n Amsyar pun dh habis exams, kita boleh start project baru :) kita start re-deco playroom depa. Buang baby toys yg dh tak sesuai and rosak. Tampal segala art works yg bwk blk dr school. Jom! Tak sabar!
Love,
Zahra
No comments:
Post a Comment