Showing posts with label #raya2018. Show all posts
Showing posts with label #raya2018. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

Raya Haji 2018


Assalam semua..

Salam belated Aidil Adha 😊
Dah lama berlalu, tapi still nak share sini sebagai ingatan di masa hadapan 😊 Iman has not yet discovered this blog, i bet when he does..he'll appreciate what i have recorded here for all of us. Tu je sebenarnya tujuan blogging, utk berkongsi apa yg ada, utk ingatan masa hadapan dan sebagai catatan utk anak anak andai mommy dah tak ada, dah tua or dah sakit nanti..boleh baca and ingat balik masa suka duka dulu dulu..acewahh 😊 

Lembu Qorban Bapak
So, berbalik ke cerita raya..meriah smbutan raya kali ni sebab di BBST Sepang ni. So seronok sikit lah makanan semua meriah and semua semangat bangun solat raya awal pagi. Tambah meriah bila bapak, mmg nak buat korban seekor lembu. Untuk taman kami sahaja ada 8 ekor lembu akan ditumbangkan raya itu. So mmg meriah padang seblah surau taman dgn lembu lembu mlm raya tu. Al maklumlah taman ala bandar mana nk selalu jmpa lembu kambing tertambat ditepian jalan..ahahaha.Seronok dia lain macam! Ahaha. Kami kerja lagi hari sblum raya tu so mlm tu lah baru nk gerak ke BBST. Sampai sampai je terus g jenguk lembu lembu yang tertambat menanti diqorban kan esoknya.

Seronok raya sini. Tak delah nak berasak asak nak balik kampung menempuh jem 16-20jam. Fuhh lega! Raya puasa aritu kami dh terkena..seksanya lahai!










Ceritanya, raya kali ni, tak de family pic raya! benci tau..sebab semua semangat habis solat terus sap sap sup tukar baju nak g tmpat sembelihan. Besar betul lembu bapak, moga terbalas keikhlasan bapak dgn qurbannya kali ni..amin. Bila dah lembu besar, 1/3 bahagian hak yang dpt tu punyalah byk! nak melapahnya saja makan masa dr 12 smpai dkt 4pm! Bapak sampai beli satu deep freezer baru semata mata. Alhmdulillah ada rezeki lebih boleh beli, nak dijadikan asbab. Lama dh bapak nak beli tapi tak berkeperluan lagi. 2/3 lagi mmg di tggal utk surau agih pd mereka yg memerlukan. Yang kas kas dlm (hati, paru, perut) mmg bapak tak makan, so siapa yg nak ambillah. Anak cucu pun dia larang sebenarnya mkn. Tp mommy kdg2 curi juga mkn bila bukan dirumah bapak ahahaha. But for the kids kita laranglah.

Dipermudahkan tumbang nya alhmdulillah


Menggotong Royong



Seronok lepas melapah kita goreng daging dan menge'sup' gearbox n ekor nya. Alhmdulillah!





Lapar tgk bihun sup ni

Raya kali ni cutinya 5hari. Lama sikit boleh berlama lama berjalan jalan dgn keluarga.Nanti kita cerita lagi pasal ni..sampai ke Genting Highlands kita kali ni..ahahah..Dwiputra Residence tu mmg dah wajib lah kannn..ehehehe..

So ok lah..nanti kita cerita lagi.

Bye!

Love, Mommy Z


Menunggu solat raya at 8am





Friday, July 13, 2018

Penutup Syawal~

Tahun ni limited sikit cuti raya. Nak tak nak raya ke-5 kami dah menghala blk ke KL.Kematu punggung boleh tahan lah juga sebab 17jam juga terkena kita raya kali ni aduhhh..yelah..cuti sekolah pun, xramai yg dpt smbung cuti lelama..xjalan kerja kerja oi!


Minggu ke dua raya br sempat beraya dgn mak n Bapak. Sabtu 23June tu mak ajak siap siap cousins semua dtg beraya kat Rumah.kami buat spaghetti and rendang ayam sikit sikit je..ehehehe..

The kids lah plg seronok dpt free and easy kat rumah geyma n geypa.



With family paklang!

The third weekend raya kami beraya pusing Sg buloh, rawang semua..jumpa Kwn Kwn lama..seronok sbnrnya.masa ni mmg melentok semua sebab settle 6rumah kami terjah! Seronok dia lain mcm sebab mmg suka kunjung mengunjung ni. Ahad tu raya raya Chassis Potluck pula..haih..mmg beraya sakan lah kita!




Kutipan duit raya ms raya raya chassis. And menang lucky draw! Yay Rezeki!!!!

With Shidah bff since 1997 and her latest edition baby Izzah Zakiyya!

Me and bff juga ni Diana :) 

The last weekend raya..kita dh tune down. Ke Selayang Umah my aunty on Saturday and ke open house jiran kami on Sunday..cukup cukup lah tu..alhmdulillah dh puasa beraya. Kat ofis pun meriah dh weekdays raya raya dept and berkunjung raya department org..ehehehe! Sabtu tu pun kami sempat menjenguk rumah baru kwn baik kita di Alam Damai..untung dia dpt beli rumah PR1Ma rumah pun lebih cantik n luas setanding harga! "Izwan!! May ur new home gives you all the peace n sakinah and Mawaddah Wa Rahmah to your family". Amin!



My new team. VDE E1! Big boss pun sporting pakai baju melayu. He's from Shanghai.
Raya raya ofis daddy.

Habis cerita weekend, kita smbung beraya di ofis..jumaat ni ada potluck RND mommies lg! Hopefully meriah juga nanti ni..skali dgn farewell sorg dr kami lg..and also merangkup penutup syawal..ehehehe.. #rayakan sebulan ! Itupun Sabtu 1Zulkaedah masih ada lg smbutan raya..only di Malaysia ya..Syawal mmg 31 hari...kikikiki.

Dwiputra sekejap for a dip..ehehe




Weekend aritu pun dh tone down sikit jemputn jemputan beraya.. Kita pun xde nk buat makan makan ke apa this year..xlarat oi!!!Ntahlah dgn task baru..Bos bos baru..semua nk tunjuk hebat..tunjuk siapa yg power.kita yg ikan bilis ni making dilenyek lenyek..adoi..!

OK lah semua! Kita update sikit sikit. Janji update. seronok sebenarnya baca bila dh lama lama.. terkenangkan kisah kisah lalu..acewah!


Love,

Zahra

Saturday, June 23, 2018

Ceritera Raya 2018 kami (part 3)

Hi semua.
Tak habis lagi cerita raya kan kita?ahahahah.
Kita buat byk parts sebab kita tulis sikit sikit.bila berkesempatan kita tulis..bila ada waktu senggang sikit kita tulis.ha gitu.


Raya kali ni aritu dah cerita kan..raya pertama sampai raya ke-6 kita di kelantan. di bumi pasirmas tempat tumpah darah cik abe kita. Merasalah kiranya anak bandar mcm sy ni..beraya dikampung..aceh. Iman n amsyar n mikhail anak anak bumi shah alam pun dptlah merasa juga.

Mcm mana raya kali ni?
Fuhhh meriah! sikit lagi nk roboh rumah tokpa n tokma dibuat dek iman n amsyar. Smeua lapan lapan org adik beradik daddy berkumpul kali ni..ada juga family ayahngah (adik mama) from Bangi beraya sekali dirumah mama..so..lagilah meriah!



Tahun ni mcm mcm ada alhmdulillah. Masak beramai ramai mlm raya wpn ada kejadian blender membuat ona tak mau berpusing..jadi juga semua nya. Pagi tu kita ada nasi minyak, ayam merah and kurma daging, ketupat and rendang ayam pencen, ketupat palas pun ado! ehehe..

Seronok makan makan pg raya. Alhmdulillah






Makanan dah terhidang jom lah kita menjamu selera, seronok semua meriah raya kali ni sebab semua balik beraya. Jem tak jem..pg raya semua ada. Kul 7am lg kami sekeluarga dah bersiap siap mandi sunat dan hidang makanan nak beraya. Kalau tgk iklan teratak ajaib TNB yang ramai and meriah tu..ha mcm tulah suasana kami ramai ramai..ahahahah..makanan n air dihidang pun mcm chipsmore. Sekejap ada..sekejap tak ada..kikikik




Tok Nebe merasmi dulu seusai solat sunat aidilfitri pg tu..




Mikhail pun bukan main enjoy lah raya. first time dia merasa beraya beria.dgn duit raya nya..songkok raya.baju raya..solat sunat raya pun dia pergi! Amboi amboi amboi!









Mommy with my heroes : dgn si cilik - Zulhayqal Mikhail








Dgn si abanglong dak hensem- Zulhadzrey Iman




Dgn abgngah manja mommy - Zulhafidzey Amsyar






Dgn my bff : Zulhalimey Zulkipli.




One potrait pic with tokpa and tokma :)








Our big family! Missing Fahmey and Iman. 




 With everybody else!



Selamat Hari Raya semua! Sambung raya raya lagi di KL weekend ni :)

till then,

Love,

Zahra

Friday, June 22, 2018

Ceritera Raya 2018 kami (Part 2)


Harini just nak simpan cerita tema warna warni raya. Saja utk ingatan anak anak kalau terjumpa blog ni satu hari nanti.

Baju raya kami biasa biasa aje..takde nak berjenama mahal mahal. Butik butik ke..no no.Just apa yg ada, alhmdulillah.. Mommy tempah satu baju je, yg lain semua RTW sahaja. Ready to wear ..mujur ada size lagi.kikikiki..

Yang penting semua selesa and happy


#Teamhijau untuk raya pertama! Semua satu rumah adik beradik hubby team hijau tahun ni. Rasanya xramai team hijau 2018 . So takpelah kita lain sikit!


See..semua hijau! Meriah!!! Yang pink pink tu keluarga ayah ngah (uncle)



#Teammerah untuk raya kedua !
Raya kedua ni kami beraya pusing kelate sampai nun ke Kuala Naal, Kuala Krai. kampung gemuloh mek (nenek) hubby.

nanti kita cerita pengalaman ni,,




Raya ketiga kita pakat #teambiru !
Raya ketiga ni tak kemana sangat. Cuma ke Kota Bharu g beraya rumah toksu kotabharu.
Hajatnya nk ke PCB, tp hujanlah pula..so tak jadi.kita patah balik je.









 Raya ke-empat ni kira hari last beraya kat kampung dh ni..sebab esoknya dh nak gerak pulang ke KL. So raya keempat geng kita #teamhitamkelabu !
Yay! Raya ke empat ni kami beraya dekat dekat je..dekat kampung tokpa iman - Kg Lubok Kawah. Kita g mkn kambing aqiqah n beraya 3buah rumah keliling tu je. Jumpa mata orang kata. Alhmdulillah~



Macam macam ragam raya ni kan? 
Ok cukup sini part 2. Nanti kita cerita ceriti part 3.Inshallah.

Weekend ni smbung raya dgn geyma KL pula.
#rayakansebulan!

Thursday, June 21, 2018

Ceritera Raya 2018 kami (Part 1)

We're back! Post raya blues..
So kita compile compile gambar gambar raya!

Banyak gambar raya..kita up raya pertama je dulu :) Kita geng raya rumah mertua tahun ni dgn tema hijau!..Yups #teamhijauraya2018 tahun ni..yay!!

Selamat Hari Raya Semua!! Selamat kembali bertugas dan sambung raya di KL! Ting tong sikit dua hari kerja je minggu ni..terkena 17jam jemm KB-KL kelmarin (adoi!) ..

Yang paling seronok beraya tentulah bebudak ni..haih! Sampai xmau balik ke KL! Amboi!














Alhmdulillah ala kulli hal..


weekend ni kita sambung raya lagi!!

Nanti kita sambung part part seterusnya..6hari di Kelantan! Seronok tak seronok kami beraya..!







LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...