Showing posts with label tazkirah jumaat. Show all posts
Showing posts with label tazkirah jumaat. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Cerita Tentang Cukup Di Hari Jumaat





Semalam kan final PU (pencetus ummah), adalah terkeluar ayat ni dr one of the PUs. Ayat ni ada yg gelar ayat seribu dinar, ayat menjemput rezeki. Mmg besar and mendalam sgt ayat ni dan ttba mcm rs ada 'ting' dlm hati atas kehidupan slama ini. Daddy peminat rancangan reality, semua pun dia tgk..tp mlm ni mcm lain. Betullah, hidup senang bukan sebab mewah sebab Allah berikan kecukupan.  

Betul kan? Saya taktaulah..dlm hidup dikota ni rmai yg mengejar duit yang mengejar kemewahan tp byk yg terkorban. Sanggup bekerja ditempat yg dia tak suka, buat benda yg dia langsung tak  minat sebab nak kan gajinya. Hari hari hadap pun tak pa janji bayar sedap. Tp hatinya runsing, jiwa nya terpadam. Macam mana pula. Begitulah..

:)


Jom tgk yg sy dpt di wassap. Menarik. Sesuai utk jumaat yg barakah ni :)




Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon
dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..




1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______











Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita "kemiskinan"???








Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian
firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:




ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis."
(Surah An-Najm : 43).




ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).




ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).





ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan
kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).





Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi
jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4
ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.


Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan
"kemiskinan", tapi KECUKUPAN.





Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan
dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg
"menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.


Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa
bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan
tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!





Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan
kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.



It has been a long week :) A weekend to look forward to inshallah. A wedding to attend. A special wedding. Of those who are close in my heart.


Love,

Zahra




Friday, July 31, 2015

Tazkirah Jumaat :) - 6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.





Salam Jumaat :)
posted from Bloggeroid

Friday, April 20, 2012

Peringatan utk diri sendiri :: Isteri Solehah







Selamat Hari Jumaat semua :)
Jom kita baca something di awal pagi ni..utk peringatan kpd diri sendiri..dan utk dikongsikan bersama isteri2 yang lain :)






1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. 
Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.

12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.




Friday, December 16, 2011

Friday...and tips rumahtangga from SK!~

Salam Jumaat peeps~

Sudah jumaat! Yeay! suka sb tghari jumaat slalu dptlah kaum2 ibu ni keluar sekejap..beristirehat menggunakan waktu off tghari yg panjang.. :)

Hari ni adalah 1st time mommy kena siapkan Iman and ketempat kerja seorang diri..bleh la dikatakan berjaya sb smp ke ofis before 8 o'clock dingdong..yeahh!~




Ok lah.xbleh berlama lama lama pg nih..sb dh target nk siapkan semua PCO pg nih before lunchie..so kita cepat2 je share rahsia kebahagiaan rumahtangga tips drp semanis kurma yg tgk sengsorang mlm td (xbest plak sbslalu klu tgk dgn cik abg-pas abes tuh mesti kitorg discuss2 isi kandungan mlm tu smp msuk tdor..)..so back to the tips...

Menurut Ustaz Wan Akashah (my ustaz sekolah menengah tu!~), hidup berumah tangga mesti ada TRAC.Ni ulasan TRAC tu dr pemahaman ku :


T-Trust
Ni ingredient wajib.Tp plg payah nk buat..suami mesti ada trust pd isteri. And isteri pd suami. Tp haruslah bijak gunakan trust yg diberikan..jgn ambil kesempatan.Yg penting masing2 kena tahu batasan pergaulan and tahu kedudukan as isteri/suami org yg kita sayangi.

R- Respect
Second ingredient yg sama penting :) Saling hormat menghormati esp hak masing2 and kedudukan masing2 dlm institusi rumahtangga tu.

A-Admire
Yg ini menarik.Cari kelebihan and lupakan kelemahan pasangan. Admire traits yg baik yg ada pd si dia mcm ms kita admire dia before kawen..yakni before semua cacat cela kelemahan kemalasan si dia ternampak pd kita. Yelah, lepas kawen semua yg dulu samar..dh jd terang..hahaha.Admire your other half, jdkan dia tempat rujukan..jgn sesekali merendah-rendahkan dia.dia kan your other half..insyallah :)


C-Care or Concern
Ambil berat ttg apa yg dia suka dan xsuka.Apa yg dia inginkan, apa yg dia cita-citakan..jgn buat bende2 yg dia xsuka atau pantang.ambil berat ttg keluarga dia..kerjaya dia..sakit pening dia..
Ambil berat kan tandanya sayang :)














Tu je lah nk share pg2 ni...
Sy setuju dgn Ustaz 100 peratus! yeah!!
Salam Jumaat! Renung2kan dan selamat beramal!~



ps-Iman is going to be 10MO in 4days already! In 2mths++ Iman will no longer be a baby..he'l be a strong healthy toddler abgIman!!~

Love,
Zahra

Friday, November 11, 2011

Anak dh 7thn..loan kawin baru nak abis

A new engineer in my husband's office once told my husband that he's not married yet cause weddings are so expensive these days.He would never make a loan for the purpose of a wedding and until now he has been saving at least 500 per month for his 7 year long courtship.He has been promising to get married to his sweetheart since 7years ago.


Their dream wedding is approaching soon.
After ups and downs. 2-3 times of love-hate-break up- reconcile relationship.
Finally.

He is now 32. He's sweet heart of 7years is 30.

My husband asked him. Why did'nt you choose for a personal loan instead?
Take 40k.And go for a 7year loan.

" Ah nak buat apa bro.Anak dh 7thn..loan kawin baru nak abis"

My husband silent comment was :
If you look on the other side-you'll already be 7yrs married.
7yrs is a looong time.
You'll be happy with your partner of choice since 7years ago.
With a 7yr old child and out of debt by that time.

Instead for him-marriage life just begun.
7years of lonely nights had finally ended!~
You'll be happy with your partner of choice since 7years ago.
You're still child less.
And out of debt.

So what to lose?

Hmm..tepuk dada tanya iman.
Cukup Iman ke nak date for all those 7yrs..
....?????????.....
Lain padang lain belalang..ye x?



Just a Jumaat tazkirah.

Love,
Zahra.

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...