Showing posts with label zahra. Show all posts
Showing posts with label zahra. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Hujan




Hello mommies! Hari yang sangap and merindui anak2..tambah sangap bila member office hour chitchatting pun kebetulan MC today. urghhhh.. Kat luar pun hujan lebat sangat menambahkan kesyahduan tghari rabu mcm ni. Pagi tadi siap byk juga kerja. byk lg xsiap tp wpp sangap dpt menyiapkan tugasan utama yg dh dpt greenlight dr Director Division (alhmdulillah!), still sangap taktau kenapa.. Maybe inner stress sebab laki i keroje mlm! Adoi. 


So these days i have to do A to Z everything to get iman and Amsyar to school on time! Huhuhu...supermom cape mode ON! Yelah i ni jenis #clingywifey semua laki buat esp in the morning rush. Tugas I in the morning, kemas bags, iron everybody's outfit and arrange them in order! Kejut the 3guys...Then ill pack the breakfast packs. Siapkan diri I, and tunggu dlm kereta. Ha. 

Yang lain semua cik abe settlekan dr mandi anak, pkaikan baju, style kan rmbut, buat susu, buka pintu and pagar, and lock them back. hmm syukurlah dah 5thn begini kan zahra..nak nangis lah bila semua kna buat sendiri. padahal org lain??? Begitulah. hmmmmmm.  



Cepatlah weekends! Nak spend time with these two. Plan this week nk blk umah mak, tp tgk lah mcm mana. I really need my time off cepatlah 31 ogos i nak abeskan kemas umah and siapkan project hantaran. Oh ya,, i have hantaran jobs to do for my SIL and we are going to have bulubulu theme (I chose that! haha). Kita buat colors yg mmg sgt girly girly pink with putih dgn ribbons, lace, feathers and all. yeay! Haih bilatah nak dpt buka kedai pengantin idaman tah,, doing what i love most. Ni mlm2 dh penat tgk hantaran pun dh xde mood. Hubby keroje lagilerr rs kelaut jeeeeee... manja nau nau kan akak ko sorang ni.


Weekend ni juga nak catch up with few old friends. last weekend my school bff came to our house beraya wpn dh masuk zulkaedah tp no prob everyday is hari raya. happy tau kengkawan dtg rumah wpn teratak i beginilerrrr..sofa pun dh koyak koyak malas beli baru tggu anak besar dlu. Tgk gambar bwh ni. this was us 10yrs ago. Klasiklah gambar dedolu. i nak g umah ayu this weekend bwk pendrive nak simpan segala kenangan zaman uni yg ada. ayu ada byk...my pc dh kaput kna sambar kilat 7yrs ago. Haihlah ms ni kurus sikitlah dr skrg adelah 20kg kurang (--") hahahahahahahahahahaa.,,,kurus byk eh ;)



Bebel bebel je arini. cerita ceriti sikit. main point is cepatlah weekends..haha. nampak sgt pekerja cemrlang kann..baru rabu dh nak cpt weekends! hahaha. ok lah, byk bende nk plan nak buat weekends ni yeay! jomm mommies plan! yelah kita kan mmg priority hidup is to liven up the weekends kan? Weekday works ni adalah untuk survive and pay for the weekend life ;p saje je gurau gurau.. Till then 



Tata

Zahra

Thursday, January 17, 2013

Rambut sama hitam.Hati lain lain~


There was a time when we always fought.
Ah yes, me and hubby :'(


Everyday.Every second. I hated his presence.
Tears was no longer exclusive that time




And i even was angry with him all the time, i resent all his family members, and at one time i felt like i don't even care if he's dead!!
Oh my.


Astaghfirullahalazim.
I could not imagine how much sabar he had inside him actually facing me in that situation.
Mashallah.Betapa sbnrnya dia diuji sedemikian. Trully, he is my true love from Allah.



Until one day there was this very very odd 'gangguan' in our house which had led us to meet an Ustaz.
He later said that 'something' came to visit, but did not stay.Which made me behave not myself in lots of way before. We didn't knew if the major gangguan did not happen actually.
Another Ustaz came and recited several ayats in our home and left some garamkasar with blackpepper granules being read with ayats from the Qur'an, and made us felt much at ease in our own home.
And soon the hatred lining inside me subsidued.







And from that day on, we never did fought, or quarrel. I mean big fights.
Gaduh2 manja tu biasalah~ ;p









And then i realized, how ppl could be mean.
Bende-bende org bleh hantar sb dengki. Kdg2 kita tak tahu, ada jer yg terluka, terguris dgn kita.
Mungkin merasa kita ada bende yg mereka tiada. Yang hakikatnya, rahsia dlm rumah tangga itu hanya suami dan isterinya shj yg tahu.

And those ppl who could have that hatred in you, even tho you do not do a single thing to them.
And perhaps some, you don't even know personally pun.
Because they read your blog, or follow you religiously on fb,ig or twitter..they claim they know you more than skin deep!

This is dangerous guys!










So another resolution for this year is to make our home really 'Baiti Jannati' for us both.
And for our children as well :)
Inshallah.



Here are some tips I've gotten from DKs' post. Thank you dilla. 
Moga bermanfaat.


 50 tips for Harmony

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami/ isteri terbaik
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami/isteri yang cemerlang. Ramai suami/isteri terlupa.

2. 
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup
Yakinlah bahawa suami/isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. 
Suami mithali menjadi kebanggaan isteri dan sebaliknya
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh suami/isteri anda.

4. 
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
 Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Applicable utk both party.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan suami/isteri setiap hari.
Semua suami/isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami/isteri. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan suami/isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. 
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
 Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. 
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri 
Di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. 
Amalkan makan bersama setiap hari
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. 
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. 
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin
Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. 
Bantu isteri melakukan kerja rumah
Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. 
Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. 
Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. 
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. 
Jadikan penawar hati kepada isteri
Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. 
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan  
Memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. 
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. 
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
 Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. 
Bentuk sifat cemburu yang positif
Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. 
Jadilah suami yang pemaaf
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. 
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang
Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. 
Gunakan Nabi Muhammad sebagai model
Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. 
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain
Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. 
Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain
Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. 
Cintai isteri sepenuh hati
Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. 
Sentiasa berubah secara positif.
Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. 
Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. 
Pamer kematangan yang tinggi
Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. 
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya
Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. 
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami
Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. 
Mahir dalam menguruskan keluarga
Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. 
Membaiki diri secara berterusan
Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. 
Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga
Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. 
Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga
Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. 
Tingkatkan ilmu berkenaan agama
Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. 
Sentiasa menegakkan kebenaran
Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. 
Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi
Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. 
Latih diri memuji dan menghargai isteri
Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. 
Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri
Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. 
Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami
Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. 
Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri
Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. 
Nilai diri daripada kaca mata isteri
Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. 
Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. 
Suami wajar belajar jadi mengikut setia
Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46.
 Buat undang-undang dalam rumah tangga
Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. 
Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. 
Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang
Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. 
Seimbangkan hidup dengan sempurna
Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. 
Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas
lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Friday, May 20, 2011

i love fridays!~

Mmg seronok rsnya bila esoknya cuti.
Xyah bgn awal, siap2 kelam kabut.
Nak ke tempat keje.

Boleh relax kat umah.kemas2.
Main dgn anak.Tgk tv all day long.
Ataupn cuba resipi terbaru dlm koleksi yg baru di copy paste print kat ofis the day before.

Bila fikir2 bestnya hidup as a fulltime housewife.
Tp klu dh jd housewife..nti mst terfikir pula, bestnya berkarier.
Alahai, dasar menjadi manusia.Begitu susah nk bersyukur.

Pokok pangkalnya : to live the best of what we have now.
Klu yg bekerja, bekerja rajin2.klu yg belajar, belajar rajin.
Klu yg menyuri rumahtangga..berkhidmat serajin mungkin.
Mmm..khidmat pd anak and suami.

Well to me, being a hsewife adalah pengorbanan yg plg tggi.
To put on hold your own dreams, to raise a child of yours.
Zuriat warisan suami.
Yg bw nama suami.
Waaaah..so far I xmasuk dlm golongan tu lagi..
still asyik mengejar impian and cita2.
But still working women can raise their own youngs kan?(Tu yg i berkeras sgt masa MIL minta hantar Iman ke kampung.big NO-NO!spoiled weih anak bila dok dgn grandparents!)
Well, my mom did.Love you mom!
You raised me well :)

Byk pula ramblings ditghari jumaat yg sejuk beku sebab hujan lebat kat luar ni.

Looking forward for great weekend!
Birthdays,gathering days,family days!

Project weekend ni :

Hubby's Birthday!
XOXO


Rashidah's Wedding.
Yeah..time for a small gathering and a whole lot of gossiping.yihhaaa!

Zaynab's Merisik Ceremony.
Yeah lil sista's di intai org!~

Ok la.stop.membebel ntah pape.
Xpela, sendiri tulis, sendiri baca~

Tata

Zahra

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...