Showing posts with label zzraya. Show all posts
Showing posts with label zzraya. Show all posts

Wednesday, April 21, 2021

Hidangan Ramadhan Mommy WFH




Salam Ramadhan ke 9!! Just to keep here sebagai kenangan. This year alhmdulillah tak berpuasa dlm PKP spt tahun lepas..wpn PKPB namun jauh lebih baik dari PKP. Syukur sgt! Even bazaar Ramadhan dibuka. Kita pun bukanlah nk membeli beria di bazaar tu cuma tolong sedikit sebanyak apa termampu untuk merancakkan ekonomi negara.

And yeah, this year dpt WFH lagi di bln puasa selang seli WIO. Ibu ibu ni sbnrnya better sgt WFH sb wanita mmg semulajadinya multitasker. So lepas meeting kita mengaji. 5pm terus boleh bersilat didapur tak payah nak fikir harung jem bagai. 

Juadah berbuka ni pula selera dah makin berumur sikit ni lebih kepada yang ringkas ringkas je..air manis manis pun tak berapa nak lalu mana. Rezeki juga tu sebab kalau berselera harimau je sentiasa mau poket pun nipis je sebab mkn berlima ni paling koman rm50 sekali makan dah skrg. So kita masak lah food yang jd kegemaran semua..satu dua lauk dah cukup. Alhmdulillah



Ada hari kita cuba buat nasi mandi mkn dgn ayam bakers cottage black pepper. Cubaan pertama mommy buat alhmdulillah boleh kira lah..hehe.

Ramadhan ke 2 haritu buat sambal sotong and gulai ayam pekat pekat alhmdulillah


Ada one day cuba buat ketayap alhmdulillah jadi. Ptg ni maybe nak buat popiah goreng and roti goreng kot tgk cmne. 



Ni masa Ramadhan pertama kita buat ayam percik kelate style.
Resipi dia mudah yang amat. nanti saya sharekan inshallah.



Ni Ramadhan ke 7, kita pan grill daging ala khairul aming.. perap dgn sos tiram and kicap je. And buat sos thai.. kerang kita rebus sikit utk mkn dgn sos tiram juga. Tomyam ayam lebur lebur and voila siap!!!. Alhmdulillah

 


Ok lah. Moga bagi idea sikit pada semua mommies apa nak masak for the coming days. One of my fav takde plak gambar, masa tu buat sambal ikan, gulai udang and bonces goreng telur..nanti cari vid nya tepek sini as inspirasi



Ada hari mmg nasi kerabu tapau kedai favorite and Ayam Goreng McD ajee sebab wio tak sempat, so semua jgn stress stress mana sempat kita buat.bila takdan..kita layan!

Selamat berpuasa semua! Kejap je dah nak habis first trimester of Ramadhan. Ramadhan Kareem everyone!!

Love,

Zahra

Tuesday, June 18, 2019

Team #rayaKL2019 !



Assalamualaikum semua!
Siapa geng team #rayaKL2019 angkat tangan!!!!!!!!!
Hehehe..

Alhmdulillah tahun ni berkesempatan beraya di kedua dua kampung. Mula mula balik Sepang. Raya ke-3 barulah ke Kelate. Ada org tu happy lah turn raya sini pun pulang ke Klate juga. Kilang pun tutup 10 hari kita pun apa lg..ambil kesempatan lah nak beraya puas puas. Balik ke KL balik kita kerja leklok..

Tahun ni kita pkai chocolate pinky pinky..kalau google dia kata warna mauve :)

So kita share sekitar raya pertama dulu lah ye..
Nanti kita share lagi :)


Berlima alhmdulillah. Yang ni boleh jadi photo of the year..heheh

With mak and Zakiyya





















With half of the Selayang clan..tema baju raya hampir serupa.sehati sejiwa uols

Berkesempatan ziarah pusara nenek. Di Selayang Baru.





Selamat Hari Raya dari kami..

Love,

Mommy Z









Friday, June 22, 2018

Ceritera Raya 2018 kami (Part 2)


Harini just nak simpan cerita tema warna warni raya. Saja utk ingatan anak anak kalau terjumpa blog ni satu hari nanti.

Baju raya kami biasa biasa aje..takde nak berjenama mahal mahal. Butik butik ke..no no.Just apa yg ada, alhmdulillah.. Mommy tempah satu baju je, yg lain semua RTW sahaja. Ready to wear ..mujur ada size lagi.kikikiki..

Yang penting semua selesa and happy


#Teamhijau untuk raya pertama! Semua satu rumah adik beradik hubby team hijau tahun ni. Rasanya xramai team hijau 2018 . So takpelah kita lain sikit!


See..semua hijau! Meriah!!! Yang pink pink tu keluarga ayah ngah (uncle)



#Teammerah untuk raya kedua !
Raya kedua ni kami beraya pusing kelate sampai nun ke Kuala Naal, Kuala Krai. kampung gemuloh mek (nenek) hubby.

nanti kita cerita pengalaman ni,,




Raya ketiga kita pakat #teambiru !
Raya ketiga ni tak kemana sangat. Cuma ke Kota Bharu g beraya rumah toksu kotabharu.
Hajatnya nk ke PCB, tp hujanlah pula..so tak jadi.kita patah balik je.









 Raya ke-empat ni kira hari last beraya kat kampung dh ni..sebab esoknya dh nak gerak pulang ke KL. So raya keempat geng kita #teamhitamkelabu !
Yay! Raya ke empat ni kami beraya dekat dekat je..dekat kampung tokpa iman - Kg Lubok Kawah. Kita g mkn kambing aqiqah n beraya 3buah rumah keliling tu je. Jumpa mata orang kata. Alhmdulillah~



Macam macam ragam raya ni kan? 
Ok cukup sini part 2. Nanti kita cerita ceriti part 3.Inshallah.

Weekend ni smbung raya dgn geyma KL pula.
#rayakansebulan!

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...