Showing posts with label incidents. Show all posts
Showing posts with label incidents. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

CATUAN AIR PERINGKAT KE-4 : Tambahan kawasan - Bandar Saujana Putra!

Aiyokk..taman kita masuk senarai dah ni utk catuan peringkat ke-4! :'(



Bersedialah!
Ptg ni kita g beli baldi byk2 wpn daddy kata tangki kita 7x3x3 luas nya.


Dia je yg pernah tgk sebab last two weeks service bebola tangki noon di atas syiling rumah. Mommy nk panjat? Hai tak kuasalah. Bersyukur punya suami handy-man sebegini bila terkenangkan org dpn psg kipas siling pun mengupah orang. Bukan murah ya..








NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat. 

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2).

Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.

Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 di dalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my).

Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS. 

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT 

  • Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

2. KAWASAN TERLIBAT 

  • Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014 
  • Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19 
  • Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) – seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15

3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR 

  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air. 
  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 
  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan. 











ps -Smlm masak nasi goreng dgn daging merah. Alaaa..katanya. Sebab katanya nasi goreng mommy slalunya xsedap. Tup tup habis sepinggan nasi tak keluar suara pun..nak minta tambah malu la tu..ehehe

Monday, March 10, 2014

Flight MH370 Beijing Bound from KL















One of my personal  fav pics on all the Armadas on search


An aerial view of an oil spill is seen from a Vietnamese Air Force aircraft in the search area for a missing Malaysia Airlines plane, 250 km from Vietnam and 190 km from Malaysia
Oil slicks on vietnamese waters






Too many already said and written.
Too many theories and conspiracies.

Everyone's an engineer lately.
Some become even fortune tellers (--")



It had been three days
I am hoping for the best and prepare for the worst

While deep down, i still feel they are safe and sound.
Inshallah



Kun Faya Kun
Every thing is as what Allah wants it to be.

#prayforMH370

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...