Monday, April 23, 2018

Tuesday, April 17, 2018

Sek kito kelik kelate


Hi uols. 

Busy sikit these days.
Lama tak up post.


Pictures from this trip pun dh lama dlm draft tapi tak publish pun. Tak tahu lah bila masa nak  melapangkan fikiran dan mengarang. Untuk bacaan sendiri di masa hadapan and bacaan mereka mereka yg sudi nk buka page ni.



Kita balik kg kali ni saja je sempena cuti sekolah and tahun ni tak balik lg. Sbnrnya masa ni ingatkan PRU bln 3. Tup tup lewat nau umum. 9May rupanya. Kita dh plan nk balik, balik jelah kann..dh niat... And dh target duit refund LHDN kita guna nk balik kampung ni :) Org marhaen macam nilah..nk kena rolling modal..ehehe..


Ok lah kita keep it short and simple sahaja.
Let the pictures talk.




Mikhail in Rantau Panjang and Lokching

Iman and aiskrim baba

Peminat no 2 aiskrim baba












Ok tu je. Have a nice day. Till next trip!

Tuesday, April 10, 2018

Iman's First Nasyid Competition



Alhmdulillah. First competition wakil sekolah. First time tidur disekolah beramai ramai nk berlatih...risau mommy..takut melalak. Tapi rupanya anak mommy dh big boy dah... Mashallah!~

And they won! Yay! Great job Iman! Next time boleh join lg! A good morale boost up :)











 A weekend well spent. Alhamdulillah.

Teruskan join aktiviti aktiviti kamu ye Iman! Mommy sokong aje :)




Love,

Mommy Z.


Friday, March 30, 2018

Allah itu Maha Pemberi






Kita rasa terharu dan teruja setelah 11 tahun menanti, akhirnya Datuk Seri #SitiNurhaliza melahirkan seorang cahaya mata perempuan.

Dalam segala kegembiraan dan kesyukuran ini kita 'terlupa' bahawa suaminya, Dato' Khalid menanti zuriat perempuan selama lebih 20 tahun selepas punya 4 orang anak lelaki.

11 tahun vs lebih 20 tahun...

Ada pasangan suami isteri sudah 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemuanya anak lelaki. Pasangan ini tertunggu-tunggu bilalah nak dapat anak perempuan pula. Mungkinkah anak ke-6 mereka adalah anak perempuan?

Ada pasangan suami isteri yang sudah 15 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemua anak adalah anak perempuan. Pasangan ini berharap-harap agar nanti dapatlah pula anak lelaki. Si suami masih mahu mencuba mana tahu anak ke-6 mereka adalah anak lelaki nanti, tetapi dilema besar kerana si isteri sudah tidak mahu mengandung lagi...

Ada pula pasangan suami isteri yang baru bernikah 4 tahun punya 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, mereka ini kata cukuplah 2 orang anak kerana sudah ada seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka rasa lengkap sudah sebuah keluarga kecil mereka.

Ada pula pasangan suami isteri yang bernikah lebih 9 tahun tetapi zuriat belum kunjung tiba, pelbagai usaha sudah dicuba, belum melekat lagi...

Kisah benar yang pelbagai, realiti yang tak sukar mengundang air mata.

Apabila menyebut tentang anak kita perlu benar-benar yakin kita tak mampu nak buat apa-apa sebab semuanya datang daripada Allah SWT.

Subur macam mana pun kita, kalau Allah tak nak bagi, memang takkan dapat anak.

Tak subur macam mana pun kita, kalau Allah nak bagi, memang akan dapat anak.

Cubalah teknik apa pun, kalau Allah tak nak bagi anak lelaki, kita memang akan dapat anak perempuan je.

Cubalah cara bagaimana pun, kalau Allah tak nak bagi anak perempuan, kita perlu redha anak-anak kita semuanya lelaki.

Bukan bermaksud kita tak perlu atau tak boleh usaha, tetapi ini satu pesanan bahawa apa yang kita mahukan tak bererti itulah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah lebih tahu.

Anak-anak lelaki yang kita ada sedangkan kita kepingin anak perempuan, seorang anak perempuan pun jadilah, percayalah anak-anak lelaki itu tidak ada satu kekurangan atau kelemahan pun berbanding jika kita ada anak perempuan.

Anak-anak perempuan yang kita ada sedangkan kita berharap ada sekurang-kurangnya anak lelaki, percayalah anak-anak perempuan yang kita ada itu juga mampu membuatkan kita gembira sebagaimana kegembiraan kita sekiranya punya anak lelaki.

Dan sekiranya kita belum punya anak, tidak bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding pasangan suami isteri yang sudah punya anak. Allah beri luang dan ruang kita bercinta sesama suami isteri lebih lama, lebih panjang, dan mungkin itulah peluang untuk kita menimba ilmu dan sebagainya untuk lebih bersedia untuk menjadi ibu bapa apabila dikurniakan zuriat kelak.

Apa yang kita ada, kita perlu syukuri. #SyukurSelalu

Apa yang kita tak ada, tak pernah bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding orang yang lebih ada.

Punya anak adalah ujian, punya anak lelaki adalah ujian, punya anak perempuan adalah ujian dan tidak punya anak juga adalah ujian. Siapalah kita untuk menidakkan ujian Allah..

Silakan #Share :) Diizinkan 100%.
Kalau tak friend, tekan Follow ye.

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
27/03/2018
Tulisan santai sementara tunggu nak mula meeting. Sama-sama kita fikir dan menjadi hamba-hambaNya yang syukur.


Thursday, March 29, 2018

Post Balik Kampung blues~




Hi chuolss!

Terpaling miss kalau dh balik sini balik tak lain tak bukan is........the food!
Murah and sedap!! And aduhai ..teringat ingat..kalau mi celup gini Rm5 sahaja uols. Nasi berlauk pagi pagi rm2.50.Nasi kerabu RM2. Kuih 5biji RM1. Nangis!


Day 3 dh lepas balik dr kg. Dapur masih belum berasap. Sebab kengkonon malas..hehe. Kita tgk mlm ni rs mcm nk mkn megi. kerabu megi..haa br rs ala ala thai sikit ye takk..


Bila tah nk balik lg. tunggu raya jelah kot. Dengar dengar mcm pilihanraya bln 5 nanti. Kita tunggu mcm mana.

Happy working uols! Nak masuk April dh ni~ New FY year for us di company..

Love,

Zahra

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...