Thursday, August 18, 2022

08 2022

 Assalam! Sebegitu lama ditinggalkan.rasanya kadang2 bila datang mood nak menulis.kena tulis juga..sendiri tulis.bila dibaca lagi 2 -3 tahun baru timbul rasa, oh begitu aku dahulu.

2022 ni sangat mencabar bagiku. Pkp semua dah berlalu, semua cuba menjalani hidup semula mengutip apa saja sisa kekuatan yang ada utk teruskan apa yg tertinggal semasa era pandemik. Kita yg dewasa ni takpalah..yg amat terasa beza ialah anak2. Smlm rasanya baru 4 thn..tiba tiba eh dah 6 thn! Abg iman rsnya baru innocent darjah 3..tiba2 eh dah nak masuk darjah 6.dah siap ada pimple dan kena dibelikan keperluan pra remaja!! 

Ditempat kerja pun situasi nya terumbang ambing, mana nak kena teruskan projek tergendala, mana nak solve issues yg berbangkit asbab pandemik byk penutupan kilang2 pembekal kecil, yg terbabit dgn banjir dec2020 lagi. Di organisasi kecil kantor pun banyak berubah, boss kesayangan dh bersara, boss baru suka buli kita..boss kecil terkena sakit kritikal pula yg membuatkan dia tidak boleh bertugas.jadi situasi nya seolah olah sudah jatuh ditimpa tangga. Kawan2 pun ramai yg berhenti 2022 ni..sedih tapi kena teruskan hidup.kalau nak berhenti dan mulakan bab baru ditempat baru tak tertanggung dan begitu hebat lagi rasanya..biarlah dulu.jalan lah dulu nanti kita menyusul. 

Bab hebat tak hebat tu, semalam one of the boss ingatkan balik, mana zahra 10thn lalu..yg lantang yg berani? Kamu dari outspoken skrg saya tengok dah byk berubah. Kena cakap je..tala sikit diorg ni..Mmm..kita dah berubah boss, dari kuat dah jadi jauh hati sikit. Tak tahu nak tunding pada siapa. Skrg masih dalam usaha nak mengubat kekuatan dalaman diri mencari halatuju diri dan kerjaya..then snap! The big why cara Allah bagi tahu utk jentik hati arah tuju sebenar tu.perit sikit tp takpe.ambil yang positive dan hikmah jadika  big why tu..jadikan point utk berubah, point utk turn over a new leaf.bab big why ni kena tulis panJng sikit kot.maybe next time...


Tulis sikit sikit ja dulu ni. Warming up.

Till then..

No comments:

Post a Comment

sharing any thoughts about this?