Thursday, December 10, 2020

2020 kami

 Assalam semua! 

Dah December dah ni utk tahun yg 360 darjah terbalik kan rutin semua org. Tahun plg mencabar bagi org lain, tahun kita mengenal apa yg sebenarnya paling penting dlm hidup, tahun untuk kita tingkatkan kesabaran dgn apa yg kita terhalang untuk buat. Tahun anniversary ke 10 kami.

Walau apapun, byk benda yg kita rasakan dulu mustahil dan kita tak mampu, sebenarnya kita boleh lakukan. Tak pernah pun terfikir yg kami boleh membina kereta dari rumah, dan dtg ke pejabat hanya pabila perlu. Semua boleh dan mencabar, tapi byk benda boleh dicapai. 

Anak anak mungkin ketinggalan pelajaran, tp byk pelajaran hidup yg kita dpt ajarkan bila anak didepan mata. Akhlaq, belajar menjadi imam, belajar membuat kerja kerja rumah, belajar urus diri, baca buku buku yg tak sempat nk baca sebelum ini, belajar mengaji, belajar menanam bunga dan sayur bersama mommy, belajar bertukang, mahirkan berenang, belajar memasak..semuanya, kecuali belajar matapelajaran disekolah yg mommy susah nk ajarkan.

Mommy pun banyak benda yg dpt dibuat setelah lama sekian lama. Alhmdulillah thn ni dpt khatam alquran dlm masa sebulan di bulan ramadhan.dan sekali lg diluar bulan ramadhan. Dapat kenal seronoknya bertanam dan dapat bina kebun edible sendiri wpn ada pokok yg hidup dan ada juga yg mati. Dapat kenal diri sebenarnya boleh bahagi masa bekerja, menjadi ibu dan berhobi di rumah. Sebenarnya byk belajar untuk bersyukur dgn apa yg kadang kadang dh ada didepan mata tp kita tak manfaatkan, bila dlm kesempitan semua nya boleh dibuat.

Banyak juga sebnrnya, tahun ni adik ke 6 suami kawen bulan February lepas. Selamat semuanya, adik ke 5 saya pun selamat bertunang. Tahun ini juga setiap kesempatan selepas pkp, kami manfaatkan utk bercuti cuti, jadinya tidaklah begitu ralat dan stress bila ada pkp semula. Cuba jadikan segala norma baru sebagai kebiasaan, keluar dgn keadaan beringat dan menjaga sop. 

Tahun ni, wlaupun bulan puasa sebulan berpuasa dirumah dan wfh, beraya dirumah sendiri bersama mak dan arwah maklong..raya aidiladha kami berkesempatan pulang ke Kelantan beraya, alhmdulillah..cuti cuti pun di dlm Malaysia, begitulah..

Januari - The Grand Beach, PD

Februari - Swiss Garden Melaka.

March - Kelantan

June - Thistle, PD

July/August - Perlis, Penang Arte S Apartment, CH Heritage Hotel.

September - The Pines, Melaka

Kalau ikutkan, byk dah ni. Byk kena syukur dh ni. Tp sebab berjalan Perlis, Penang, CH aritu dh 10d rasa mcm puas betul bercuti cuti dan takdelah nk ralat. Betul lah kalau bercuti ni segala boleh refresh balik, dan tumpuan bekerja tu dtg dgn sendiri alhmdulillah.

Rasanya banyak dh cerita ni..nanti kita smbung lagi inshallah❤๐Ÿงก๐Ÿ’™๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐ŸคŽ


Love


Zahra


Wednesday, December 9, 2020

Visiting Zoo Melaka 2020

Assalam semua..

Major 3months throwback. Thank you Allah atas kekuatan memcoretkan juga cerita ini sebagai kenangan kita nanti. 

This was actually Mikhail's fourth birthday trip. We took a day's leave and headed to Melaka for a night stay in The Pines Melaka and went for food hunting of coz. As a special treat, we took the opportunity to revisit Zoo Melaka as Mikhail barely remembered the last time we were there. It was really worth every penny.

Melaka post covid, was not as its usual. As main income generation was tourism, we saw everything was not as glory as its old days. All museums were closed, rides were not available and most places thay were open, were with spiking high ticket prices due to the sop they have to cover such as sanitizers, and to sanitize each time people were in and out every trip. Begitulahh..

For the zoo tickets : 

Dewasa RM25. Kanak Kanak RM15.

Birthday Boy Zulhayqal Mikhail


.p- 



Ice cream stop

















Birthday boy was the happiest. We were all happy. alhmdulillah ala kulli hal. All the quarantine and stay at home really had its toll on us. And all in all there is always the silver lining behind each cloud.



Till then

Love

Zahra

Sunday, December 6, 2020

Kisah Cuti Cuti 2020 dlm kalut covid19 kita selit juga

Assalam semua.

Banyak kisah pending 2020 ni..bukan lah semua yg tak sedap sahaja. Kita pun dh boleh start new year countdown dh ni lagi 24 days saja nk habis kan 2020 dan mula buku baru. 

Tahun ni kalau ikutkan ada je senggang waktu dibenarkan rentas negeri kita beres lalu gerak. Bukan nak kata apa kalau betul jaga SOP inshallah tak dak apa apa, and kita perlulah menjaga juga kesihatan mental kita..jangan jadi terlalu takut, terlalu risau dan akhirnya membuatkan mental kita alami depresi. 




Kenangan di Penang Hill 2020

Makan makan di muara sg duyung


So nak cerita bulan 8 haritu kita ke Perlis, Penang and CH. Bulan 9 kita dah ke Melaka cuti cuti, lawat zoo melaka, mkn mkn seafood di muara duyung..tapi begitulah musim musim covid ni berjalan pun tak syok sebab byk tmpat tutup and kita pun kena sentiasa waspada tmpat tmpat yg 3s ni..sempit, sesak and sembang..tmpat kunjungan pun limited lah..zoo buka tp muzium semua tutup. Kalau di penang tempohari, semua kedai dan aktiviti limited to 10pm shj. Lepas 10pm habis semua tutup. Begitulah.

Bawa tokma jalan melaka 26.09.2020


Must singgah spot. Syukur rezeki kami last yg dpt rasa..before sold out. 

Our couple selfie konolah adooo


Kita pun redha dan use the time wisely. Masa di Bukit Bendera lah paling seronok.rezeki kami agaknya, mmg lengang takdak org, sampai kami kena pi tnya, tutup ka? Rupanya tak..buka seperti biasa, tp takdak org mana. Jadi mmg syoklah..tggu naik tren ke atas pun 15mins sja.. Kalau yg tahu dan biasa ke Penang Hill tahulah betapa ramai unat manusia tggu naik tren pun 2jam ada kot.

Ok lah cerita sikit sikit saja.nanti kita sambung lagi.semua pun kenangan.utk di ingat di masa akan dtg๐Ÿฅฐ Doakan ada masa lebih kita coret one by one especially Homestay di Penang yg mmg i tersangat suka..best sgt sebab level 45 and sgt luas dan cantik fit for all 15 of us dgn selesa for 3d2n..


Till then..


Love

Zahra