Thursday, December 10, 2020

2020 kami

 Assalam semua! 

Dah December dah ni utk tahun yg 360 darjah terbalik kan rutin semua org. Tahun plg mencabar bagi org lain, tahun kita mengenal apa yg sebenarnya paling penting dlm hidup, tahun untuk kita tingkatkan kesabaran dgn apa yg kita terhalang untuk buat. Tahun anniversary ke 10 kami.

Walau apapun, byk benda yg kita rasakan dulu mustahil dan kita tak mampu, sebenarnya kita boleh lakukan. Tak pernah pun terfikir yg kami boleh membina kereta dari rumah, dan dtg ke pejabat hanya pabila perlu. Semua boleh dan mencabar, tapi byk benda boleh dicapai. 

Anak anak mungkin ketinggalan pelajaran, tp byk pelajaran hidup yg kita dpt ajarkan bila anak didepan mata. Akhlaq, belajar menjadi imam, belajar membuat kerja kerja rumah, belajar urus diri, baca buku buku yg tak sempat nk baca sebelum ini, belajar mengaji, belajar menanam bunga dan sayur bersama mommy, belajar bertukang, mahirkan berenang, belajar memasak..semuanya, kecuali belajar matapelajaran disekolah yg mommy susah nk ajarkan.

Mommy pun banyak benda yg dpt dibuat setelah lama sekian lama. Alhmdulillah thn ni dpt khatam alquran dlm masa sebulan di bulan ramadhan.dan sekali lg diluar bulan ramadhan. Dapat kenal seronoknya bertanam dan dapat bina kebun edible sendiri wpn ada pokok yg hidup dan ada juga yg mati. Dapat kenal diri sebenarnya boleh bahagi masa bekerja, menjadi ibu dan berhobi di rumah. Sebenarnya byk belajar untuk bersyukur dgn apa yg kadang kadang dh ada didepan mata tp kita tak manfaatkan, bila dlm kesempitan semua nya boleh dibuat.

Banyak juga sebnrnya, tahun ni adik ke 6 suami kawen bulan February lepas. Selamat semuanya, adik ke 5 saya pun selamat bertunang. Tahun ini juga setiap kesempatan selepas pkp, kami manfaatkan utk bercuti cuti, jadinya tidaklah begitu ralat dan stress bila ada pkp semula. Cuba jadikan segala norma baru sebagai kebiasaan, keluar dgn keadaan beringat dan menjaga sop. 

Tahun ni, wlaupun bulan puasa sebulan berpuasa dirumah dan wfh, beraya dirumah sendiri bersama mak dan arwah maklong..raya aidiladha kami berkesempatan pulang ke Kelantan beraya, alhmdulillah..cuti cuti pun di dlm Malaysia, begitulah..

Januari - The Grand Beach, PD

Februari - Swiss Garden Melaka.

March - Kelantan

June - Thistle, PD

July/August - Perlis, Penang Arte S Apartment, CH Heritage Hotel.

September - The Pines, Melaka

Kalau ikutkan, byk dah ni. Byk kena syukur dh ni. Tp sebab berjalan Perlis, Penang, CH aritu dh 10d rasa mcm puas betul bercuti cuti dan takdelah nk ralat. Betul lah kalau bercuti ni segala boleh refresh balik, dan tumpuan bekerja tu dtg dgn sendiri alhmdulillah.

Rasanya banyak dh cerita ni..nanti kita smbung lagi inshallah❤🧡💙💙💛🤎


Love


Zahra


No comments:

Post a Comment

sharing any thoughts about this?