Di kala semua dlm kekalutan menangani waktu waktu krisis melanda..kita yg jarang berada dirumah rasa tersangat bahagia sebenarnya dpt bekerja dr rumah. Anak anak pun seronok sepanjang hari bersam kita.moga kesempatan ini kita manfaatkan sepenuhnya dgn pelbagai aktiviti keagamaan dan ilmiah yang selama ini kita mmg nak sgt buat tapi tuntitan masa tak mengizinkan.masa untuk muhasabah diri.masa utk membaca segala buku buku yg lama tergendala..hatta ambik sedikit masa utk merakam cerita cerita dlm blog yg slalu diketepikan.
Semalam kami membeli juga apa yg sepatutnya..bukan panic buying, pembelian pun tak sampai rm200 untuk semua sekali, lebih kepada keperluan bulanan biasa ditambah dgn anggaran makanan kering lebih sedikit sebab musim kita kuarantin dirumah ni breakfast lunch dinner semuanya dirumah. Dgn anak anak bujang yg semakin membesar ni lagilah..laparnya 2jam sekali.
Apa apa pun kita ikut saranan PM utk duduk dirumah shj. Kita amalkan safe distancing, dan jauhi kawasan kawasan yg sesak seboleh bolehnya. Dan di tambah kan lagi dgn pagaran pagaran doa moga Allah lindungi kita sekeluarga inshallah...
Stay safe everyone.
Salam,
Mommy Z
No comments:
Post a Comment
sharing any thoughts about this?