Wednesday, May 22, 2019

Resipi Ayam Goreng Berempah Simple


Kita letak sini sebab boleh rujuk masa cari ilham akan akan dtg.
Utk share juga sebab resipi ni mudah tau.


Resipi Ayam Goreng Berempah ala Zahra






Bahan bahan :

Setengah ekor ayam

Satu labu bwg Putih *
1inci halia *
Satu biji kecil bwg merah*
3 btg serai *

1 sdb ketumbar biji
1sdk serbuk kunyit
1sdb serbuk jintan Manis
2 sdb cili boh
1 sdb gula
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Blend semua bahan bertanda (*) sehingga lumat
2 . Gaulkan dgn ayam bahan bahan yg telah diblend
3. Masuk kan serbuk kunyit, jintan, cili boh, gula dan garam. Gaul sekata.
4. Perapkan ayam untuk 30-60min
5. Gorengkan didalam minyak yang byk sehingga garing!Gorengkan juga lebihan rempah rempahnya..sedaptu buat makan krup krap.
6.Setelah masak toskan dan hidangkan panas panas.



Yummy ni kalau makan panas panas. Kena pula dgn nasi lemak..fuhhhh

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

sharing any thoughts about this?