Alhamdulillah dah 24hari kita puasa. last week dah ni :)
Saja jelah nk simpan kenangan kenangan juadah berbuka tahun ni kat blog kita yg dah sendu je ni, Kalau ikut hati mmg hari hari nk update blog, tp biasalah dok menangguh by last tak berupdate pun.
oh satu lagi. tahun ni ramadhan istimewa sikit sebab dh berpuasa/ramadhan berlima, berubahlah sikit sebab dah 5thun berpuasa berempat. and iman amsyar pun dah start belajar berpuasa tahun ni. Iman setakat hari ni full blast lg..24hari full. amsyar ada tercicir sehari..hehehe..tapi istimewa la sb diorg dh belajar bersahur and tahu maghrib kita berbuka. alhmdulillah~
ayam goreng kunyit and sotong becili |
Tahun ni sebab bebudak ni puasa, mommy usahakan juga masak sikit2 apa yg diorg suka. Ada hari mmg berbuka di kedai tomyam sahaja..hehehe.. adalah dua tiga kali tapau nasi kukus dari bazaar ramdhoon sebab jem dh 6,45 smpai rumah. apepun xsempat lah jadi nya. Ada hari2 yg alhmdulillah berkesempatan berbuka dgn mak n bapak di salak tinggi, mak masak kari ikan salmon sedap :) Macam semalam berbuka dgn tokey nasik kerabu -zuri adik hubby. dia mmg ada buka gerai di bazaar utama putrajaya. nasik kerabu tumisnya aduhai..mmg sedap betullah..terliur liur rasa sambil menaip ni. berbakat abgchik zuri ni memasak, mmg skill mek tu jatuh menurun pada dia. yang lain mmg out, kalau abg sulong nya ni (hubby)..alaaahai..yg plg habis hebat tu megi kari lah..kikiki.
Gitulah..
lauk laju laju cpt dimasak-ayam masak merah (goreng pedas) |
Budak baru start nk belajar puasa - zulhafidzey amsyar 5thn |
Ni haritu bwk nak g berbuka dgn mak. Alhmdulillah mak suka :) kita buat kurang manis khas utk mak okehh. bapak org melaka.dia tak suka..kikikiki |
Ni sahur dgn leftovers yg di packed dr tokey nasik kerabu :) |
Asam podeh ikan the winner! |
kerutub daging legend ni.beli order khas dr opis juga.sambal je dah cukup.lain dh zmau dh kalau ada lauk ni.dah repeat 2x dah daging kerutub ni bulan ni ;p. |
Siakap 3 rasa ms ni :) |
Dah akhir akhir ni mmg kerja pun dah xbrapa nk kerja, dok teringat nk raya. semua dah setel dah inshallah nak raya..and kita raya KL tahun ni! Yay! cucu mak n bapak pun dh berubah bilangan nya this year (+3 huurun ain, kawsar and mikhail!) so rsnya dah bertambah meriah dgn babies yg rmai ni. And yg plg seronok these 4days lah the last 4days nak pam susu/menyusu di bulan ramadhan. Yang ni..mmg mashallah sgtlah mencabar..yups mmg ada rukhsah. tp mommy masih boleh berjalan ke opis and masih boleh bersolat wpn pam, takkan nak berbuka semata mata kan.hmm..puasa ramadhan ni bkn puasa main2 tp puasa wajib kann..gitulah. So far at 8mths 3weeks mikhail masih lg fully bfeed. Masih lg bertahan..alhmdulillah.bukan sng tau, ttgh long meeting/testing kna bejalan jauh nk blk opis sb nk pam 30mins.then berjalan blk ke testing venue...lemau!!
OK uols! nak buat kad raya jugalah this year. Tapi kalau xsempat kita wish awal awal ekkk...
Selamat hari raya & Maaf Zahir Batin!
Love,
Zahra
No comments:
Post a Comment
sharing any thoughts about this?