Friday, July 3, 2015

Ramadhan Day16 - Cerita buka puasa day 15 ;)

Mashallah, dh hari ke-16 kita. Hari Jumaat ke-3 bulan puasa ni.

Mmg rmai golongan ibu ibu dan isteri-isteri nmpknya makin pucat dr hari ke hari dek kekangan tenaga bersengkang mata siapkan sahur..dan berlumba dgn jam utk hidangan berbuka. Betul, penat sgt.. Tambah2 kalau mmg berkerjaya.mana Nak layan boss besar kat umah, boss kat opis..boss kecik kecik yg minta aiskrim jam 7pm! Dugaan betul. Sedap je nmpknya aiskrim vanilla tuuuu... Sampaikan nk mengaji jam 10pm pun mata dh mcm digam gam :p


Mmg lain org dikampung dgn kita dibandar ni.kalau disana, yg dibeli diluar, yg itulah yg istimewa.yg mahal. Kita lain..yang home cooked yg homemade itulah yg disanjung2 ditunggu tunggu..dr pemerhatian saya la..dirumah Mak saya, yg homemade mmg yg plug susah nk dpt. Kalau sekali mak masak asam pedas tu..perghhhh..syok sungguh.berbeza dgn nasi Arab tapau kedai arab di nilai square..mmg semua muka biasa je.sebab selalu pun mmg semuanya tapau.

Teringat ms kecil, memang apa aje Mak masak, mmg semuanya sedap utk kami. Mak seorg cikgu, berkerja..jadi mmg simple simple ajelah semuanya. Tp cukup sedap..bayam air dgn ikan kembong goreng pun dh sedap. Mak anak bongsu dan tokwan meninggal ms Mak tingkatan 4 jadi mmg Mak xpandai masak dr kecil. Tp Mak selalu masak yg sedap sedap utk kami.dulu Mak rajin buat kek pisang,buat bubur kacang, buat muffins.. Mmg semua habis licin sekelip mata :)



Semalam, mmg teringin sgt nk mkn Ayam kicap n asam pedas daging utk berbuka.Nak beli mmg takut xkena selera. Kita pun bersilat kul 6.15ptg tu br sampai rumah..mujur sempat. Alhmdulillah. Dptlah berbuka asam pedas daging! Yeah!!! Letak bunga kantan and daun kesum sikit mmg mengancam sikit. letak bendi. Yang penting cik abe tambah dua kali..:) Selalu org xletak bendi kan asam pedas tetel? Takpe kita suka bendi dlm masak asam pedas. Baru mengancam.

Asam pedas kittew, bayam tumis, and ayam kicap siap!



Iman belum start berpuasa lagi tahun ni. Amsyar apatah lg.. cuma kita jawap2 je soalan2 dia knapa mommy and daddy makan tgh mlm (pagi sbnrnya). Puasa tu tak boleh makan, xboleh minum. Lepas puasa, kita sambut raya sebab dh menang berpuasa. konsep asas je dulu. Maybe next year boleh cuba jaya. Solat pun belum betul2 ajar dan paksa. tp tgk byk bacaan dlm solat yg dedua dh hafal, alhmdulillah. berkat cikgu2 cikgu ajar disekolah :) Cuma bila Isyak/ Maghrib berjemaah tu berlumba lumba plak dgn diorg bacaan2 dlm solat tu..hahaha.. Ada sekali tu nk tergelak besar mommy, kita nk baca fatihah dia g sampuk - Alhamdulillahillazi at amanah wasakonah waja alanah... Haih lah anak mujur xterbatal solat mommy.

Dah lama tak bercerita ttg Iman kan? Makin besar, makin sensitif, makin byk akalnya. And of course bff dia ialah amsyar. Kalau cerita ultramen start je kat astro ceria, beria kejut adik yg sedang nap.hahaha. Geng sungguh. Fully potty trained alhmdulillah. And setakat ni xpernah lg accident terbasahkan katil malam2. Adik amsyar je belum ready for potty train, except kalau nk yak yak dia nak do the business kat toilet sebab geli.hahaha. Macam2 kerenah anak2. Buat masa ni dedua xdelah memilih sgt bab makan or minum or baju yg diorg nk pkai and mommy hopes it stays that way :)






Ok. Selamat berhujung minggu semua! Selamat bernuzul Quran..rmai yg bercuti pnjg wkend ni kan? :)
Jumpa lg next week inshallah.


Love,

Zahra
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

sharing any thoughts about this?