Friday, June 19, 2015

Ramadhan day 2


Ladies and gentlemen! Guess what?

I cooked! For iftar yesterday! Yay! Haha kugagahkan jua okeh? Tp for the desserts, mmg daddy and the kids got the bazar ramadhan task and came home with tepung pelita, roti john and sira pisang :) 

Buat sikit ikan 3rasa, ayam blackpepper and daging goreng. Siap! :) Tu cerita semalam. Harini belum tentu! Kikiki. Mak mertua pun ada kat rumah ni, baru smpai. Taktaulah kot dia yg masak or saya yg masak petang ni. Apa yer menu korang? Maybe menggulai je kot ptg ni. Kari ayam w kentang ke kann..daging merah, petola masak air. Ok x menu? nak menjamu mak mertua dtg. Dari sebelum puasa plan nk buat one whole month punya menu. sampai laaa....apa pun takdak.hehe


Kalau ikutkan kudrat, mmg xlarat betul rsnya ni (T_T) smlm demam demam mengemop lantai, basuh baju, basuh toilet semuanyalah..yalah nk ada tetamu. boleh plak hubby kata kenapa kalut sgt? mama je nak dtg pun. Heyyyy...mestilah kalut okey! Rumah kita ni bkn sentiasa kemas. Weekend aritu pun ber activity mengecat di rumah mak kita. So mmg xsempat kemas sgt rumah sendiri :p

Sahur setakat ni ok. alhmdulillah.tp still snooze at 4am! ampun! Mmg xleh buka mata. Makan simple and milo yg daddy bancuhkan. Activity mengaji pun belum mula (--") Inshallah mlm ni kita start after tarawih. Seronok kan bulan ramadhan? Rsnya the most awaited month of the year :)



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

sharing any thoughts about this?