Tahun ni genaplah 4tahun kami kahwin. Alhamdulillah. Kadang kadang rasa sekejap kadangkala rasa mcm dah betahun kenal. Mmg mcm tulah. Cuma dlm perancangan mmg belum lagi rsnya nak menambah zuriat. Cukuplah dgn dua hero ni shj dulu. Buat masa ini. Alhamdulillah.
Iman hujung minggu ni genap umurnya 3thn :) Amsyar pula nak menjejak 2thn menjelang anniversary kami yang ke 4 nanti. Makanya sebenarnya on our 2nd anniversary 2012 dulu kami dahpun ada 2org anak.
Express katanya.
Nak dijadikan cerita bbrp lama dahulu, saya dah kerisauan apabila kelewatan beberapa hari for the cycle of the month.Bukan beberapa lah, adalah 7-8hari. Mmg kalau takde tu maknanya adalah tu makna. hahaha..maknanya adalah baby. Tp instinct kata tak ada, cumanya loya dan pening nya boleh tahan juga yang memaksa saya paksa juga suami beli pregnancy kit. Belum sempat beli, dah pun ada mlm tu rupanya..
Syukur.
Bersedia, mmg belum lah bg kami utk yang ke-3. Tp kalau ada saya terima seadanya.Umur pun bukannya semakin muda. Tahun ni dah 30 tapi saya tidaklah mensasarkan umur kepada bilangan anak. Kalau dikurniakan 3 atau 4 sudah cukup ramai bagi sy. Rakan setempat kerja disahkan mengandung kembar menjadikan hati saya berbunga bunga, kerana bukan selalu kelahiran begini. Dan ramai juga teman teman rapat yang mengandung dan melahirkan dlm ms terdekat ini, yang menjadikan saya begitu teruja utk mengandung lagi. Tp entahlah. Msanya belum tiba :)
Sebenarnya bukan kerana payahnya mengandung atau melahirkan. Tp lebih kpd payahnya nak mendidik. Saya akur, sedaya upaya saya nak mendidik cara terbaik, tp kadang kadang rasa kecewa dgn diri sendiri apabila rasa gagal. Susahnya sbnrnya mendidik anak (T_T) Dah buat yang terbaik, mmg kepada Allah shj lah yang dipohon supaya anak ini betul didikannya, baik akhlaknya sebab mmg susah nak buat bende yg mmg kita tak boleh nk kawal outputnya.
Pada saya, kuantiti brp anak dh tak berapa releven dlm konteks hidup mendidik generasi alpha skrg ini.Yang lebih penting asas didikan yang sempurna. Dan yang plg penting, mohon pada yg Maha Berkuasa agar anak anak kita terselamat dr jalan yg tersasar dan moga tetap hati hati mereka. Amin.
Pendekjelah catatan untuk harini. Ingat nak tulis panjang tp mood menulis kian lama kian hilang. Seronok lihat orang orang baru dikurniai teman teman. Tapi biarlah setakat itu shj buat masa ini. Kita tumpukan pada yang dh sedia ada depan mata :)
Pendekjelah catatan untuk harini. Ingat nak tulis panjang tp mood menulis kian lama kian hilang. Seronok lihat orang orang baru dikurniai teman teman. Tapi biarlah setakat itu shj buat masa ini. Kita tumpukan pada yang dh sedia ada depan mata :)
Merekalah ahli ahli syurga saya.
Ya Allah ...lindungi lah ahli ahli syurga saya.
Jadikan mereka anak anak yang soleh..yang menjadi penyejuk hati dan jiwa.
Amin.
No comments:
Post a Comment
sharing any thoughts about this?