Friday, November 15, 2013

Friday mornings-bicara hati jurutera picisan :)

Assalamualaikum.

Sekejap je dah hari Jumaat semula.

Dah lama rasanya tak meluahkan perasaan. Maaflah kalau tak suka.
Minggu ni mmg busy yang teramat, nk duduk buat dwg pun dh tak menyempat. Balik meeting, duduk sekejap kna pula hadiri meeting seterusnya. Asyik meeting sahaja bila nak buat kerja2 design nya.Tp klu tak meet and think, asyik lah bertubi2 email2 menanahkan peti inbox. Tp berapa ramai jer yang meet and think. Ramai je yang attend to meet. Tp taknak pun think and contribute :p

So in between, kita update blog dulu. And find out informations yg menjadikan hidup kita lebih bermakna dan bukan utk bekerja semata mata :)



Working here, mmg byk bertemu jumpa dgn org yang pelbagai. Berhadapan dgn manusia yang pelbagai kerenah, yang bercakap macam professionals tapi sebenarnya professional liars, mmg stress. Apa kita cakap, akan digunakan ke atas kita, demi kepentingan, demi menyelamatkan tengkuk sendiri. Yang mungkin dipenalti seposen dua. Bukan seposen dua lah klu dlm dunia perkilangan automotif. Nilai seminit sudah berjuta. Satu kesalahan boleh menyebabkan acuan pembuatan (mould) ratus ratus ribu harganya dibuang begitu sahaja. Kalau acuan itu bukan buatan malaysia tp di Jerman, maka ratus ratus juta itu sudah jadi Euro kiraanya. Itu baru acuan nya. agaknya lah acuan membentuk besi menjadi sebahagian autokar contohnya pintu, berapalah besarnya kan? Agak lah cuba agak. Kita bukan menerap biskut, kita bercakap tentang menerap besi dan bijih. Klu terbaring org dlm nya skali terap, dah tak boleh beza mana kaki mana kepala. Nauzubillah. Itu contoh.contoh


Tapi kalau tak stress dan tak bertemu dgn org2 mcm ni, mmg tak berapa berkembanglah kemahiran sosio-interaktif kita. Yang plg susah ialah utk bercakap dgn bahasa plg baik dlm keadaan marah. Dan juga tegas dgn org2 yang memperkecil kecilkan kita. Mmg susah. Bekerja di dunia bisness, mmg kena tegas, kena bertilamkan asas fakta, memang kadang2 nak nangis, bila design kita dipersoalkan. Design and development stage tentulah plg mencabar, tapi kita belajar utk menyempurnakan kesilapan kita yg terdahulu. Cuba utk jadi setanding atau lbh baik dr yang setara. Kadang kadang idea nak menyelesaikan masalah, dah habis pikir, balik rumah sambil goreng ayam pun dok terfikir lagi. Bukan senang nak duduk disini. Ramai dh berputus harap, berputus asa dan putus macam macam lagi..hehehe.Biarkan lah. Rezeki kan ada dimana mana.Yelah barang kita jual bukan sebarang rm10-20 ringgit. Kita jual bende org pakai hari hari, 7,8,9 tahun pun belum tentu habis bayar lagi.


Bercakap memang senang, nak komen lagilah senang. Tapi saya sudah kebal. Komenlah. Saya mendengar. Apa yg dlm kuasa saya, saya perbaiki. Tuhan pun mengajar kita utk menjadi lebih baik dan merubah diri utk lebih sempurna dr smlm nya. Cuba duduk sini dan buat apa yang kita buat, tak mahu. Bercakap sahaja mahu. Kerja buat air tapi mcm dah bina kapalterbang dah lagaknya. Cermin dicipta bukan lah hanya utk merapi diri. Manusia yang baik sentiasa akan renung dan berfikir. Hidup kan utk memberi.


Kalau di ikutkan gaji yang dibayar, mmg tak berbaloi dgn apa yg dikerah.Tp nilai value added yg dpt di tempat ni mmg sukar nak dpt ditempat lain. Namun nilai dimata org lain-lain pemahaman nya. Manusia kan tidak semua ber ideologi sama? Ada yang menghargai wang, ada yang menghargai ilmu, pengalaman, pengetahuan, ada yang menghargai pangkat dan jawatan. Ada juga yang mmg bukan jenis menghargai. Datang kerja goyang kaki, bwk kereta pusing skali skali masih lagi mahu mempersoalkan tentang pangkat dan kenaikan gaji. Mmg susah. 



Di jabatan ini khususnya, pendalaman ilmu mmg teras tugasan. Ilmu pun byk jenis ilmu, ilmu mendesign, ilmu menyalahkan org lain, ilmu mencari punca masalah yang semestinya dr org lain, ilmu mempertahankan idea, mencantas idea org lain, ilmu membahaskan pegangan, tak kurang juga ilmu memanipulasikan pembuat keputusan yang sudah berumur rata rata nya dlm presentasi kejuruteraan..hehehe. Dangkal bukan?



Maaflah dgn kemahiran berbahasa yang mungkin canggung. Saya bukan org sastera. Org bijak menulis pun bukan. Saya hanyalah jurutera picisan.Moga apa yang saya lakukan mendapat keberkatan dan gaji saya terima bulan bulan adalah hasil keringat yang dihalalkan utk darah daging warisan. Bertabahlah hati, bertabahlah tubuh dan upaya. Kuatlah minda supaya dapat berfikir untuk bangsa. Untuk teknologi yang dapat diwariskan utk yang akan datang.



***


Pagi ini hujan selebat lebat nya. Bukan hari ini sahaja yang hujan minggu ini, malahan dalam lima hari bekerja ini, serasa tiap tiap pagi basah jalanraya sepanjang perjalanan saya.


Moga hari ini berlalu pantas, agar dptlah saya menatap wajah pahlawan-pahlawan syurga saya, dan mendalami isi hati kecil mereka, memasakkan apa yang mereka hendak, dan membacakan apa yang mereka ingin tahu. Ahh..Tak sabar mahu pulang!!














***

2 comments:

dyanayusuf said...

sabar zara. aku pon dh penah rasa mcm ko rasa. baca luahan ni tringat blk keja lama. nangis sampai gaduh dgn org. org tgk muka dh dpt agak perasaan aku. huhu

Ummu Iman Amsyar said...

smlm meeting skali dgn kak suzanah dgn satu vendor yg global player tp licik.mmg nk luruh jantung nk susun ayat bg tak nmpk krg ajar.

Tp kdg2 dh xkira umur.klu salah kna tegur.kna betulkan.kna sound sopan.

tp kna jaga juga jata rukun negara
kesopanan dan kesusilaan

susah jd profesional.nk jd tak profesional and hilang respect pihak lwn senang jer..

it only take once!

LinkWithin

jom terjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...