Keadaan di ofis lengang harini.
Ramai yang cercuti panjang.
Ramai yg masih mempunyai cuti yg byk.
Yang ramai tu,..tak termasuk ai.
semlam cuti maulidur rasul...isnin cuti raya org india.apatah,wesak ka thaipusam ka.
Malas nk ambil tahu.tak penting.
Tp bab cuti yg kait dgn kita kita mst ambil tahu.
Cuti Maulidur rasul :)
Sebelum itu, bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad smlm kita marilah kita sama2 berselawat keatas junjungan nya ,
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ala alili Muhammad.
Alhamdulillah.Bila kembali ke asal ni, byk lah kekhilafan diri bila direnung kembali. Personally, sy mmg senang dgn kisah2 ahli keluarga rasulullah. Cerita2 rasulullah dgn cucu-cucunya. Saya mmg lbh menggemari Fatimah dan keturunan nya berbanding Aishah yg slalu di agung2kan dlm sistem pendidikan negara kita.Tidak salah kan?Sb pertalian darah lbh kukuh.Hmm.Mungkin ada sebab mengapa Allah tak kurniakan zuriat keturunan nabi melalui Aishah. Wallahualam.
Ntahlah-saya bukan ahli utk membicarakan hal-hal sebegini.
Kadang kadang bila dikenang, di muhasabah diri : Diakui, diri ini mmg isteri yg byk silap dgn suami. Tambahan apabila dibaca betapa lembutnya Sayyidatina Fatimah melayan anak dan Suami.
Kesilapan utama : tak menghargai jasa2 suami.
Kadang2 suka membanding, dan mungkin tak terlihat kehebatan suami sendiri, kebaikan dia. Apa yg telah dibuat selama ini.Ketulusan dia. Kelembutan dia dlm kekasaran. Aduhai.
Mungkin itulah antara penyebab, sering dirasakan duit gaji yg sebegitu besarm masih tidak cukup saban bulan. Apa yg ada dirumah asyik tidak dirasakan cukup.
Astaghfirullahalazeem.
Siapalah sbnrnya diri kita. Syurga kita sbnrnya skrg dibwh tapak kaki dia.
Masih lg hari2 kita bersungut bila dia minta secawan kopi seusai pulang dr tempat kerja? :P
Atau hny hidangkan ayam goreng sambal budu utk hidangan makan mlm dia.
Aduhai~
Quoted ;
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali `memandang tinggi' kehadiran seorang suami".
Mari kita terus mencari redha illahi
Moga syurga itu milik kita, abg~
Terima kasih abg atas segalanya...
Terima Kasih Allah atas sahabat yg paling akrab,peneman suka duka plg baik utk ku :)
Sahabat plg sejati.
Marilah sama2 kita menjadikan rumah2 kita harmoni..utk melahirkan pahlawan2/future leaders yg cemerlang.
Apabila rumah berada dlm zon Allah.
Inshallah~
yup..setuju sgt with ur statements..apa kekurangan dia, kita nampak sgt..tp kelebihan dia, kita sering tlupa..apa pun, marilah kita sayang suami kita!!!hehehe..
ReplyDeleteitulah..kan?kadang bila tgk AA mcm romantic2 gitu dlm adam&hawa..terfikir untungnya klu hubby ku mcm tu..
ReplyDeletetp yg romantic2 itu lomm tentu-tlg kemaskan beg susu ku pagi2..or terer bab tlg tukarkan pampers anak.huhu~
alhamdulillah