Thursday, November 22, 2012

Peristiwa Qarbala - have you even ever heard of it?

Punyalah lain cara org malaysia melihat peristiwa karbala.
This was taken from a famous ustaz who i would not like to put his name here.

Ini cerita sejarah dlm Islam.Which i think almost ALL of us don't know.
Apatah lagi putar belit cerita politik and permainan kotor pemimpin negara.
Imagine that even one of my friend siap dgn yakin nya ckp,
"mana ada keturunan nabi dh zaman ni-itu semua propaganda org Syiah"
hmm..

do you know siapa org syiah tu sbnrnya?


Ok.pernah tahu ke siapa dia Imam Mahdi yg kita percaya akan dtg selamatkan umat Islam akhir zaman?
Please search, and find what really happened during karbala.
Siapa dia Yazid, siapa Muawiyah?
Siapa sbnrnya bunuh Hasan and Husein cucu2 nabi yg mirip benar2 kepada baginda rasul junjungan kita.

Hmm.

I'll try to post some articles about Qarbala, Fatimah RA and her children's story maybe one day.
I hope my children will know more about our Prophet Muhammad SAW, and his family. And hopefully all those could come from me.








Quoted below is how this ustaz views the Qarbala assasination.


Melihat kepada sejarah mungkin miscommunication atau salah maklumat Perang Jamal ini berlaku. Ia dimulai apabila Aisyah r..a., Thalhah dan al-Zubair Ra beserta orang-orang yang bersama mereka pergi ke Basrah setelah pengangkatan Ali bin Abi Thalib Ra menjadi khalifah umat Islam. Tujuan Aisyah r.a ke Basrah untuk menyatukan umat Islam, bukan beperang atau memberontak terhadap Ali k.w. Pasukan Ali r.a. pun pergi ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah R.a, tetapi untuk bersatu dengan mereka menghadapi peristiwa pembunuhan Usman r.a. Jika tujuannya untuk mempersatukan umat Islam, kenapa terjadi peperangan antara pasukan Aisyah dan Ali?
Sebenarnya ada orang-orang yang membunuh Usman r.a menyamar di antara umat Islam . Mereka tidak suka melihat Aisyah r.a dan Ali k.w bersatu. Oleh kerana itu mereka merencanakan untuk mengadu domba mereka. Di pagi hari yang gelap para pembunuh Usman menyerang pasukan Aisyah yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Pasukan Aisyah menyangka pasukan Ali mengkhianati mereka. Untuk mempertahankan diri mereka, pasukan Aisyah menyerang pasukan Ali. Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah mengkhianati mereka. Akibatnya terjadilah perang Jamal.
Muawiyah menolak berbai’ah kepada Ali bukan kerana tidak setuju dengan kekhalifahan Ali. Tapi beliau menginginkan agar Ali menjatuhkan hukuman hudud terlebih dahulu kepada Usman. Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan pembunuh Usman berkeliaran dengan bebas. Tetapi umat Islam yang sedang terpecah belah menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk mengambil tindakan apapun.
Muawiyah bukan pemberontak, kerana walaupun beliau tidak berbai’ah kepada Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam. Pasukan Ali lah yang bergerak ke Syam. Hal ini menyebabkan Muawiyah menyiapkan pasukannya juga dan berangkat menuju Kufah. Akhirnya kedua pasukan itu bertemu di suatu tempat yang dinamakan Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan perang Siffin.
Ketika Muawiyah sedang tidur bersama isterinya dan mendengar berita terbunuhnya Ali, beliau terus bangun dan berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Kemudian beliau menangis. Kemudian beliau menangis. Istrinya berkata: “Kemarin engkau menyalahkannya dan hari ini engkau menangis untuknya?” Jawab Muawiyah: “Wahai istriku! Aku menangis mengenang manusia akan kehilangan sikap penyantunnya, ilmunya, kelebihannya, awalnya dia dalam Islam dan juga kebaikannya”.
Walaupun Muawiyah bukan pemberontak, tidak bererti Muawiyah berada di pihak yang benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan yang dipimpin, maka kebenaran terletak pada pemimpin. Dalam peristiwa perang Siffin tersebut, pemimpin pada saat itu adalah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah adalah tidak meletakkan syarat untuk membai’ah Ali. Sebaliknya terus membai’ah beliau dan kemudian mencari penyelesaian untuk memdapatkan pembunuh Usman.
Apabila Ali bin Abi Thalib k.w dibunuh, maka orang ramai melantik anaknya Hasan sebagai khalifah yang baru. Akan tetapi Hasan menginginkan kemaslahatan dan persatuan umat Islam, sehingga beliau memutuskan untuk memberikan jawatan khalifah kepada Mu’awiyah dan kemudian membai’ah Mu’awiyah sebagai khalifah umat Islam yang baru.
Orang menuduh bahwa Muawiyah pembunuh Hasan. Padahal tidak ada bukti yang mengaitkan Muawiyah dengan pembunuhan Hasan. Sampai sekarang tidak diketahui siapa yang meracuni Hasan.
Sejarah versi Syi’ah mencela Muawiyah kerana telah menyerahkan jawatan khalifah kepada anaknya Yazid. Padahal pelantikan Yazid tersebut telah disetujui oleh rakyatnya demi kemaslahatan umat. Menurut versi Syi’ah, Yazid bin Muawiah juga terkenal dengan berbagai kejelekan. Yang paling menonjol adalah memerintahkan bawahannya untuk membunuh Husain bin Ali ra.
Setelah Yazid dibai’ah menjadi khalifah, Husain menerima surat dari penduduk Kufah. Yang menulis surat tersebut adalah kaum Syi’ah dan para pembunuh Usman. Isi surat tersebut adalah mengundang Husain untuk datang ke Khuffah guna dilantik sebagai khalifah. Para sahabat seperti Muhammad bin Hanafiyah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Ja’far, Abdullah bin Umar, Abu Sa’id al-Khudri, dan Yazid menasihati Husain agar mengabaikan undangan tersebut. Namun Husain enggan mendengar nasihat tersebut dan meneruskan perjalanannya ke Khuffah bersama anggota keluarganya.
Ketika Yazid menerima berita keberangkatan Husain dan keluarganya ke Khuffah, beliau memerintahkan gabernornya di Basrah, Ubaidullah bin Ziyad, untuk ke Kufah guna memperhatikan pergerakan Husain dan penduduk Kufah tetapi akibat suasana yang tegang di Kufah, pergerakan Husain ke Kufah dan sikap Ubaidullah yang tergopoh-gapah, menyebabkan terbunuhnya Husain dan sebagian keluarganya di Karbala.
Adalah sebuah fitnah yang mengatakan bahwa Yazid memerintahkan pembunuhan Husain dan menyuruh membawa kepala Husain kepadanya. Sebenarnya Yazid merasa sangat sedih ketika mendengar Husain dibunuh oleh Ubaidullah bin Ziyad. Ubaidullah memerintahkan agar Husain dibunuh dan kepalanya di bawa kepadanya. Akibat perbuatannya tersebut, Ubaidullah bin Ziyad dibunuh.
Pertarungan di kalangan sahabat adalah hasil dari ijtihad masing-masing. Pembunuhan Usman adalah penyebab segala-galanya. Pintu fitnah ini telah menyeret para sahabat ke medan pertempuran sesama sendiri. Campur tangan golongan munafiqun yang diketuai oleh pendiri Syi’ah, ‘Abd Allah ibn Saba’, telah memainkan peranan dalam menghidupkan episod pertarungan sesama para sahabat. Sesungguhnya pertempuran tersebut berlaku bukan kerana perebutan harta dan kekuasaan, tetapi sebaliknya kerana ingin melihat keadilan dan kebenaran. Sejarah mencatat semua sahabat termasuk Sayyidina ‘Ali menyesali keterlibatan mereka dalam kancah tersebut. Fitnah itu hilang setelah berakhirnya zaman tersebut. Semua umat Islam mengakui kebenaran berada di pihak Ali k.w.
Sama-samalah kita berdoa agar umat Islam tidak lagi berpecah dan semoga kasih sayang menyinari bumi Malaysia ini dengan cahaya Islam…

No comments:

Post a Comment

sharing any thoughts about this?