Friday, July 22, 2011

Anda tahu?Ke tahu mengutuk shj..

Wpn dh seminggu ++ kejadian berlaku, sy ttp nk keluarkan entry ini.
Biarlah lewat sket, saat issue dh suam2 kuku..
Klu time tgh panas, darah mudah naik ke kepala.

Biar bila baca kita bleh nilai dgn rasional bkn emosional
Jom kita ambil tahu apa sbnrnya sblk cerita bersih.

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tak faham betul knp kerajaan tentang habis2an  tuntutan2 ni..
Siap gembar gemburkan yg diorg ni mengucar kacirkan negara. Mengganggu ketenteraman.
Padahal siapa sbnrnya membuat huru hara di hari kejadian.


Klu perdana menteri begitu berani, knp main sindir2 je bg kenyataan dr ceruk dunia mana pd hari kejadian.
Apa nk disorok klu sume di claim bersih mmg bersih?


Haish dunia..x faham betul.
Mudah2an anakku Iman..and adik2nya (I-Allah) xterjebak dlm bende2 yg sesat dan menyesatkan dipropagandakan pemimpin yg musyrik.
Aminn~

1 comment:

  1. tau takpe..takde ape pon yg salah ngan BERSIH tu..bukan nak buat rusuhan pon..bagi je la permit..yang diorang takut sangat tu pesal??

    haiihhh..politik2..bila la nak bersih politik kat malaysia ni..huhu

    ReplyDelete

sharing any thoughts about this?