baby org lain ;) |
Bukan mudah nk mencari..susaaaah.
so dlm spnjang 8mths of pregnancy ni..at last we found the best name for the baby (skrg still the baby~) Dh keluar nanti baru bleh announce nama :) For us, the name must be simple, meaningful and mudah disebut. It must also be significant, and mudah di ingati.
Macam mommy nya Zahra and daddy nya Zulhalimey :)
Byk nama2 yg sedap di dengar and bermakna baik yg sy suka mcm, irdhani, sophilea, wafiQ, rayyan, darwisy, salsabila, adreene, maryam, batrisya, irfan, amani, etc..so kita buat satu list and eliminate mana yg yg rasa dh byk sgt, nama baby2 org yg terdekat dgn kita dan yg kita least minat.
tambah pula kna tuggu jumpa face to face dgn tuan punya nama.sb nama mestilah kna padan dgn tuannya :)
Namanya?Hehehe... Tunggu lagi 6weeks insyallah :)
On the time being, jom kita baca apa yg saya jumpa...
Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu." (Riwayat Abu Daud)
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
source
Mmm..bagus and betul juga apa yg penulis ni tulis.In my opinion betullah tu..at least sy pn bleh menumpang menyebarkan apa yg ingin disampaikannya dgn menempelnya disini.. :)
Ok lah, selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang :)
ps-Happy je rs bila husband xkerja di hujung minggu..yelah..just hangout kat umah doing nothing with your love ones is always the best thing to do ever :)
Till then..
Zahra
No comments:
Post a Comment
sharing any thoughts about this?