Kita rasa terharu dan teruja setelah 11 tahun menanti, akhirnya Datuk Seri #SitiNurhaliza melahirkan seorang cahaya mata perempuan.
Dalam segala kegembiraan dan kesyukuran ini kita 'terlupa' bahawa suaminya, Dato' Khalid menanti zuriat perempuan selama lebih 20 tahun selepas punya 4 orang anak lelaki.
11 tahun vs lebih 20 tahun...
Ada pasangan suami isteri sudah 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemuanya anak lelaki. Pasangan ini tertunggu-tunggu bilalah nak dapat anak perempuan pula. Mungkinkah anak ke-6 mereka adalah anak perempuan?
Ada pasangan suami isteri yang sudah 15 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemua anak adalah anak perempuan. Pasangan ini berharap-harap agar nanti dapatlah pula anak lelaki. Si suami masih mahu mencuba mana tahu anak ke-6 mereka adalah anak lelaki nanti, tetapi dilema besar kerana si isteri sudah tidak mahu mengandung lagi...
Ada pula pasangan suami isteri yang baru bernikah 4 tahun punya 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, mereka ini kata cukuplah 2 orang anak kerana sudah ada seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka rasa lengkap sudah sebuah keluarga kecil mereka.
Ada pula pasangan suami isteri yang bernikah lebih 9 tahun tetapi zuriat belum kunjung tiba, pelbagai usaha sudah dicuba, belum melekat lagi...
Kisah benar yang pelbagai, realiti yang tak sukar mengundang air mata.
Apabila menyebut tentang anak kita perlu benar-benar yakin kita tak mampu nak buat apa-apa sebab semuanya datang daripada Allah SWT.
Subur macam mana pun kita, kalau Allah tak nak bagi, memang takkan dapat anak.
Tak subur macam mana pun kita, kalau Allah nak bagi, memang akan dapat anak.
Cubalah teknik apa pun, kalau Allah tak nak bagi anak lelaki, kita memang akan dapat anak perempuan je.
Cubalah cara bagaimana pun, kalau Allah tak nak bagi anak perempuan, kita perlu redha anak-anak kita semuanya lelaki.
Bukan bermaksud kita tak perlu atau tak boleh usaha, tetapi ini satu pesanan bahawa apa yang kita mahukan tak bererti itulah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah lebih tahu.
Anak-anak lelaki yang kita ada sedangkan kita kepingin anak perempuan, seorang anak perempuan pun jadilah, percayalah anak-anak lelaki itu tidak ada satu kekurangan atau kelemahan pun berbanding jika kita ada anak perempuan.
Anak-anak perempuan yang kita ada sedangkan kita berharap ada sekurang-kurangnya anak lelaki, percayalah anak-anak perempuan yang kita ada itu juga mampu membuatkan kita gembira sebagaimana kegembiraan kita sekiranya punya anak lelaki.
Dan sekiranya kita belum punya anak, tidak bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding pasangan suami isteri yang sudah punya anak. Allah beri luang dan ruang kita bercinta sesama suami isteri lebih lama, lebih panjang, dan mungkin itulah peluang untuk kita menimba ilmu dan sebagainya untuk lebih bersedia untuk menjadi ibu bapa apabila dikurniakan zuriat kelak.
Apa yang kita ada, kita perlu syukuri. #SyukurSelalu
Apa yang kita tak ada, tak pernah bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding orang yang lebih ada.
Punya anak adalah ujian, punya anak lelaki adalah ujian, punya anak perempuan adalah ujian dan tidak punya anak juga adalah ujian. Siapalah kita untuk menidakkan ujian Allah..
Silakan #Share :) Diizinkan 100%.
Kalau tak friend, tekan Follow ye.
Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
27/03/2018
Tulisan santai sementara tunggu nak mula meeting. Sama-sama kita fikir dan menjadi hamba-hambaNya yang syukur.